Wednesday, December 30, 2009

Mahathir pertikai pembelian pesawat baru ganti MiG-29N

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan langkah kerajaan yang disifatkannya sebagai tidak bijak apabila memilih untuk menggantikan pesawat MiG-29N dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) yang lain.

Bekas Perdana Menteri itu amat berharap supaya kerajaan membatalkan keputusan tersebut dan memilih untuk membaik pulih pesawat MiG-29N sedia ada.

Beliau turut menarik perhatian dengan menyatakan, penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar sehingga berjuta-juta ringgit kepada orang tengah.

"Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan menukar MiG-29 untuk beli (pesawat) yang baru?" katanya dalam entri terbaru bertajuk MiG-29 dalam blognya, www.chedet.co.cc hari ini.
---------
 
Sebagai sebuah negara berdaulat tiada salahnya kita mempertingkatkan keupayaan pertahanan selaras dengan kepesatan pembangunan teknologi. Ada juga kewajarannya bilamana kepentingan masyarakat dan ekonomi diambil kira. MIG29 mungkin boleh terus digunakan sebagai pesawat latihan bagi juruterbang pelatih. Kita tidak dapat menolak yang kita terpaksa membelanjakan jumlah peruntukan yang besar dalam menaiktaraf sistem pertahanan. Jika kita melihat keadaan pesawat seperti yang digunakan oleh unit udara PDRM memang sudah sewajarnya kita menukar pesawat yang baru.
 
Mungkin kita boleh memperbaiki atau membaik pulih pesawat tersebut tetapi ia mungkin tidak lagi kompetitif dan juga mungkin boleh mengakibatkan kehilangan nyawa yang mana ia pasti lebih bernilai berbanding jumlah peruntukan yang terpaksa dibelanjakan. Pertimbangan yang sewajarnya harus dilakukan seperti saranan Tun jika kerajaan berhasrat meneruskan penggunaan jet pejuang yang lebih kompetitif.

Friday, December 18, 2009

Emas bola sepak milik Malaysia-Tahniah King Raja & Pasukan

VIENTIANE: Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat emas bola sepak dalam Sukan SEA selepas mengalahkan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir yang penuh debaran di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kebangsaan di sini hari ini.
Pemain-pemain kebangsaan bawah 23 tahun tiba dengan tidak diberi harapan memenangi sebarang pingat membuat kejutan dengan memenangi emas pada Sukan SEA ke-25 itu.
----

Tahniah & syabas diucapkan kepada skuad bolasepak bawah 23 Malaysia yang telah berjaya Vientiane. Semoga ini menajdi titik tolak dalam arus perubahan bolasepak di Malaysia.

Syabas

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH SALAM TAHUN BARU 1431H

UMNO TAMAN PAROI JAYA mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijriah kepada semua dan semoga dengan kedatangan tahun baru membawa lebih banyak hijrah kepada kebaikkan dan kehidupan yang lebih berkualiti.
 
 
 

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

------

Semoga pengajaran dari kisah lalu bersempena peristiwa Maal Hijrah menjadi iktibar kepada kita dalam menempuhi perjalanan yang masih panjang. Tidak perlu terlalu taksub dengan seseorang atau sesuatu perkara melainkan kita taksub dengan kebesaran Allah S.w.t.

Kita mulakan hijrah kita pada tahun ini dengan berbaik sangka dan bermaafan atas segala kesilapan yang lalu.


Sunday, December 13, 2009

Khairy Persoal Sikap Berdiam Diri PAS

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mempersoalkan sikap berdiam diri PAS berhubung kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mempertikai peruntukan kerajaan untuk membina masjid.

Menurutnya, sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada pihak PAS tentang isu tersebut.

"Saya begitu sedih mengapa tidak ada apa-apa komen daripada kepimpinan tertinggi PAS terhadap isu peruntukan masjid ini.

"Ini menunjukkan perjuangan dan prinsip PAS terpaksa dikorbankan sekali lagi untuk jangka masa pendek," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena lawatan deligasi Parti Golkar Indonesia ke Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda Umno hari ini.

"Saya ingin lihat pendirian PAS, sama ada mereka ingin bersuara atau sekali lagi akan mempertahankan tindakan DAP," ujar Khairy.

Tambahnya, PAS seharusnya bangkit menyuarakan pendapat dan pendirian mereka dalam hal ini dan tidak hanya berdiam diri untuk mempertahankan DAP.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/12/mstar_berita/20091212093233&sec=mstar_beritami
 
Sedikit demi sedikit doktrin Malaysian Malaysia cuba diterapkan DAP di Malaysia dalam cara yang cukup halus. Jika diamati cara dan teknik yang digunakan mereka akan menuntut kesamarataan dalam apa jua bidang seperti kata pepatah selepas betis nakkan peha
 
Sikap berdiam diri PAS hanya akan membenarkan apa yang diutarakan dalam masa yang sama hanya menjadi kuda padi kepada DAP. Dalam konteks dan sudut yang berbeza adakah PAS mahu apa yang terjadi kepada Singapura terjadi kepada Pulau Pinang dan negeri negeri lain. Kedatangan imigran ke Malaysia ini dan taraf kerakyatan yang diberikan dari zaman pra merdeka adalah suatu keistimewaan dan bukan lah hak mutlak.  Sikap toleransi yang telah ditunjukkan oleh orang Melayu dan sikap bertolak ansur ini semakin lama semakin dipijak oleh DAP justeru itu kita seharusnya lebih berhati hati dan berfikir secara terbuka.
 
Konsep satu Malaysia yang mahu diterapkan Perdana Menteri seharusnya diterima baik semua rakyat terutamanya dalam masyarakat gabungan atau pun majmuk. Kuasa politik memainkan peranan penting dalam pentadbiran sesuatu negara dan justeru itu kebijaksanaan dalam membuat pilihan adalah teramat penting. Seruan kepada semua ahli UMno, Perbetulkan kesilapan dalam masa yang sama bertindak rasional dalam sebarang tindakan. Kita tidak nampak keberanian PAS dalam memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat selain hanya melakukan tindakan demi keuntungan segera.
 
Dalam ertikata mudah majoriti diutamakan tetapi jangan sampai tersilap penilaian sehingga merugikan orang Melayu.
 
 

Monday, December 07, 2009

Penyu bertelur di Tanjung Gemok

PORT DICKSON 6 Dis. - Mungkin ramai yang menyangka penyu hanya mendarat dan bertelur di Pantai Rantau Abang, Kuala Terengganu dan di Sabah serta Sarawak.

Bagaimanapun, tanggapan itu tidak benar kerana ada satu lagi lokasi di Semenanjung menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur.

Lokasi tersebut dikesan di persisiran Pantai Tanjung Gemok yang sebenarnya sudah lama dikunjungi oleh haiwan yang kian diancam kepupusan itu, tetapi tidak diuar-uarkan.

Lebih menarik lagi, terdapat tiga spesies penyu mengunjungi pesisiran pantai berkenaan untuk bertelur tiga kali setahun sejak 10 tahun lalu.

Pengurus Besar Glory Beach Resort, Lau Cheong Leong berkata, pihaknya diberi tanggungjawab untuk memulihara kawasan pesisiran pantai itu memandangkan haiwan berkenaan kerap dan gemar mendarat di sini.

''Ada tiga spesies penyu yang mendarat dan bertelur di pantai pesisiran ini iaitu jenis Karah, Agar dan Lipas.
 
----------
 

This page is powered by Blogger. Isn't yours?