Friday, March 28, 2008

Peraturan halang amalan politik wang dikemas kini 28-03-2008 04:31:37 PM

MELAKA: Garis panduan mengenai peraturan menghalang amalan politik wang pada mesyuarat parti yang akan bermula Julai ini sedang dikemas kini, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Beliau berkata langkah berkenaan telah diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, Khamis lalu. "Peraturan ini sedang dikemas kini oleh Biro Perlembagaan dan Peraturan Umno yang dipengerusikan (Naib Presiden Umno) Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan dijangka siap sebelum mesyuarat peringkat cawangan bermula," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Zakat Melaka di sini, Jumaat. Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan bahawa Perhimpunan Agung Umno akan diadakan dari 16 hingga 20 Disember ini yang akan menyaksikan pemilihan anggota MT. Mesyuarat peringkat cawangan akan diadakan dari 17 Julai hingga 24 Ogos manakala bahagian pula dari 9 Oktober hingga 9 November. Mohd Ali berkata langkah meneruskan rancangan untuk mengadakan pemilihan anggota MT pada tahun ini membuktikan sikap terbuka pucuk pimpinan parti. Keputusan itu juga menunjukkan pucuk pimpinan mengambil kira pandangan akar umbi yang mahu pemilihan parti diadakan tahun ini juga walaupun keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lepas, tidak memberangsangkan bagi parti itu, katanya. Mohd Ali yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Latihan Umno berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada 3 April ini, bagi mendapatkan maklumat balas peringkat akar umbi kesan daripada pilihan raya umum lepas. BERNAMA

Pak Lah to face any challenge in Umno polls in December

Umno Supreme Council meeting
KUALA LUMPUR: Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi says he is ready to face any challenge for the top post in the party elections in December.
Asked if he was ready to face a challenge from anyone for his post, Abdullah, who is Prime Minister, replied:
“Well, if they have the support and they want to challenge me, I have to face it. I will not run away.”
Abdullah, who chaired the Umno supreme council meeting at the Putra World Trade Centre yesterday, earlier announced that the Umno annual general assembly, which included the party elections, has been set for Dec 16 to 20.

Council decisions: Abdullah answering questions from the press after chairing the Umno supreme council meeting at the Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur yesterday. On the left is his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak.Under the Umno constitution, the party can postpone its polls for up to 18 months from the due date, which means that Umno has up to March next year to hold elections.
The general assembly will also see elections for the Wanita, Youth and Puteri wings.
Abdullah said that prior to the assembly, the Umno branches which held their elections last year would hold their meetings from July 17 to Aug 24 followed by the division meetings from Oct 9 to Nov 9.
He added that the party elections would follow existing procedures and rules.
There would be no changes to the system of nomination quota for party posts.
According to the party constitution, candidates who wish to contest for the president's post must obtain 30% of nominations, 20% nominations for the deputy president's post, 10% for the vice-president posts and 5% for the supreme council posts from the divisions to be eligible.
On Tuesday, the Cheras Umno division called for all top party posts, including those of president and deputy president, to be open for contest, and for the nomination quota to be abolished.
Asked if all party posts would be open for contest, Abdullah said:

Serious talk: Umno supreme council members (from left) Datuk Seri Adnan Yaakob, Datuk Seri Dr Rais Yatim and Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz in discussion before the meeting began yesterday at the Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur yesterday. — Bernama“I don’t know, wait first. We have to see first. When there are candidates (for the posts), then we will know what will happen.”
A supreme council member who declined to be named said the members debated the election dates at the meeting, in view of some calls for the elections to be postponed.
On Tuesday, party information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib said the elections might be postponed to next year as several division leaders wanted the polls to be deferred to avoid “havoc and disaster”.
The supreme council member said the mood at the meeting was that the grassroots felt that the elections should not be put off to next year.
“There were some views that the elections should be postponed, although they were the minority,” he said.
He said Umno deputy president Datuk Seri Najib Tun Razak, who presented the proposed election dates in his capacity as the party management committee chairman, told the meeting that postponing the elections would only be “postponing the problem”.
“He said that we might as well do it this year and after the elections, we can patch up,” the supreme council member said.
Supreme council member Datuk Shahrir Samad said that everyone who wanted to have his say on the party elections spoke.
“Everyone felt the elections should not be postponed. But it was not an issue that dominated the meeting.
“We discussed many other issues such as the Terengganu Mentri Besar issue and others,” he said.

Tok Ketua-memilihla dengan bijak bila sudah diberikan peluang, gunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memilih calon yang berkaliber bukan yang disukai sahaja sebagaimana saranan kikebelle.

Thursday, March 27, 2008

MB Negeri Sembilan mahu pemilihan UMNO diteruskan

Umno Taman Paroi Jaya juga menyokong 100% supaya pemilihan terus diadakan pada tahun 2008 untuk memberi ruang dan seterusnya melaksanankan sistem demokrasi beperlembagaan di Malaysia disamping memberi peluang kepada mereka yang percaya akan dapat menyumbangkan sesuatu kepada Umno dan negara secara total.

Berita Penuh
26/03/2008 4:37pm
SEREMBAN 26 Mac – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini diteruskan.
Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berpendapat anggota UMNO perlu berfikiran rasional dalam perkara tersebut.
"Ini adalah pandangan peribadi saya. Bagi saya, kita jangan lari daripada masalah... kita kena hadapinya... kita tangguh sampai bila pun, masalahnya akan ada juga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib semalam bahawa badan-badan perhubungan UMNO negeri menyarankan supaya pemilihan parti itu yang dijadual diadakan tahun ini ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan berlaku kekecohan dalam parti.
Pemilihan UMNO yang dijadual tahun lepas ditunda hingga tahun ini ekoran jangkaan pilihan raya umum ke-12. Kali terakhir pemilihan diadakan ialah pada tahun 2004 dan tempoh membenarkan pemilihan ditunda sehingga 18 bulan berakhir pada Jun 2009.
Mohamad berkata, anggota UMNO harus hadapi masalah dan selesaikannya.
“Pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini memberi pengajaran yang amat mahal. Oleh itu, kalau orang UMNO sayangkan UMNO tidak payah kita tangguhkan pemilihan parti ini. Kalau agenda peribadi mengatasi perjuangan, tangguhkan sampai bila pun, ia tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya. - Bernama

MUTAKHIR Adun Pertang dilantik Speaker DUN Negeri Sembilan

Datuk Razak Mansor menandatangai surat pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri pada Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pertang, Datuk Razak Mansor, 55, hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang baru. Razak yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, mengangkat sumpah jawatan itu selepas Datuk Mohamad Hasan (BN-Rantau) mencadangkan namanya sebelum disokong Siow Shen Tin (BN-Chennah) dalam Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama DUN Yang Ke-12, di sini. Razak yang menganggotai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sepenggal sebelum digugurkan daripada senarai barisan baru pemegang jawatan eksekutif berkenaan, minggu lalu menggantikan Datuk Lilah Yassin yang kini menjadi Ahli Parlimen Jempol selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Pada majlis itu juga, seramai 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN diketuai Mohamad yang juga Menteri Besar mengangkat sumpah sebagai Adun di depan Razak. Turut berbuat demikian 15 Adun pembangkang, masing-masing 10 daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (empat) dan Pas (satu). Dalam ucapannya, Razak merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar dan semua Adun yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjadi Speaker bagi persidangan DUN Ke-12.

Mayat bayi perempuan dijumpai dalam rumah kosong


SEREMBAN: Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah rumah kosong di Taman Saga, Lobak, di sini, hari ini. Mayat bayi perempuan itu dijumpai kira-kira jam 10 pagi oleh seorang pekerja Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS), Aladin Satadin, 52, ketika dia sedang membaiki paip air rosak di rumah berhampiran. Aladin yang ditemui di tempat kejadian berkata, mayat bayi perempuan yang dibalut dengan kain sarung dan sudah berbau itu ditemui di dalam sebuah beg di ruang tamu rumah itu.
“Ketika hendak membaiki paip di rumah sebelah, saya ternampak sebuah beg di rumah kosong yang terletak bersebelahan dan mengesyaki sesuatu, lalu saya membukanya dan terkejut mendapati ada bungkusan di dalamnya yang berbau busuk. “Selepas membukanya mendapati mayat seorang bayi perempuan dan saya kemudian menghubungi pihak polis mengenai kejadian itu,” katanya. Jurucakap polis pula berkata, siasatan awal mendapati bayi perempuan itu dipercayai meninggal dunia belum sampai seminggu, berdasarkan keadaan fizikalnya.
Bagaimanapun, katanya siasatan sedang dijalankan dan sehingga kini tiada tangkapan dibuat. - Bernama

Tuesday, March 25, 2008

Tok Mat Calls

Negeri Sembilan newly appointed executive councillors need not publicly declare their assets, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said today.
He said the state government would not follow the move by the federal government to have ministers and deputy ministers to publicly declare their assets."It is sufficient that the records of the assets are kept by the Anti-Corruption Agency,” he said after a state executive council meeting here.He added that the records, including that of his own assets, were also available at the State Secretary’s office.Mohamad said he only required the new state executive councillors to fill up the asset forms each year for record purposes.

Umno tonggak orang Melayu: Muhyiddin

Oleh Jamaludin Husin
MUAR: Ahli Umno perlu meneruskan prinsip perjuangan parti untuk menyatupadukan orang Melayu sekali gus mengekalkan kedaulatan bangsa, agama dan negara yang menjadi matlamat Umno sejak ditubuhkan 62 tahun lalu. Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Umno adalah tonggak orang Melayu yang berjuang menentang pembentukan Malayan Union oleh kerajaan British pada 1946 atas nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) ketika itu. Malah, katanya, Umno yang menjadi tonggak pemerintahan negara sejak mencapai kemerdekaan pada 1957 bersama rakan parti komponen Perikatan ketika itu dan Barisan Nasional (BN) hingga kini perlu kekal sebagai wadah kesinambungan warisan bangsa Melayu.
"Orang Melayu jelas mendapat pembelaan melalui perjuangan Umno lebih-lebih lagi selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan sekitar 1970-an selain mengekalkan hak kaum lain di negara ini. “Tidak timbul soal perpecahan dalam Umno kerana perselisihan pendapat yang berlaku silih berganti semata-mata bertujuan mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan ahli dan parti,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di pekarangan Sekolah Agama Durian Condong, kira-kira 70 kilometer dari sini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang, Tahir Mohd Taat dan Adun Jorak, Dr Shahrudin Md Salleh dan Ketua Wanita Pagoh, Noriah Mahat. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, dalam pemerintahan kerajaan, Umno bukan saja memperjuangkan nasib orang Melayu, malah membela nasib semua kaum di negara ini. Beliau juga menyifatkan kekalahan calon BN pada pilihan raya umum lalu sebagai ujian terhadap kesetiaan rakyat terutama orang Melayu yang sayangkan negara dan bangsanya daripada tergadai dengan penjajahan bentuk baru. "Perubahan sikap sebahagian orang Melayu yang menyokong calon parti pembangkang pada pilihan raya lalu membangkitkan kesedaran pemimpin untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat akar umbi.
"Umum kini mengetahui pembangkang memenangi banyak kerusi sehingga menafikan hak dua pertiga BN di Parlimen sekali gus menarik perhatian wakil rakyat BN supaya bekerja lebih keras untuk menawan semula hati pengundi,” katanya. Sehubungan itu, beliau mengingatkan wakil rakyat BN termasuk dirinya sendiri supaya selalu turun padang bagi mengetahui masalah rakyat di samping bertindak cepat menyelesaikan masalah mereka.

Monday, March 24, 2008

Tok Mat Dimana?

Aturcara RasmiMenteri Besar Negeri Sembilan Darul KhususYAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj. Hasan
Tarikh / Hari
Masa
Aktiviti
24 Mac 08
(Isnin)
3.00 ptg
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Rembau Tahun 2008 di DEWAN SEKOLAH MENENGAH DATO’ ABDULLAH, ASTANA RAJA, KOTA.
26 Mac 08
(Rabu)
3.30 ptg
Majlis Perasmian Pembukaan sempena Kejohanan Olahraga MSSM Negeri Sembilan Kali ke-58 di STADIUM TUANKU ABDUL RAHMAN, PAROI.
26 Mac 08
(Rabu)
8.30 mlm
Perasmian Penutup Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan 1429H/2008M di PUSAT DAKWAH ISLAMIAH, PAROI.
27 Mac 08
(Khamis)
10.00 pg
Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang ke-12 di DEWAN UNDANGAN NEGERI, SEREMBAN.
28 Mac 08(Jumaat)
8.30 mlm
Majlis Sambutan Ulangtahun dan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2007 Majlis Perbandaran Seremban di DEWAN MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN.
30 Mac 08
(Ahad)
9.30 pg
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Sembilan di DEWAN THEATRETTE, WISMA NEGERI, SEREMBAN.

Laman blog dekati belia

Oleh Rosli Abdul Jalil

DAPAT SAMBUTAN: Ismail Sabri disambut oleh penyokongnya ketika tiba pada program Mesra Bersama Rakyat di Kompleks Rakan Muda Bera di sini, semalam.
Internet jadi medium popular dekati generasi muda BERA: Kementerian Belia dan Sukan akan mewujudkan laman blog sendiri sebagai usaha untuk mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini, kata Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaacob. Beliau berkata, blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular di kalangan generasi belia dan kewujudannya tidak boleh dipandang ringan kerana peranannya didapati cukup berkesan. "Jika kita terus memperlekehkan kewujudan blog, saya bimbang suatu hari nanti ia akan mengambil alih peranan akhbar arus perdana," katanya selepas menghadiri majlis meraikan pelantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Rakan Muda di sini semalam.
Beliau berkata, blog yang akan diwujudkan itu nanti akan disesuaikan dengan kehendak belia iaitu berbentuk ringan dan santai. Ismail Sabri juga berkata, kementerian akan meneliti program membabitkan belia yang dirangka kerajaan bagi mencari kaedah terbaik memperkasakan golongan belia di negara ini. Beliau berkata, perkara pertama yang beliau akan lakukan ialah mengadakan pertemuan dengan persatuan belia untuk mendapatkan maklum balas mengenai masalah yang dihadapi mereka.

Saturday, March 22, 2008

Serah dua portfolio kepada Exco baru

SEREMBAN: “Dulu saya pegang banyak portfolio dan ia menyukarkan,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berhubung tindakan beliau menyerahkan dua portfolio yang dipegangnya sebelum ini kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru dilantik.Beliau yang memegang enam portfolio sebelum ini menyerahkan tiga jawatan penting iaitu Pelajaran dan Institusi Pengajian Tinggi serta Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan masing-masing kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serting, Shamsulkahar Mohd Deli dan Adun Juasseh, Mohd Radzi Kail.Sementara portfolio Pembangunan Luar Bandar diserahkan kepada Adun Labu, Datuk Hasim Rusdi dengan menggabungkan Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan.Menurut Mohamad, walaupun sehari sebelum mengumumkan nama Exco, beliau ada menyatakan pendirian untuk memegang Exco Pelajaran, tetapi selepas menimbang sebaik mungkin, beliau melepaskan jawatan itu kepada Shamsulkahar yang mempunyai pengalaman luas kerana pernah bertugas di Jabatan Pelajaran sebelum ini.
“Memang susah kalau saya terlalu membabitkan diri dalam operasi. Jadi, saya ambil keputusan untuk keluar daripada situasi itu dan bertindak sebagai pemerhati serta memantau. Dengan cara ini saya akan dapat lihat sejauh mana pencapaian anggota Exco selain boleh memberi teguran serta pandangan,” katanya.
Mohamad berkata, beliau bagaimanapun, akan mengekalkan tiga daripada empat portfolio iaitu Kewangan dan Pelaburan; Tanah dan Sumber Asli; Keselamatan dan Penerangan serta Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu memandangkan semua portfolio itu penting untuk beliau terbabit secara langsung.Manakala, beliau turut mempengerusikan satu lagi portfolio baru iaitu Keselamatan dan Penerangan.Dalam pada itu, katanya, tindakan mewujudkan portfolio Adat Istiadat Melayu yang digabungkan bersama protfolio Agama Islam adalah perlu memandangkan Negeri Sembilan mempunyai adat tersendiri.“Saya wujudkan portfolio Adat Istiadat Melayu kerana ia perlu ditekankan berikutan Negeri Sembilan adalah negeri beradat selain mempunyai Undang yang empat dan seharusnya mengukuhkan semua adat berkenaan,” katanya.

200 ketua Umno bahagian mahu kerja keras

PUTRAJAYA: Kira-kira 200 ketua Umno bahagian dari empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan, semalam memberi jaminan akan bekerja keras bagi mengembalikan keyakinan pengundi, terutama golongan muda terhadap parti. Kumpulan pemimpin Umno itu juga berjanji terus membantu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan semua strategi bagi memulih dan mengukuhkan parti. Jaminan itu disuarakan mereka selepas bertemu Abdullah dan Najib di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini, kira-kira jam 5 petang semalam.
Pada pertemuan tertutup selama kira-kira dua jam itu, mereka turut mendengar amanat Abdullah dan Najib. Turut hadir pada pertemuan itu adalah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Hadir sama, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz; Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan; Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Umno Tanjung Karang yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.
Difahamkan, pada pertemuan itu, beberapa pemimpin Umno turut mengambil peluang menjelaskan laporan bedah siasat dan prestasi kawasan masing-masing membabitkan keputusan pilihan raya umum lalu. Seorang Ketua Umno bahagian yang enggan dikenali berkata, pada pertemuan itu, Abdullah menegaskan pentingnya ketua Umno bahagian dan ahli jawatankuasa masing-masing mengenal pasti rungutan pengundi dalam soal inflasi, jenayah, isu perkauman serta pelbagai tuduhan terhadap kerajaan yang disiarkan di internet dan laman blog. "Presiden Umno juga meminta kami mengenal pasti pendekatan dan idea baru bagi menarik minat golongan muda terutama yang pertama kali mengundi menyertai Umno," katanya yang menghadiri pertemuan itu.

Friday, March 21, 2008

Tahniah Tok Mat

Kami dari warga Umno Taman Paroi Jaya ingin merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Yab Dato Seri Mohd Hj Hasan kerana telah berjaya dalam pilihanraya ke 12 walaupun dengan majoriti yang berkurangan.
Juga dengan perlantikan panel bebas berkaitan prestasi merudum Barisan Nasional dan Umno di Negeri Sembilan terutamanya.Ini jelas menunjukkan sikap telus dan ikhlas dalam berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair.
Disamping itu anjakan yang dilakukan didalam mentadbir kerajaan negeri juga diharap dapat membawa satu perubahan besar kepada Negeri Sembilan dimana ahli Exconya diberi tempoh dua tahun untuk menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan oleh rakyat dan orang ramai.Ini adalah langkah berani yang diambil oleh Tok Mat kerana sepanjang tempoh kemerdekaan dari tahun 1957 belum ada panel atau pun badan yang diwujudkan untuk memantau prestasi ahli Exco.Bersempena dengan Maulidurrasul pada tahun ini seharusnya ahli ahli Umno menjadikan ia titik tolak untuk muhasabah diri kepada perubahan yang lebih berkualiti.
Seharusnya badan atau panel khas juga dilebarkan lagi kepada ahli ADUN dan juga ahli Parlimen kerana mereka juga mesti di pantau dalam melaksanakan tugas dan untuk memastikan perkhidmatan yang cekap kepada rakyat. Seharusnya isu isu remeh seperti keahlian Dato Azalina tidak perlu ditimbulkan kerana dalam masa ini banyak lagi isu isu yang jauh lebih penting harus diutamakan. Tidak perlu menuding jari kepada Pak Lah seorang kerana Umno ini parti untuk semua dan Pak Lah juga dipilih oleh ahli ahli Umno dan jika terdapat kelemahan seharusnya ahli ahli lah yang harus bangun memperbetulkan bukan hanya menuding jari kepada orang lain.
Siapa pun yang menjadi Perdana Menteri masalahnya akan tetap sama kerana ia sebenarnya masalah yang berpunca dari sikap ahli ahli sendiri yang mudah lupa dasar dan matlamat perjuangan Umno, seharusnya politik kem atau pun politik kelompok tidak wujud lagi di mana semua ahli Umno adalah dari kem yang sama dan adalah sangat tidak adil bilamana kita hanya menyalahkan Perdana Menteri atau pun Presiden Umno jikan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini sedangkan ahli ahli sendiri tidak memainkan peranan yang berkesan atau pun berkualiti.
"Ukur baju di badan sendiri" inilah falsafah yang harus diterapkan oleh ahli ahli Umno dalam persediaan untuk menawan semula kerusi kerusi yang dipinjamkan kepada barisan pembangkang.Disamping mengkaji kelemahan parti parti lawan seharusnya Umno juga membina kekuatan sendiri dengan mengkaji kelemahan dan melakukan muhasabah diri dimana yang perlu.
Menyalahkan pengundi 100% juga tidak akan membawa apa apa perubahan tetapi pendekatan ahli ahli DUN ahli Parlimen yang dipilih seharusnya diubah dan diolah supaya bersesuaian dengan keperluan sebagai seorang yang dipilih rakyat atau pun nama glamernya wakil rakyat.Tidak seharusnya timbul lagi rungutan rungutan mengatakan Yb sombong. tidur, tidak buat kerja dan sebagainya kerana apabila rakyat membuang undi protes itu tidak akan membawa kebaikkan kepada mana mana pihak pun seperti yang ditunjukkan dalam PRU12 dan perkara ini sebenarnya telah terjadi pada tahun 1969 bilamana rakyat menunjukkan protes melalui pilihanraya 1969.Kita tidak seharusnya terlalu cepat lupa pada sejarah.
Lagi pun meminjamkan kerusi kerusi Dun dan Parlimen kepada pembangkang dalam tempoh yang lama adalah risiko yang sangat tinggi kerana mereka bukan hanya terlalu muda untuk mentadbir sebuah negeri inikan pula nak mentadbir negara kita yang tercinta.
Bangunlah dari tidur wahai ahli ahli dan warga Umno disetiap peringkat, Negeri, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan juga para ahli sekelian.Setiap maklumat haruslah diberikan kepada ahli secara terperinci dan dikemaskini supaya perlaksanaannya menjadi lebih mudah dan berkesan.Ketua bahagian/cawangan seharusnya mengambil inisiatif dan iktibar atas apa yang berlaku dan membantu kepimpinan Umno supaya pisang tidak berbuah dua kali.

Dulu, Kini & Selamanya

Khairy Ikhlas Untuk Umno

Wednesday, March 19 @ 12:36:27

Pengumuman Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkaitan kedudukan yang tidak tersenarai dalam barisan kabinet baru dan hasratnya untuk memberikan tumpuan kepada parlimen Rembau yang baru dimenanginya minggu lalu membuktikan anak muda bergelar menantu Perdana Menteri sememangnya ikhlas berjuang untuk memartabatkan UMNO.
Kalau tidak mana mungkin dia sanggup menolak dan tidak menawarkan dirinya dalam barisan kabinet yang baru dibentuk oleh Perdana Menteri, walaupun sebelum ini namanya disebut-sebut antara muka baru yang akan bergelar jawatan menteri penuh.Pengumunan Khairy semalam yang beliau akan memainkan peranan aktif sebagai ahli parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya di Dewan Rakyat yang kini akan disertai ramai pemimpin pembangkang menjadi perungkai segalanya. Menurutnya sebagai Ahli Parlimen Rembau sudah menjadi tanggungjawabnya untuk berkhidmat sebagai penyokong kerajaan di Dewan Rakyat selain memberi khidmat kepada pengundi di kawasan yang dimenanginya.
Malah beliau juga tidak kecewa kerana tidak dilantik dalam kabinet yang diumumkan Perdana Menteri kerana beliau sejak awal lagi sudah menyatakan tidak mahu menganggotai kabinet selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
"Saya tidak akan menyertai pentadbiran selagi Pak Lah jadi Perdana Menteri.
"Malah saya telah memaklumkannya sekiranya saya terpilih menjadi calon BN untuk kawasan Rembau memandangkan kedudukan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Rembau, saya tidak mahu dilantik menjadi anggota kabinet", katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di sini, semalam.
Mengenai kedudukannya pada pemilihan Pemuda UMNO nanti, beliau menyerahkannya untuk ditentukan perwakilan apabila tiba masanya nanti.
"Jika mereka mahukan khidmat saya, saya akan teruskan", katanya.

Kelab Penyokong Umno Maya

Sila layari http://www.kpmu.net/index.php Laman web kelab penyokong Umno untuk mendapatkan info-info terkini dan juga berkongsi pandangan dan idea.

All concerns to be addressed -Tok Mat Warrior

Negri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (right) chairing the first exco meeting of the new line-up at Wisma Negeri, Seremban, yesterday.
SEREMBAN: Islamic affairs and Malay traditions and customs; new villages; human capital development; and, public safety have been included in the portfolios of state executive councillors -- a clear signal that the state government is determined to act on the concerns of the people.
In announcing the exco line-up yesterday, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said the inclusion of these, together with the estate affairs portfolio, would ensure that no one was marginalised.Speaking after chairing the first exco meeting of the new line-up, Mohamad said he would be in charge of Islamic Affairs and Malay Traditions and Customs. He will also oversee Finance and Investment, Land and Natural Resources, Public Safety and Information.Siow Shen Tin will be in charge of New Villages, as well as Housing, Local Government, and Transport, while V.S. Mogan will be in charge of Estate Affairs and Human Resources.The rest are Datuk Ismal Lasim (Infrastructure, Water, Energy and Telecommunications), Ismail Taib (Health, Science, Technology and Innovation), Mohd Razi Kail (Tourism, Unity, Culture, Arts and Heritage), Zainab Nasir (Women Development, Family and Communal Well-Being), Datuk Hasim Rusdi (Rural Development, Consumer Affairs and Public Amenities), Datuk Yunus Rahmat (Agriculture, Agro-based Industry, Entrepreneurial and Co-operative Development), Abd Samad Ibrahim (Human Capital Development, Youth and Sports) and Shamsulkahar Mohd Deli (Education and Higher Learning Institutions).
"I want the executive councillors (in charge of new villages and estate affairs) to ensure that those living in new villages receive their fair share of public facilities, while for those working in estates, we don't want them to be cheated or exploited. We want to ensure that they receive their wages, proper housing and educational facilities," Mohamad said.He said the executive councillors in charge of human capital development would look into the welfare of school leavers who could not make it into institutions of higher learning."We want to ensure that school-leavers are not neglected and end up becoming a social problem. It is the duty of this executive councillor to see that youth are given the opportunity to pursue skills training and get proper jobs and have a good future."Since seven of the 10 executive councillors were first-time assemblymen, he said he would give them a month to familiarise themselves with their portfolios.He also gave them a month to declare their assets, a copy of which would be given to the state Anti-Corruption Agency."I will do the same. I expect every executive councillor to be at his or her constituency every day. They have to attend meetings daily, except Thursdays, from 8am to 1pm, after which I want them to go back to their constituencies and work. On Thursdays, I expect them to spend the entire day in their constituencies."

Rasulullah berakhlak sempurna

MUSLIM yang soleh selalu menampilkan budi pekerti yang baik, perangai lembut, bercakap dengan sopan, halus dan ramah. Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang harus dijadikan pautan dan idola. Anas r.a sahabat serta pembantu setia Rasulullah mengatakan baginda manusia paling baik akhlaknya.Anas menceritakan: “Aku membantu Rasulullah selama sepuluh tahun. Selama itu pula tak pernah sekalipun meluncur daripada mulut baginda kepadaku kata ‘ah’ dan baginda tidak pernah mengatakan untuk sesuatu yang aku kerjakan ‘mengapa engkau lakukan hal itu?’ dan tidak pula untuk sesuatu yang aku tidak kerjakan ‘mengapa kamu tidak melakukannya?” (Hadis riwayat Muttafaq alaih).Rasulullah menjauhi perbuatan dan ucapan yang tidak baik. Abdullah bin Amru bin Ash r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya yang termasuk insan pilihan antara kamu sekalian adalah yang terbaik akhlaknya.” (Hadis riwayat Muttafaq alaih).Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kekejian dan perbuatan keji itu sedikit pun bukan daripada Islam dan sesungguhnya sebaik-baik keislaman seseorang adalah yang baik akhlaknya.” (Hadis riwayat Thabrani, Ahmad dan Abu Ya’la).
Semua sahabat Rasulullah yang diredai Allah selalu tekun mendengar dan mengikuti bimbingan akhlak yang mulia daripada baginda.
Mereka menyaksikan sendiri ketinggian akhlak baginda. Mereka dengan penuh kesedaran dan semangat, berbuat sesuai dengan ajaran baginda, meneladani baginda, sehingga ketika itu tegaklah satu masyarakat Islam yang indah, adil yang tidak akan dilupakan dalam sejarah manusia.Anas r.a berkata: “Nabi Muhammad penuh dengan sifat belas kasih, tidak ada seorang pun mendatangi baginda kecuali baginda menjanjikan dan memenuhi janjinya jika berjanji dengan seseorang meskipun baginda sedang mendirikan solat. Pernah datang seorang Arab Badui kepada baginda dan menarik baju baginda lalu berkata: “Sesungguhnya aku tetap akan melaksanakan hajatku (sekarang juga), aku takut lupa. Maka Nabi Muhammad berdiri bersama sehingga menyelesaikan hajatnya kemudian baginda menghadap kiblat dan meneruskan solat.” (Hadis riwayat Bukhari).Justeru, tidak kelihatan pada diri Rasulullah sikap keberatan sedikit pun untuk mendengar orang Arab itu dan menyelesaikan hajatnya sedangkan baginda ketika itu sedang mendirikan solat.Juga tidaklah sempit dadanya mendapat perlakuan kasar lelaki berkenaan yang menarik bajunya dan menunggu menyelesaikan hajatnya sebelum solat.Baginda amat sabar dan lembut dalam membangunkan masyarakat, apatah lagi mendidik kaum muslimin melalui perbuatan, bagaimana seharusnya seorang Muslim membantu sesama saudaranya.Akhlak memperoleh kedudukan tinggi dalam Islam. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tiada sesuatu yang lebih berat timbangannya bagi seorang Muslim di hari kiamat daripada keluhuran akhlaknya. Dan Allah membenci orang yang keji dalam ucapan ataupun perbuatannya.” (Hadis riwayat Tabrani).Rasulullah sangat menekankan kepada akhlak. Baginda melakukan semua ini dengan pelbagai cara baik dengan lisan mahupun perbuatan sehingga baginda berjaya meresapkan ajaran murni baginda ke lubuk hati sahabat dan pengikutnya iaitu mensucikan jiwa dan memperindahkan akhlak mereka.

Tuesday, March 18, 2008

Tok Mat lantik panel bebas buat 'post mortem'

Mohamad lantik panel bebas buat 'post mortem'

KUALA PILAH: Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan melantik badan bebas untuk melakukan 'post mortem' prestasi merudum pilihan raya umum lalu hingga sekadar mampu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata badan bebas itu akan membabitkan beberapa organisasi dan pusat pengajian tinggi bagi menjalankan kaji selidik terutama rakyat di akar umbi. "Selain penilaian daripada parti komponen BN, ia turut mengkaji pendekatan kita mendengar dan merumuskan prestasi menyeluruh daripada pelbagai pihak.
"Ini juga antara langkah kita mendengar suara rakyat mengenai kelemahan kita, sekali gus memperbaikinya untuk memenangi semula hati mereka dan merampas kawasan yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang," katanya. Mohamad berkata demikian selepas majlis pelantikan dan mengangkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) negeri di Istana Seri Menanti, dekat sini semalam. Pada pilihan raya umum lalu, BN negeri hanya menang 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala selebihnya dikuasai pakatan pembangkang dengan DAP menang 10 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pas masing-masing empat dan satu kerusi.
Mohamad berkata, beliau juga akan turun padang bagi mendengar dan menyelesaikan permasalahan rakyat dengan sekurang-kurangnya turun dua kali setahun di setiap DUN diwakili BN. "Bagi kawasan yang dimenangi pembangkang iaitu kebanyakan di kawasan bandar, kita akan menjadikannya anak angkat, selain memastikan pihak berkuasa tempatan (PBT) berperanan membantu dan menyelesaikan masalah rakyat," katanya.

BN NEW CABINET 2008 Congratulation Pak Lah

The full list:
Prime MinisterDatuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Deputy Prime MinisterDatuk Seri Najib Tun Razak
Ministers in the Prime Minister's DepartmentTan Sri Bernard DompokDatuk Seri Nazri AzizDatuk Dr Ahmad Zahid HamidiDatuk Mohd Zaid IbrahimDatuk Amirsham Abdul Aziz

Umno supreme council member Datuk Shahrir Samad is Domestic Trade and Consumer Affairs MinisterDeputy Ministers in the Prime Minister's DepartmentDatuk Johari BaharomDatuk Dr Mashitah Ibrahim K. DevamanyDatuk Hasan Malek
FinanceMinister - Datuk Seri Abdullah Ahmad BadawiSecond Finance Minister - Tan Sri Nor Mohamed YakcopDeputies - Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Datuk Kong Cho Ha
DefenceMinister - Datuk Seri Najib Tun RazakDeputy - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Internal Security and Home AffairsMinister - Datuk Seri Syed Hamid AlbarDeputies - Datuk Chor Chee Heung, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Housing and Local GovernmentMinister - Datuk Ong Ka ChuanDeputies - Datuk Robert Lau, Datuk Hamzah Zainuddin

MCA secretary-general Datuk Ong Ka Chuan is Housing and Local Government MinisterWorks MinisterMinister - Datuk Mohd Zin MohamadDeputy - Datuk Yong Khoon Seng
Energy, Water and CommunicationsMinister - Datuk Shaziman Abu MansorDeputy - Datuk Joseph Salang Gandum
Agriculture and Agro-based IndustryMinister - Datuk Mustapa MohamedDeputy - Datin Paduka Rohani Abdul Karim
International Trade and IndustryMinister - Tan Sri Muhyiddin YassinDeputies - Datuk Liew Vui Keong, Datuk Jacob Dungau Sagan
Foreign AffairsMinister - Datuk Seri Dr Rais YatimDeputy - Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
EducationMinister - Datuk Seri Hishammuddin HusseinDeputies - Datuk Wee Ka Siong, Datuk Razali Ismail
Higher EducationMinister - Datuk Khaled NordinDeputies - Dr Hou Kok Chung, Datuk Idris Harun

Kemaman MP Datuk Ahmad Shabery Cheek is Information MinisterTransportMinister - Datuk Ong Tee KeatDeputy - Datuk Anifah Aman
Human ResourcesMinister - Datuk Dr S. SubramaniamDeputy - Datuk Noraini Ahmad
Women, Family and Community DevelopmentMinister - Datuk Dr Ng Yen YenDeputy - Noriah Kasnon
National Unity, Culture, Arts and Heritage Minister - Datuk Shafie ApdalDeputy - Datuk Teng Boon Soon
Science, Technology and InnovationMinister - Datuk Dr Maximus OngkiliDeputy - Fadilah Yusof
Entrepreneurial and Cooperative DevelopmentMinister - Datuk Noh OmarDeputy - Datuk Saiffuddin Abdullah
Natural Resources and EnvironmentMinister - Datuk Douglas Unggah EmbasDeputy - Datuk Abdul Ghapur Salleh

Bera MP Datuk Ismail Sabri Yaacob is Youth and Sports MinisterRural and Regional DevelopmentMinister - Tan Sri Muhammad Muhd TaibDeputy - Tan Sri Joseph Kurup, Joseph Entulu Belaun
Domestic Trade and Consumer AffairsMinister - Datuk Shahrir SamadDeputy - Jelaing Mersat
Plantation Industries and CommoditiesMinister - Datuk Peter Chin Fah KuiDeputy - Senator A. Kohilan
Youth and SportsMinister - Datuk Ismail Sabri YaacobDeputy - Wee Jeck Seng
HealthMinister - Datuk Liow Tiong LaiDeputy - Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
InformationMinister - Datuk Ahmad Shabery CheekDeputy - Datuk Tan Lian Hoe
TourismMinister - Datuk Seri Azalina OthmanDeputy - Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib
Federal TerritoriesMinister - Datuk Seri Zulhasnan RafiqueDeputy - Datuk M. Saravanan

Monday, March 17, 2008

Negeri Sembilan Wind of Change-Gracias Tok Mat

Negri exco gets new look, 2-year term limit
By SARBAN SINGH
KUALA PILAH: Nine new faces were appointed to the Negri Sembilan state executive council Monday with Umno holding eight of the 10 positions, and MCA and MIC holding one each.
The excos, who took their oath of secrecy and loyalty before the Yang DiPertuan Besar Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman at Istana Besar Sri Menanti here, would also for the first time serve for a term of two years.
The only exco retained was Senaling assemblyman Datuk Ismail Lasim, who previously held the Works and Entrepreneur Development portfolio.
The new faces were Datuk Yunus Rahmat (Klawang), Datuk Hasim Rusdi (Labu), Mohamad Razi Kail (Juasseh), Shamsulkahar Mohd Deli (Serting), Abd Samad Ibrahim (Seri Menanti), Ismail Taib (Linggi), Zainab Nasir (Gemas), Siow Shen Tin (Chennah) and V.S.Mogan (Jeram Padang).
All except Ismail Taib and Mohd Razi Kail are first term assemblymen.
(Four of the 10 excos in the previous administration did not contest in the general election; three failed to defend their seats while one moved on to a parliamentary seat).
Another former exco Datuk Razak Mansor is likely to be appointed Speaker.
Speaking to reporters later, Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said he had decided to limit the excos' term to two years as he did not want them to be complacent.
“This is a reminder that you must work harder if you are appointed to the exco. You are not here to relax or to see other people do your work,” he said, adding that the excos would have to take oath for another two-year term when the present one expired.
Mohamad said he was also left with no choice but to appoint eight Umno assemblymen to the exco as the other Barisan Nasional component parties did not do well in the election.
Traditionally, Umno held six positions followed by MCA (two) and MIC and Gerakan (one each).
In the March 8 general election, the MCA and MIC won only one state seat each, while both the Gerakan candidates lost.

Sunday, March 16, 2008

Mukhriz berdepan tindakan Pemuda


TEGAS: Hishammuddin bersama Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai, (dua dari kiri), Ketua Pemuda MIC, Vigneswaren Sanasee (kiri) dan Ketua Pemuda Gerakan, Mah Siew Keong ketika sidang media Pemuda BN, di ibu negara semalam.
Exco akan bermesyuarat tentukan hukumanKUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang menulis surat mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletak jawatan selepas mengadakan mesyuarat pergerakan itu yang dijangka minggu ini. Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyifatkan tindakan Mukhriz itu tidak bertanggungjawab, berkata perbuatan itu bukan perkara baru kerana sebelum ini beliau juga pernah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan memberikan pandangan peribadi terhadap kepemimpinan Perdana Menteri.
"Pemuda akan membincangkannya secara terperinci untuk mengambil tindakan ke atas Mukhriz yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Umno. "Dalam konteks Exco Pemuda, beliau (Mukhriz) katakan ia surat peribadi dan tidak seharusnya dikeluarkan (disebarkan) dalam internet. Saya sendiri tidak tahu siapa yang sebarkan. "Tetapi saya anggap ia tidak bertanggungjawab dan kita ambil tindakan ikut saluran sedia ada. Ini akan diputuskan dalam mesyuarat Exco Pemuda selepas kabinet diumumkan," katanya pada sidang media Pemuda Barisan Nasional (BN) di Hotel Mandarin Oriental, di sini semalam.
Akhbar semalam melaporkan, Mukhriz mengesahkan menulis surat bertarikh 12 Mac lalu itu kepada Abdullah kerana khuatir kepercayaan rakyat khususnya Orang Melayu terhadap Umno dan BN akan luput sama sekali. Salinan surat itu turut diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ali Rustam serta Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Antara kandungan surat itu berbunyi 'atas sifat sayangkan bangsa dan negara, saya merayu Datuk Seri supaya bertanggungjawab ke atas kekalahan ini. Hanya peletakan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Parti Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat memulihkan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jayanya'. Abdullah yang memberi maklum balas desakan Mukhriz itu menyerahkan kepada Hishammuddin selaku Ketua Pemuda untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Hishammuddin berkata, selaku Ketua Pemuda dan Pengerusi Pemuda BN, beliau tidak pernah lari daripada tanggungjawab bahkan menjalankan tugas tanpa bimbang kepada apa juga keadaan. Beliau tidak akan mengizinkan sebarang cubaan menggugat kepemimpinan Perdana Menteri serta timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

Friday, March 14, 2008

Malay Dilemma

Seharusnya pilihanraya 12 menjadi titik tolak kesedaran untuk warga Melayu dan Umno khususnya yang pilihanraya bukanlah sekadar membuang undi tapi lebih dari itu juga melibatkan masa depan orang melayu.Seperti yang terjadi di Pulau Pinang melalui penghapusan DEB yang telah terbukti banyak meningkatkan taraf ekuiti orang Melayu dan juga tidak menyebabkan mana mana kaum lain menjadi lebih miskin.
Banyak faktor atau pun aspek yang perlu di ambil kira bukan banya dasar DEB tetapi juga sosio budaya, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
Hakikat kekalahan pada PRU12 juga mesti diambil kira oleh pimpinan Umno dengan tidak hanya menyalahkan pengundi 100% tetapi juga melakukan transformasi dalam bentuk pendekatan dan kepimpinan dalam menerajui UMNO. Ia bukanlah beerti kita harus menukarkan Presiden Umno atau pun Menteri Besar Negeri Sembilan tetapi setiap ahli Umno mestilah berusaha membantu dalam kapasiti yang maksimum dalam membangunkan Umno dan orang Melayu seterusnya membantu Presiden Umno dan kepimpinan Umno keseluruhannya.
Tiada gunanya menuding jari dan menunjukkan ketidakpuasan hati kepada pucuk pimpinan hanya kerana wakil yang disukai tidak terpilih atau pun diri sendiri tidak terpilih, fikirlah dengan lebih terbuka dan dalam skop yang lebih besar supaya pisang tidak berbuah dua kali.
Setiap ahli Umno mempunyai tanggungjawab tersendiri yang harus difahami dengan menyumbangkan buah fikiran atau pun tenaga mengikut kemampuan masing masing dan berbalik kepada matlamat dan asas perjuangan Umno.
Tidak semestinya setiap ahli Umno perlu memikirkan bagaimana nak membina KLCC atau pun stesyen ISS tetapi bersama sama mengembeling tenaga dan fikiran dalam apa juga yang dilakukan insyallah akan berjaya.
Kami di Umno Paroi Jaya tetap menyokong penuh kepimpinan Pak Lah & Tok Mat

Bahana sikap beres bos

Oleh Yusri Abdul Malek
Analisis keputusan PRU di Negeri Sembilan, MelakaSEKALIPUN keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dilihat satu tamparan hebat buat Barisan Nasional (BN), termasuk di Melaka dan Negeri Sembilan, namun BN di kedua-dua negeri itu tetap berazam membaiki perkhidmatan bagi memenangi semula hati pengundi yang hilang.PRU itu juga satu penanda aras bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap prestasi kerajaan negeri dalam membangunkan negeri di samping sikap pemimpinnya kepada rakyat.Walaupun Melaka kehilangan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen manakala Negeri Sembilan pula kehilangan 15 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen kepada pembangkang iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tetapi masih mampu menerajui kerajaan negeri.
Malah jika dilihat dari segi sokongan, daripada 426,208 pengundi di Negeri Sembilan yang keluar mengundi, 234,124 pengundi memilih calon BN manakala 189,943 mengundi calon parti pembangkang manakala selebihnya undi rosak.
Di Melaka pula, daripada 302,771 pengundi yang keluar mengundi, 163,917 mengundi calon BN manakala 124,213 mengundi calon parti pembangkang manakala selebihnya undi rosak.Jumlah pengundi masih memihak kepada BN dan ini menunjukkan BN masih relevan dan boleh diharap dalam memperjuangkan kepentingan rakyat di kedua-dua negeri itu yang bermajoriti Melayu.Berdasarkan pecahan kaum pula, memang terbukti kaum Cina tidak mengundi calon BN, sebaliknya mengundi calon pembangkang begitu juga dengan kaum India yang memihak kepada pembangkang manakala sebahagian besar kaum Melayu masih setia kepada BN yang calonnya daripada Umno.Ini dibuktikan berdasarkan kemenangan luar biasa DAP di kawasan majoriti Cina di seluruh negara.Malah, mereka berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Pulau Pinang buat pertama kali sejak 1969.Fenomena itu berlaku di seluruh negara menyebabkan empat negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah jatuh ke tangan pembangkang.Bagi penganalisis politik, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku Ketua Menteri akan tetap membangunkan negeri ini secara menyeluruh sekalipun kerusi DUN di kawasan bandar dikuasai pembangkang seperti di Kota Melaka.Ini termasuk pembinaan pangkalan marina bernilai RM25 juta di muara Sungai Melaka, pengindahan kawasan bandar untuk menarik pelancong dan sekitar Jonker Walk.Begitu juga di kawasan pentadbiran kerajaan negeri di Ayer Keroh yang kini dikuasai pembangkang.Pembangunan pesat di kawasan itu yang dianggarkan hampir RM2 bilion, termasuk pembinaan aerobus, Kompleks Planetarium terbesar dan Pusat Boling akan diteruskan.Kepentingan rakyat dan negeri tetap diberi perhatian kerana pembangunan tidak boleh tertumpu di sesuatu kawasan.“Bagi mencapai Melaka Maju 2010, Mohd Ali tidak boleh bersikap ‘memilih bulu’ dalam membuat pembangunan. Semuanya perlu menyeluruh.“Saya yakin tiada rakyat yang akan tersisih dalam perancangan kerajaan negeri, semua akan diberi perhatian sama rata. Ini termasuk dalam hal berkaitan ekonomi yang ada kaitan langsung dengan pengundi Cina. “Jadi jika ekonomi terjejas, mereka juga akan terjejas. Ini berbeza dengan kaum Melayu yang lebih banyak makan gaji.“Sekiranya berlaku sesuatu kepada ekonomi, mereka kurang mendapat kesan secara langsung,” katanya ketika diminta mengulas kemenangan DAP di Melaka dalam PRU ke-12 lalu.Bagi Menteri Besar Negeri Sembilan pula, Datuk Seri Mohamad Hasan, usaha membantu rakyat tetap diberi keutamaan dalam setiap perancangan yang dibuat kerajaan negeri.Menurutnya, sekalipun banyak kerusi hilang tetapi sekarang bukan masa menunding jari mencari kesalahan sesiapa sebaliknya membuat penilaian dan mengambil langkah terbaik untuk memperbaiki kelemahan.Di bahu Mohamad yang kini menjadi Menteri Besar buat penggal kedua diletakkan harapan agar BN meneruskan tradisi membela rakyat di negeri itu.Sudah banyak jasanya sepanjang empat tahun lalu, termasuk menyelesaikan masalah tuntutan peneroka Felda Sendayan yang tertangguh sejak 10 tahun lalu dan membaiki jalan Bukit Putus yang menghubungkan Kuala Pilah-Seremban sepanjang hampir enam kilometer dengan kos lebih RM100 juta yang kini sedang giat dalam pembinaan.Jika Melaka berhasrat menjadi negeri maju pada 2010, Negeri Sembilan juga mempunyai sasaran sama iaitu pada 2015.Sekalipun keputusan PRU lalu amat pedih diterima tetapi usaha membangunkan negeri perlu diteruskan.Baginya, kehilangan banyak kerusi itu perlu dijadikan iktibar dan belajar daripadanya dan mencari jalan untuk membaiki kelemahan yang ada.Beliau yang pertama kali menerajui jentera pilihan raya negeri agak terkilan kerana Pas menang di Paroi dan terlepas dua kerusi iaitu Sikamat dan Ampangan kepada PKR iaitu kerusi DUN yang majoritinya orang Melayu.Calon Pas itu, Mohamad Taufek Abdul Ghani menewaskan calon BN, Datuk Zaharuddin Mohd Sharif dengan majoriti 1,107 undi manakala calon PKR Sikamat, Aminuddin Harun menewaskan Datuk Mohd Yusof Harmain Shah, dengan majoriti 499 undi manakala calon PKR Sikamat, Rashid Latiff menang ke atas calon BN, Mohd Nor Awang dengan majoriti tipis 165 undi.Bagi pembangkang, kemenangan itu bonus kerana tidak pernah menyangka boleh menang kerana sejarah pilihan raya sebelum ini lebih berpihak kepada BN.Malah awal-awal lagi, Mohamad Taufek yang juga bekas jurutera sebuah kilang di Seremban menyatakan hasrat untuk mendermakan 50 peratus daripada gajinya sebagai ADUN Tabung Kebajikan Paroi.Jelas sekali, kekalahan calon BN daripada Umno di ketiga-tiga DUN bermajoriti Melayu itu menunjukkan sikap ambil mudah jentera pilihan raya yang menganggap pengundi masih berpihak kepada BN, sedang hakikatnya selama kempen 13 hari dimanfaatkan pembangkang untuk menghentam BN di samping menjanjikan sesuatu yang baik kepada pengundi.Sikap ‘beres bos’ dilihat punca utama kekalahan calon BN daripada Umno di samping kemerosotan majoriti.Pemilihan calon mengikut citarasa golongan atasan tanpa mengambil kira pandangan akar umbi turut dilihat menjadi punca calon BN tewas atau kemerosotan majoriti.Bagi akar umbi, calon mewakili 60 peratus manakala parti pula 40 peratus jika mahu menjadi calon di kawasan mereka dan jika pandangan ini tidak diambil kira, ada kemungkinan berlaku sabotaj sehingga menyebabkan calon dipilih itu kalah.Selain faktor calon, isu kenaikan harga barang dan minyak serta langkah pembangkang untuk menurunkan harga minyak sedikit sebanyak berkesan meraih undi di kalangan pengundi atas pagar dan ada juga di kalangan pengundi BN. Walaupun faktor itu nampak remeh tetapi ulasan berulang kali menyebabkan pengundi mempercayainya dan memberi undi kepada calon pembangkang.Kini keputusan PRU ke-12 sudah membuktikan rakyat sudah berani bersuara melalui saluran demokrasi dan pemimpin BN perlu berani berubah. Bak kata seorang pemimpin veteran Umno, keputusan PRU ke-12 itu yang tidak memihak kepada BN adalah suara rakyat, pemimpin BN perlu berubah dan pastikan apa yang dicakap sampai kepada rakyat.Kerajaan BN Melaka dan Negeri Sembilan perlu menambat semula hati rakyat dan jangan sesekali menghukum mereka dengan tidak melakukan apa-apa di kawasan dikuasai pembangkang.Sikap membantu tanpa mengira kawasan adalah senjata ampuh untuk memenangi semula hati rakyat.

Penduduk DUN Pilah dipastikan tak tercicir

SEREMBAN: “Saya akan pastikan penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah tidak tercicir dengan memastikan mereka mendapat segala manfaat dan faedah daripada projek pembangunan yang akan dilaksanakan,” kata Adunnya, Adnan Abu Hassan.Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno bahagian Kuala Pilah, berjanji akan membangunkan kawasan berkenaan dengan mengambil kira harapan dan pandangan rakyat.“Buat permulaan, saya akan bertemu semua ketua kampung dan menyediakan profil setiap kampung bagi memudahkan saya mengetahui masalah terutama dari aspek kemudahan asas.“Kemudian saya merancang melaksanakan setiap agenda seiring dengan hasrat dan inspirasi kepemimpinan tertinggi negeri iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan,” katanya di sini, semalam.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 Sabtu lalu, Adnan, 39, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Asmaon Basir dengan majoriti 1,258 apabila beliau memperoleh 4,359, manakala Asmoan mengumpul 3,101 undi.
Adnan berkata, beliau berazam untuk menterjemahkan sokongan yang diberikan dengan memberi perkhidmatan terbaik dan membalas kepercayaan yang diberikan itu dengan memastikan nasib semua golongan.Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno negeri, Abdul Samad Ibrahim, 43, yang memenangi kerusi DUN Seri Menanti berkata, beliau terharu dengan sokongan pengundi yang memberi kepercayaan hingga berjaya menambah majoriti undi berbanding 2004.

Nasib rakyat terus dibela

Oleh Hussain Said
TERAJUI NEGERI: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menyampaikan watikah pelantikan kepada Mohamad di Istana Besar Seri Menanti, semalam.
Mohamad janji utamakan projek pembangunan Negeri Sembilan KUALA PILAH: Datuk Seri Mohamad Hasan, 52, yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan bagi penggal kedua, semalam, berikrar akan memastikan kebajikan rakyat terus terbela dan pembangunan negeri terus rancak walaupun kerajaan negeri sekadar menang majoriti mudah dalam pilihan raya umum lalu. Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, jam 11.30 pagi di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti dekat sini, turut berjanji bekerja keras untuk memenangi semula hati rakyat. "Sesungguhnya, tanggungjawab yang dipikul kali ini semakin mencabar dengan adunan dan komposisi wakil rakyat yang pelbagai. Sudah tentu, wujud perbezaan fahaman, pegangan dan prinsip perjuangan.
"Pada hemat patik, sikap kematangan dan kewarasan diri haruslah mengatasi segala-galanya kerana impian membela nasib rakyat sambil meneruskan program dan projek pembangunan yang direncanakan bagi memajukan negeri ke paras tertinggi menjadi matlamat utama," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan menjunjung kasih dan taat setia kepada Tuanku Ja'afar selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan selaku Menteri Besar yang turut dihadiri Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, isteri Mohamad, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumudin serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd Nor. Mohamad yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada pilihan raya umum Sabtu lalu terus diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui negeri ini buat penggal kedua berturut-turut.
BN membentuk kerajaan negeri selepas menang dengan majoriti mudah 21 daripada 36 kerusi DUN, selebihnya dikuasai pakatan pembangkang, dengan DAP memenangi 10 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas masing-masing empat dan satu kerusi. Keadaan itu menyebabkan buat kali pertama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak akan mempunyai wakil daripada Gerakan selepas kedua-dua calon parti itu tewas pada pilihan raya lalu. Kuota 10 Exco sebelum ini diisi enam wakil Umno, MCA (dua) serta masing-masing seorang dari Gerakan dan MIC.

Wednesday, March 12, 2008

Negri MB sworn in

By SARBAN SINGH
KUALA PILAH: Rantau assemblyman Datuk Seri Mohamad Hasan was on Wednesday sworn in as Mentri Besar before the Yang Di-Pertuan Besar of Negri Sembilan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman at Istana Besar Sri Menanti.
Mohamad, who would be Mentri Besar for the second term, in his first press conference later said he would not deprive people in constituencies which fell to the Opposition by stopping aid for development and infrastructure projects.
“First of all, I would like to express my gratitude to the Yang DiPertuan Besar for giving his consent for my appointment.
“Since this appointment comes with a lot of responsibilities, I would execute my duties to my best ability and ensure that the administration of the state would continue to be carried out efficiently,” said the 52-year-old Mohamad.
Also present were the Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Mohamad’s wife Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumuddin and state secretray Datuk Norzam Mohd Nor.
Mohamad signed his appointment letter before Tuanku Ja’afar witnessed by High Court judge Datuk Azhar Ma’ah and Syariah Court judge Datuk Husin Harun.
In Saturday’s polls, Barisan won 21 of the 36 state seats. The DAP won 10 followed by PKR with four and PAS with one.
Before the dissolution of the state assembly on Feb 13, there was only one wakil rakyat from the Opposition.
“I will also make sure the state government’s agenda for development would continue to benefit all races. But I must admit there would be more challenges as the composition of the state assembly has changed quite significantly.
“There would surely be differences in opinions and ideologies but this would not derail efforts to improve the state,” he said.

‘Ini bukan masanya tuding jari’

KUALA LUMPUR: “Ini bukan masanya untuk tuding jari,” kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika menjawab pertanyaan wartawan sama ada prestasi merudum Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 Sabtu lalu, ada kaitan dengan protes atau penolakan rakyat kepada mana-mana pihak.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Persidangan dan Pameran ICT di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.Katanya, walaupun BN tidak mencatat kejayaan cemerlang dalam PRU 12, pucuk pimpinan komponen parti terbesar itu akan terus bersatu.“Kita perlu mempertahankan institusi ini kerana ia lebih penting berbanding mana-mana individu. Saya bagi pihak Pemuda BN dan Umno berasa semua cukup berdisiplin untuk menghadapi situasi ini.
“Apa yang penting, BN berjaya mendapat mandat bagi membentuk kerajaan walaupun tidak memperoleh majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.
Hishammuddin berkata, beliau bersama pucuk pimpinan BN lain akan berbincang dan membuat siasatan terperinci bagi mencari punca kemerosotan parti komponen BN dalam pilihan raya kali ini sebelum mengambil langkah radikal untuk memulihkan kepercayaan rakyat.“Kita akur dengan keputusan rakyat yang inginkan perubahan. Oleh itu, kita akan buat muhasabah diri bagi mencari kesilapan dan kelemahan hingga menyebabkan prestasi BN sedikit hambar kali ini.“Saya amat yakin, jika kita ikhlas membuat penilaian diri, rakyat pasti akan kembali menyokong BN pada pilihan raya akan datang,” katanya

Tuesday, March 11, 2008

Kenyataan Penasihat Gerakan Kurang Bijak


Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai banyak pengalaman di dalam barisan nasional kenyataan Dato Seri Lim Keng Yaik adalah sangat kurang bijak bilamana menyalahkan Umno didalam keputusan pilihanraya ke12 pada 8March lepas(petikan dari News Straits times 11Mac).Pendekatan yang lebih bijak harus difikirkan bilamana kegagalan adalah didalam Barisan Nasional bukan hanya kegagalan Umno yang mana Parti Gerakan juga menghadapi masalah calon calonnya tewas dengan teruk.Adalah lebih baik pendekatan yang lebih bijak diambil dari hanya menggunakan budaya menyalahkan orang lain, tiada siapa pun pemimpin Umno yang menggunakan keris dalam kehidupan sehari hari ataupun membawa keris berjalan sebagai senjata ataupun berkempen dan ia hanyalah simbolik perjuangan Umno. Dalam senario politik sekarang ini sepatutnya Lim Keng Yaik memikirkan bagaimana pendekatan yang sesuai dan juga peranan Gerakan yang kalah teruk(hanya 2 kerusi parlimen) dalam pilihanraya baru baru ini dari hanya menuding jari kepada Umno dan juga membangkitkan isu isu yang remeh temeh kerana ia jelas tidak akan membawa kebaikan kepada sesiapa pun.

Sebagaimana Parti Gerakan yang kalah teruk Umno juga perlu melakukan perubahan dalam banyak perkara untuk menangani dan meneruskan perjuangan yang masih panjang dan tidak akan hanya menuding jari kepada orang lain bila berlakunya kesilapan.Bersama sama kita akan membangunkan dan mengembalikan semula kegemilangan Barisan Nasional dan saling membantu diantara parti komponen kerana itulah dasar perjuangan Barisan Nasional.

Bangunlah wahai Barisan Nasional

Berita Penuh

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/20080311080353/Article/index_html


Monday, March 10, 2008

Perjuangan Mesti Diteruskan

Pilihanraya ke 12 telah pun melabuhkan tirainya dan keputusan yang agak mengejutkan berlaku dibeberapa negeri dan kawasan. Kalah dan menang itu bukan persoalannya tetapi yang jauh lebih penting bangun dari kesilapan dan memperbaiki kelemahan demi agama,bangsa dan tanahair.Bangsa yang cemerlang bukan cemerlang sepanjang masa sahaja tetapi juga merangkumi menuju kecermelangan dari kejatuhan atau pun kekalahan.
Bagi warga-warga UMNO seharusnya lebih bersemangat dalam perjuangan di masa hadapan kerana cabaran pasti akan lebih getir.
Bangunlah wahai warga UMNO berjuanglah dengan penuh keikhlasan dan hati yang bersih walau jatuh tapi tetap bangun untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang.
Sekian terima Kasih

Thursday, March 06, 2008

Bantulah Bakal Pemimpin Masa Depan kita

Kanak-kanak jantung berlubang perlu bantuan di Rembau
Adik Nur Aisyah Umairah binti Fazil baru berusia 1 tahun 10 bulan. Beliau menghidapi penyakit jantung berlubang serta “down syndrome”. Bapanya Fazil bin Lahadi hanya bekerja sebagai pembantu kantin di salah sebuah kilang di kawasan industri Taman Tasik Jaya, Senawang. Ibunya adalah merupakan suri rumah sepenuh masa dan perlu memberikan sepenuh perhatian kepada puteri kesayangan mereka.Encik Fazil telah membawa anaknya ke Institut Jantung Negara untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Pada 8 Mei 2008 ini temujanji telah ditetapkan oleh IJN untuk menentukan apakah bentuk rawatan seterusnya. Sekarang ini setiap dua minggu Encik Fazil akan mendapatkan rawatan perubatan untuk anaknya di Hospital Seremban.Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberikan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya untuk mendapatkan perubatan percuma. Tiada bentuk bantuan lain yang diterima setakat ini kerana belum berkesempatan untuk menemui mana-mana pihak. Pihak Jawatankuasa Surau dan Taman setempat sementara itu sedang mengusahakan bantuan segera kepada Encik Fazil sekeluarga.Menurut Encik Fazil , doktor telah menasihatkan beliau supaya memberi susu rumusan khas untuk anaknya iaitu “Progress Gold”. Untuk perbelanjaan susu anaknya sahaja memerlukan belanja RM 300 sebulan. Dengan sewa rumah RM 300 sebulan , perbelanjaan lampin , barangan dapur dan sebagainya menyebabkan Encik Fazil tidak mampu untuk membaiki motosikal lamanya yang telah berbulan-bulan rosak.Majikannya membantu beliau untuk berulang alik ke tempat kerja.Menurut Encik Fazil lagi anaknya Nur Aisyah hanya minum susu dan tidak mahu makan apa-apa, walaupun puas beliau mencubanya. Walaupun usia adik Nur Aisyah hampir mencecah 2 tahun, berat badannya hanya 9 kg dan masih belum pandai berjalan.Encik Fazil serta isteri beliau Hasnah binti Hussin pada ketika ini menyewa di Taman Alamanda dalam DUN Paroi kawasan Parlimen Rembau.Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menziarahi Encik Fazil sekeluarga diNo 89 , Jalan Alamanda 5Taman Alamanda , Senawang70450 SerembanNegeri SembilanTel : 017-6328947Rujukan IJN : No KP 060509050188 Nur Aisyah Umairah binti Fazil

Real Road Warrior

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau sanggup berdepan tindakan saman bernilai RM1.5 bilion berikutan pembatalan perjanjian konsesi penswastaan bekalan air yang sudah dimeterai kerajaan negeri sebelum 2004 untuk mempertahankan kepentingan rakyat. Beliau yang dilantik menerajui kerajaan negeri selepas menang pilihan raya umum empat tahun lalu berkata, perjanjian dibatalkan kerana ia membebankan rakyat dan hanya menguntungkan pemegang konsesi. "Bayangkan, sehari selepas penswastaan, bil air akan naik sehingga 45 peratus... saya tak sanggup lihat rakyat menanggung beban semata-mata untuk keuntungan satu pihak lalu membatalkan perjanjian itu, tetapi kini saya dan kerajaan negeri terpaksa berdepan tindakan saman.
"Saya tak kisah kerana yang penting hak dan nasib rakyat negeri dapat dibela dan dipertahankan," katanya pada majlis peletakan batu asas masjid baru Kampung Gebok di Mantin, dekat sini semalam. Mohamad berkata, beliau juga membekukan lesen balak selepas mengambil alih pentadbiran negeri kecuali bagi memberi laluan projek pembinaan Empangan Triang di Jelebu dan berjanji akan terus memastikan hak serta kepentingan rakyat dipertahankan serta dibela. "Itu janji saya jika rakyat terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini. Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali menggadaikan maruah dan kepentingan rakyat dalam membangunkan negeri, apatah lagi kepentingan diri," katanya. Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan berkata, semua perancangan sejak menerajui negeri pada 2004 adalah dengan niat membantu rakyat dan menjadikan negeri ini setanding negeri lain. "Saya yakin rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan kerana pembangkang tiada isu pada kali ini selepas banyak masalah sudah kita selesaikan," katanya. Menteri Besar berkata, bukan saja kemelut pemilikan tanah peneroka Sendayan yang tertangguh selama 12 tahun berjaya diselesaikan, malah pembinaan jalan Bukit Putus yang membelenggu rakyat selama 40 tahun serta projek pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kuala Pilah. "Jadi, dengan segala isu besar sudah selesai, saya jamin akan pastikan dalam tempoh lima tahun akan datang negeri ini terus dibangunkan lebih menyeluruh dan seimbang. Semua rakyat akan diberi perhatian dan tidak ada yang tercicir," katanya.
Sehubungan itu, Mohamad menasihatkan rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah dan janji manis pembangkang yang hanya datang mendekati masyarakat secara bermusim apabila tiba pilihan raya.

Tok Mat-Pembangkang tidak diperlu

Rakyat diminta ketepi rayuan parti lawan wujud pemeriksaan berimbang SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Barisan Nasional (BN) tidak memerlukan pembangkang untuk pemeriksaan berimbang (check and balance) kerana segala projek pembangunan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat, bukan disebabkan ada pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, kerajaan negeri juga mempunyai pelbagai dasar lengkap sebagai panduan pembangunan yang turut dipamerkan kepada rakyat untuk pandangan dan maklum balas sebelum ia dilaksanakan dengan pemantauan dilakukan wakil rakyat BN sendiri.
"Apa yang nak diperiksa dan diseimbangkan, kerajaan bentangkan pelan struktur kepada orang ramai untuk bagi pandangan sebelum membuat dasar. Pelaksanaan dasar itu kerja kerajaan dan wakil rakyat BN akan periksa pelaksanaannya... jadi, apa yang nak `check and balance' lagi. "Kita bukan bangunkan negeri sebab ada pembangkang dalam dewan (DUN)... kita dah ada pelan induk sehingga 2020, dasar pelaburan, pelancongan, pelajaran dan sosial. Jadi, tak payah ada pembangkang kerana mereka hanya akan cakap pasal longkang atau apa-apa isu yang amat remeh-temeh," katanya. Mohamad berkata demikian selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Sungai Salak, Taman Seremban Jaya dan menyampaikan bantuan kepada setinggan Kampung Bahagia, di Senawang, dekat sini, semalam. Beliau meminta rakyat supaya tidak terpengaruh dengan rayuan pembangkang supaya memilih calon mereka kononnya untuk mewujudkan pemeriksaan berimbang, sedangkan kerajaan tidak pernah gagal melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. "Berapa banyak pembangunan sudah dibuat kerajaan dalam tempoh empat tahun ini... buat jalan sekitar Seremban saja sudah membabitkan belanja RM1 bilion. Macam-macam lagi kita buat... Jalan Kuala Pilah dan jalan baru dari Kajang ke Seremban," katanya. Mengenai keyakinan DAP untuk mempertahankan DUN Lobak dan Bahau, selain merampas beberapa DUN lagi di kawasan pengundi majoriti Cina di negeri ini seperti Bukit Kepayang dan Mambau, Mohamad berkata, biarlah pembangkang dengan keyakinan mereka. "DAP yakin dapat tiga (kerusi), Pas dapat empat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dapat lima... apa kita ni bodoh sangat sehingga dia (pembangkang) boleh menang begitu banyak kerusi, tapi tak apalah kerana kita juga yakin dan saya sudah nasihatkan jentera BN supaya jangan terlebih yakin.
"Bagi saya, rakyat dah tahu prestasi BN... di Seremban, tak ada lagi isu. Pada 2004, DAP menang Lobak kerana ada isu kerajaan nak pindahkan pasar besar dan perkuburan Cina, tetapi kita putuskan kedua-duanya tidak dipindahkan, sebaliknya membelanjakan pula RM7 juta untuk naikkan taraf pasar besar," katanya. Beliau juga membidas DAP kerana hanya pandai berjanji, tetapi tidak ditunaikan termasuk pada 2004 apabila penyandang kerusi DUN Lobak daripada parti pembangkang itu, Loke Siew Fook berjanji membeli bas untuk mewujudkan pusat khidmat bergerak, tetapi masih belum dilaksanakan sehingga kini. "Saya ada keratan akhbar mengenai janji Loke itu... mana basnya, mana pusat khidmat bergerak yang dijanjikannya, sedangkan BN dah buat macam-macam," katanya.

Saya tak bawa Anwar masuk Umno: Dr M

Bekas Perdana Menteri sifatkan Penasihat PKR gila kuasaALOR STAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata dakwaan kononnya beliau menganiayai Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menangkap dan memenjarakan bekas timbalannya itu adalah satu “sinis" atau sindiran. Katanya, rakaman klip video ucapannya yang menyentuh mengenai penyalahgunaan kuasa dan kes Anwar adalah dipetik dalam satu ceramahnya dua tahun lalu.
“Ya memang saya berkata begitu dalam sinis atau “camdek” kata orang Kedah kerana saya hairan masih ada orang yang percaya saya menangkap Anwar dan penjarakan dia sedangkan yang mendapati dia salah tu bukan saya, mahkamah, hakim. “Tujuh hakim kata dia salah jadi macam mana dia masih juga berkata kononnya saya berasa bersalah kerana melakukan tangkapan terhadap dirinya... saya tidak mengaku bersalah (memecat Anwar). “Soal salah tak salah tak timbul sama sekali. Dia ditangkap adalah atas dakwaan pihak polis, pendakwa raya dan mahkamah yang menghukumnya bahawa dia memang bersalah,” kata beliau kepada Bernama di kediamannya di Kampung Titi Gajah di sini, semalam.
Katanya, beliau sendiri berasa pelik apabila sesetengah individu masih mendakwa beliaulah yang menghukum Anwar sedangkan perkara itu terbukti tidak benar. Dr Mahathir berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu) adalah seorang yang tidak mempunyai pendirian malah sanggup menggunakan apa cara untuk mendapatkan peluang demi kepentingan dirinya. Beliau berkata, Anwar adalah seorang yang sangat oportunis dan disebabkan itu walaupun Anwar (sebelum menyertai Umno) sering mengkritik Umno tetapi Anwar kemudian memohon untuk menyertai parti itu kerana mahu menjadi Perdana Menteri. Katanya, Anwar datang berjumpa dengan beliau dan memohon untuk menyertai Umno dengan alasan beliau percaya dan yakin dengan prinsip perjuangan Umno dan mahu “mengubah dari dalam”.
“Dia nak masuk Pas. Tetapi dia nampak jika masuk Pas, tiada peluang langsung untuk menjadi Perdana Menteri... dia mintak nak masuk Umno... bukan kita panggil... saya tak bawa dia masuk (Umno). “(Kononnya) Dia nak ubah Umno dari dalam... yang sebenarnya masuk-masuk saja (Umno) tak dan (belum sampai) dua hari, dah nak jadi Ketua Pemuda, setahun lagi naib presiden, setahun kemudian nak jadi Timbalan Presiden... saya lapan belas tahun baru boleh jadi wakil rakyat dan 28 tahun baru boleh jadi menteri... Saya sanggup tunggu, dia masuk-masuk tu nak pergi jadi Perdana Menteri sampai sanggup suruh budak-budak dia maki saya dan kata saya amalkan kronisme dan nepotisme, sedangkan Anwar yang bersikap begitu”, katanya. Dr Mahathir berkata, Anwar memang seorang yang bermuka-muka dan sekarang menyebabkan rakan baiknya Dr Chandra Muzaffar mengkritiknya. Dulu, bekas Perdana Menteri itu berkata, Chandra menyokongnya sepenuhnya dan marah kepada beliau kononnya beliau (Dr Mahathir) menganiaya Anwar. Tetapi kini lihat apa Chandra kata mengenai Anwar. “Anwar jika bercakap dengan orang Palestin, dia sokong Palestin, bila cakap dengan orang Cina dia sokong Cina. Bila cakap dengan Hindraf dia pun kata Hindraf betul. Bila cakap dengan orang Melayu... dia orang Melayu...,” katanya.

Adakah PAS terdesak

REMBAU: Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyifatkan Pas kini dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan Kelantan sehingga sanggup meminta ahlinya berkorban nyawa selepas menyedari rakyat negeri itu bersedia melakukan perubahan. Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno dan calon BN bagi kerusi Parlimen Rembau berkata, BN tidak mempedulikan apa juga yang diperkatakan Pas kerana yang jelas kebangkitan rakyat Kelantan yang semakin condong kepada BN. "Saya tak mahu ulas panjang mengenai Pas lagi kerana kita yakin rakyat Kelantan sudah tidak yakin dengan parti itu dan akan memilih BN pada pilihan raya kali ini.
“Sudah ada kebangkitan daripada rakyat Kelantan untuk melakukan perubahan kerana mereka sedar negeri itu ketinggalan dalam banyak aspek sejak Pas memerintah. "Pemimpin parti itu sudah pasti akan menggunakan pelbagai strategi untuk menarik perhatian dan simpati rakyat Kelantan, termasuk meminta ahlinya menggadai nyawa kerana mereka terdesak," katanya, selepas melawat penempatan Orang Asli Pabai Miku, dekat sini semalam. Beliau mengulas kenyataan calon Pas bagi kerusi Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang dilaporkan meminta ahli parti itu sedia untuk berkorban, bukan saja kewangan malah nyawa demi menyelamatkan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN.

Mengenai pendedahan pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas orang kanan Parti Keadilan Rakyat PKR, mengenai keburukan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Khairy berkata, ia wajar kerana Anwar tidak boleh dipercayai. "Saya sudah lama dedahkan mengenai Anwar... sejak dua tiga bulan sebelum ini dan pendedahan terbaru mengenai sikap sebenar pemimpin PKR itu adalah tambahannya. Apa yang kita tahu ialah dia seorang yang tidak boleh dipercayai,” katanya.


Wednesday, March 05, 2008

Barisan Nasional Jaga Disiplin Anda

Jentera BN dinasihat elak ketegangan

REMBAU: Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mengingatkan jentera BN berwaspada dengan tindakan pembangkang yang mungkin cuba mencetuskan ketegangan dalam tempoh beberapa hari baki kempen pilihan raya. “Saya dapat maklumat pembangkang cuba cetuskan keadaan tegang dengan menghantar berpuluh-puluh bas membawa jentera kempen mereka ke beberapa kawasan, termasuk Rembau. Jadi, saya minta jentera Pemuda BN berwaspada dan elakkan kekecohan...jangan tambah ketegangan. "Kita juga minta pihak berkuasa keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau kerana pembangkang dalam keadaan amat terdesak untuk memancing undi dalam tempoh empat hari sebelum pembuangan undi," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis Karnival Sukan Parlimen Rembau dan gelanggang sukan multisport Rembau, di sini semalam oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said, beliau mengingatkan pengundi tidak menyerahkan kad pengenalan kepada mana-mana pihak. Calon BN Parlimen Rembau itu berkata situasi terdesak pembangkang juga kelihatan di Kelantan apabila Pas kini memainkan semula isu syurga dan neraka serta mengkafirkan Umno. "Saya baru balik dari Kelantan dan terdengar ada sogokan wang ringgit oleh pembangkang supaya rakyat undi mereka.
"Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula terus gunakan strategi fitnah dan kecam peribadi calon BN. Saya minta pengundi waspada dengan taktik pembangkang pada saat akhir kempen," katanya. Beliau juga meminta pemimpin Umno yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kali ini serta penyokong mereka jangan kecewa, sebaliknya terus bersama jentera BN dan tidak mengorbankan masa depan negara. Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Rembau turut meminta pemimpin pembangkang yang menuduh pemimpin Umno mengamalkan dasar memilih ahli keluarga sendiri bertanding pilihan raya supaya cermin diri sendiri. "Lim Kit Siang tuduh begitu, tapi bagaimana dia sendiri dan anaknya, Lim Guan Eng. Begitu juga Anwar Ibrahim dan isterinya yang kini mencalonkan pula anak mereka," katanya.
Sementara itu, Azalina meminta pengundi muda tidak mensia-siakan peluang menggunakan hak mengundi BN yang jelas terbukti membantu belia dalam segenap aspek. "Banyak bantuan dan program disalurkan kerajaan kepada belia. Saya juga minta pengundi atas pagar berfikir dan melihat semula sejarah 50 tahun pembangunan negara, apa yang sudah dilakukan kerajaan BN dalam tempoh itu," katanya.

Inilah Perjuangan Untuk Rakyat

Isu sudah diselesaikan ‘tepuk dada tanya selera’
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
SEREMBAN 4 Mac – Banyak yang telah diperkatakan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam mengungkap pelbagai isu dan memberikan jaminan kepada rakyat bahawa pembangunan ini akan terus dipacu untuk kesejahteraan rakyat.
Siri ceramah dan program bersama rakyat diterjemahkan oleh Mohamad dalam konteks berbeza tetapi misi dan motifnya sama iaitu untuk meletakkan rakyat di tahap terbaik sekali gus melihat mereka terus selamat, aman dan makmur.
Namun begitu, rakyat sedar siapa di antara mereka yang cuba menabur fitnah dan mereka yang menabur janji tulen pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 ini dan sebab itulah Mohamad berkeyakinan penuh, BN akan menawan kawasan yang dahulunya dikategorikan zon hitam sekali gus membentuk semula kerajaan.
Berikut adalah antara pelbagai kupasan isu sepanjang program bertemu rakyat pada kempen pilihan raya yang sempat dipetik untuk menangkis serangan pembangkang terhadap BN menjelang hari pembuangan undi pada 8 Mac ini.
* Isu penduduk Lobak
Mohamad berkata: ‘‘Kerajaan telah melaksanakan pemulihan isu yang dibangkitkan oleh pengundi di Lobak iaitu Pasar Besar Seremban dan jirat Cina di Jalan Lee Sam.’’
* Flat Lobak
Mohamad berkata: ‘‘Kerajaan akan mencari satu kawasan penempatan baru untuk memberi kesejahteraan penghuni flat Lobak. Flat ini tidak lagi sesuai untuk didiami. Kerajaan prihatin dan sentiasa menimbangkan untuk kesejahteraan rakyat. Semasa DAP berkuasa di Lobak, mereka tidak buat apa-apa untuk keselesaan penduduk di sini.”
* Kaum India
Mohamad menjelaskan: ‘‘Masyarakat India merupakan ‘simpanan tetap’ pada BN dan tidak ada sebab mengapa pembangkang cuba mengambil simpanan ini untuk dimasukkan ke dalam ‘akaun’ mereka. Masyarakat India merupakan aset kepada negara dan menjadi rakyat yang turut menyumbang kepada pembangunan, malahan mereka merupakan penyokong kuat BN.”
* Serangan isu peribadi
Mohamad berkata: ‘‘Pembangkang tiada isu untuk dibawa. Mereka terdesak dan untuk ‘menyeronokkan’ pengundi, mereka buatlah serangan peribadi. Itulah sahaja yang mereka tahu buat.’’
* Pengundi ‘atas pagar’
Mohamad berkata: ‘‘Saya yakin dan percaya, golongan ‘di atas pagar’ sudah melimpah kepada BN. Mereka yang tidak mahu datang pada tahun 1999 dahulu, sudah pun berada bersama BN. Saya tidak nampak BN akan kalah, sebaliknya BN akan kembali memerintah.”
* Tipu penduduk Sendayan
Mohamad menjelaskan: ‘‘Saya tidak pernah menipu penduduk. Saya berikan mereka pakej untuk dipilih dan hari ini mereka sudah hidup selesa. Pembangkang buat apa sahaja cara supaya pengundi membenci BN. Tetapi pengundi hari ini bijak, mereka tahu bezakan buruk dan baik. BN tetap dihati.”
* Perpecahan kaum
Mohamad menjelaskan: ‘‘Itulah kerja pembangkang. Mereka memainkan sentimen perkauman untuk menyaksikan rakyat berpecah belah. Mereka tidak mahu melihat negara ini aman. Jangan percaya kepada permainan pembangkang yang mahu melihat perpecahan kaum. Kerajaan BN tidak pernah mengenepikan mana-mana kaum. Semuanya dibela dan diberi perhatian serta bantuan.”
* Harga barang naik
Mohamad memberitahu: ‘‘Pembangkang kata barang naik, minyak naik dan kerajaan BN gagal. Tetapi mereka tidak pula cerita, gaji naik dan semua kemudahan yang telah dibaiki oleh kerajaan. Kenapa ini mereka tidak beritahu kepada rakyat. Jadi mereka tidak telus, hanya tahu menghentam kerajaan.”
* Masyarakat Cina di Bahau
Mohamad berkata: ‘‘Kerajaan telah menyelesaikan isu yang dibangkitkan DAP pada tahun 2004. Kerajaan telah membuat keputusan supaya pembangunan yang hendak dilakukan oleh pemaju di Kampung Baru Cina Chu Ward di Bahau, perlu terlebih dahulu menyelesaikan sebarang masalah melibatkan penduduk di situ.
‘‘Manakala isu tanah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chi Wen di Bahau juga telah pun diatasi di mana tanah berkenaan direzabkan oleh Pejabat Tanah Daerah Jempol dan kemudiannya dibahagikan semula kepada sekolah berkenaan untuk ditadbir urus.
* Jalan Bukit Putus di Kuala Pilah
Mohamad berkata: ‘‘Kerajaan telah menyelesaikan laluan berliku dan sempit di Bukit Putus, Kuala Pilah. Dengan terbinanya jalan ini, ia membuka lebih banyak peluang kepada pelabur untuk datang ke timur Negeri Sembilan. Ini bukan lagi isu besar kepada rakyat.’’
Justeru dalam pelbagai isu yang telah diselesaikan ini, Mohamad yang juga Menteri Besar mempunyai mesej ini, ‘‘Jangan kelabu mata. Pastikan dacing jadi pilihan. Jangan pangkah yang lain. Undilah BN kerana inilah satu-satunya parti yang akan terus membela nasib rakyat. Kita akan meneruskan agenda pembangunan yang menyeluruh.”

Monday, March 03, 2008

PILIHANRAYA 2008

Salam Bahagia & Assalamualaikum
Dengan kerja keras dan usaha berterusan yang dilakukan oleh semua jentera pilihanraya 12 2008 kami warga Umno Taman Paroi Jaya berasa yakin yang majoriti pengundi akan bertambah dengan usaha ikhlas yang tidak henti-henti disamping usaha berterusan kerajaan Barisan Nasional terutamanya kerajaan Negeri Sembilan dibawah pimpinan Dato Seri Mohd Hj Hasan dalam memakmurkan dan memajukan Negeri Sembilan.Mengundilah dengan hati yang ikhlas dan tanpa sebarang keraguan.

P128 SEREMBAN
Jumlah Pengundi: 84,675Peningkatan jumlah pengundi: -->Peratusan Kaum: M: 41.8% C: 45.8% I: 12% L: 0.3%
1. John Fernandez (DAP)2. Datuk Yu Chok Tow (BN)
Jumlah undi: Majoriti: Undi rosak:
Penyandang: Datuk Hon Choon Kim (BN)(Majoriti: 16,236 undi)


N13 SIKAMAT
Jumlah Pengundi: 15,491Peningkatan jumlah pengundi: -->Peratusan Kaum: M: 58% C: 32.7% I: 8.7% L: 0.6%
1. Aminuddin Harun (PKR)2. Datuk Md. Yusop Harmain Shah (BN)
Jumlah undi: Majoriti: Undi rosak:
Penyandang: Datuk Md. Yusop Harmain Shah (BN)(Majoriti: 3,701 undi)

Sekitar Bilik Gerakan UMNO TAMAN PAROIJAYA





































Ayah Chief dengan konco-konconya









Khairy mahu saman pembangkang

SEREMBAN 2 Mac - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan menyaman calon DAP Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 kerana mendakwa secara terang-terangan kononnya beliau telah menghina kaum India dalam satu ceramah di Kuala Lumpur.
Kata Khairy, beliau tidak boleh membiarkan kenyataan tidak bertanggungjawab pembangkang itu berleluasa kerana ia begitu serius dan menyerang peribadi secara keterlaluan.
''Saya tidak boleh biarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu daripada berleluasa kerana ini perkara serius. Kalau menyerang peribadi saya berkaitan perkara lain, tak apalah.
''Tetapi apabila mereka menyerang peribadi saya dengan mengatakan saya menghina kaum lain atau kaum India, saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Dewan Orang Ramai Rantau dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Rantau serta kira-kira 1,000 pengundi yang majoritinya kaum India.
Kelmarin, sebuah akhbar memetik Gobind yang juga anak tokoh pembangkang, Karpal Singh sebagai mendakwa Khairy pernah mengecam kumpulan penyokong Hindraf.
Tuduhan itu dilemparkan ketika beliau berceramah untuk calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Brickfields, Kuala Lumpur.
Malah, Gobind turut mengutuk dan memfitnah Khairy sebagai dalang yang mentadbir negara ini kerana status beliau sebagai menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Khairy yang juga calon BN bagi Parlimen Rembau berkata, pembangkang telah tersilap tafsir ucapannya semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu dan perkara itu telah mereka edarkan dalam bentuk cakera padat video (VCD).
''Apa yang saya sentuh ialah perhimpunan Bersih, bukan kritikan terhadap perhimpunan masyarakat India. Apabila mereka telah memberi gambaran yang salah seolah-olah saya menghina kaum India, ia satu fitnah yang cukup besar," katanya.
Khairy menjelaskan, masyarakat India telah menyatakan sokongan terhadap pencalonannya di Parlimen Rembau, malahan akan mengundi BN pada pilihan raya 8 Mac ini.
"Jadi, tidak timbul soal masyarakat India telah dihina.
''Saya beritahu mereka bahawa saya akan menjadi wakil rakyat untuk semua kaum, Melayu, India dan Cina. Kita perlu bersama-sama membantu membangunkan Malaysia," kata Khairy.

Saturday, March 01, 2008

Negeri Sembilan Developed State 2012

Plans for Seremban's railway station

Seremban: The state government of Negeri Sembilan is planning to develop the railway station in Seremban along the concept of the KL Sentral in Kuala Lumpur, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said.
Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), which developed the KL Sentral, is expected to carry out the proposed project.
"The proposal on the project will be presented to the Federal Government for approval as the area is owned by Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB)," he told reporters after a ceremony for the handing over of keys to owners of 44 new terrace industrial units at the Senawang Sentral Business Park here, Friday.
The Senawang Sentral Business Park which was developed by MRCB on a 9.2 hectare area here, also has double-storey shop lots and semi-detached industrial units.
Mohamad said plans for the Seremban station which covers 40 hectares of land include a hotel, convention centre, business centre, offices and other facilities.
"I hope MRCB will present its proposal as fast as possible and the state government will support the project. It is in line with our desire to see the area developed," he said. - Bernama

Another project by Barisan Nasional
thanks to Tok Mat

Penyayang to hold family carnivals

SEREMBAN: Yayasan Budi Penyayang is hosting “Happy Family” carnivals in Rembau today and Senawang tomorrow to forge closer family ties.
Chairman Nori Abdullah said yesterday: “The carnival allows family members to spend time together through the activities such as free medical check-ups, cooking demonstrations and leisure activities for children including a colouring contest.”
The carnival will be from 10am to 5pm, she said at a ceremony where the Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan handed over bungalow keys to 493 Felda Sendayan settlers in Sendayan. – Bernama

This page is powered by Blogger. Isn't yours?