Sunday, June 29, 2008

Penantian Penduduk Labu& Nilai Berakhir

SEREMBAN 28 Jun - Penantian 121 penduduk rumah rakyat di Labu dan Nilai di sini untuk mendapatkan hak milik rumah yang mereka diami hampir 30 tahun lalu kini berakhir.

Kesemua penduduk yang tinggal di rumah rakyat Batu 10, Labu dan Nilai Fasa 2 itu menerima surat hak milik rumah masing-masing daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam majlis penyerahan di kawasan lapang rumah tersebut di sini semalam.

Selain itu, kegembiraan mereka juga dikongsi oleh 25 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu yang menerima kunci rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

 


Thursday, June 26, 2008

Lenggeng Pengeluar Serai terbesar Asia

SEREMBAN 25 Jun - Membiarkan tanah tanpa diusahakan memang perkara mudah, tetapi mengusahakan tanah terbiar ia memerlukan kudrat dan kesungguhan yang kuat.
Menyedari hakikat itulah, Felcra Berhad bersama-sama penduduk di Kampung Mendom, Lenggeng dekat sini bangkit untuk berbudi kepada tanah dalam konteks tanaman serai dan keledek secara komersial.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim berkata, daerah Lenggeng kini menjadi lembah baru kepada produk pertanian berkaitan serai dan keledek.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Tahniah diatas usaha Felcra Berhad bersama sama penduduk Lenggeng dalam memanfaatkan tanah terbiar untuk menanam serai(lemon grass & peha ayam) dan bakal menjadi pengeluar serai secara besar besaran tidak lama lagi.Peluang yang terhidang didepan mata seharusnya digunakan sebaiknya terutama golongan pemuda dan belia di Lenggeng dalam menjana pulangan ekonomi yang lebih mapan.

Ia juga selari dengan saranan kerajaan dalam Kajian Separuh Penggal Rmk-9 yang menitik beratkan sektor pengeluaran makanan berikutan kenaikkan harga bahan api dan bahan asas yang lain.
Diharap jabatan pertanian N Sembilan dan unit pembangunan ekonomi negeri dapat memainkan peranan yang lebih aktif didalam bidang pertanian seperti serai ini dari segi teknologi tanaman, kesesuaian tanah, pulangan yang optimum, pengumpulan,pemasaran,penjualan dan berbagai lagi dalam membantu mencapai sasaran matlamat Rmk-9.
Belia beliawanis boleh terlibat secara aktif didalam sektor tanaman serai ini dan juga dari segi penjualan dan pemasaran yang mana mereka boleh mentadbir sendiri tanpa mengharapkan orang tengah.Dari diberi kepada orang luar lebih baik dibuat sendiri cuma pemantauan dan khidmat nasihat mungkin boleh diberikan kerana mereka mungkin tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini.
Semoga usaha ini dapat ditingkatkan lagi dan diharap juga ADUN Lenggeng Yb Mustapha Salim dapat menggerakkan jenteranya dalam membantu ekonomi orang Melayu di Lenggeng.

The more the "merrier" jika lebih ramai belia yang terlibat dalam bidang ini.Kerana para belia yang kreatif ini mungkin mempunyai idea idea bernas yang mungkin dapat disalurkan di kebun serai dari disalurkan dijalan jalan raya atau pun dinding bangunan.

The more the merrier juga merujuk kepada pertandingan ketua pemuda malaysia, ketua bahagian Rembau, Telok Kemang dan juga Jempol.Selamat kembali diucapkan kepada saudara Ezam yang kembali kepangkuan Umno, Juga buat Tan Sri Utama Dato Seri Isa Samad yang tamat tempoh penggantungan dan boleh bertanding pada pemilihan kali ini. Yb Khairy juga yang mungkin akan ditentang pada pemilihan kali ini di Rembau oleh Ajk bahagian Rembau sendiri.

Ini seharusnya dilihat dari sudut yang sihat kerana Umno tidak pernah menghalang ahlinya untuk bertanding asalkan mengikut lunas dan syarat yang ditetapkan dan asalkan tidak membawa keburukkan atau pun kejatuhan kepada Umno.Tan Sri Isa yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang politik mungkin boleh menyumbangkan idea dan buat fikiran asalkan tidak bernada sumbang dalam comeback kali ini.
Kita tidak seharusnya terus menghukum mereka yang telah melakukan kesalahan kerana mereka telah menerima tindakan yang sewajarnya, seperti juga Dato zaid Ibrahim yang pernah digantung kerana politik wang.
Juga kembalinya saudara Ezam ke pangkal jalan mungkin dapat membangunkan harimau Umno dari tidurnya kerana mungkin selama ini Umno sedikit terleka(complacent) dan terlena(nap) dengan keadaan semasa. Dibahagian Rembau juga yang bakal menyaksikan pertembungan antara AJK dan Ketuanya yang mana diharap dapat menyaksikan pertandingan yang sihat dan bukan untuk kepentingan individu atau pun atas dasar emosi semata mata. Matlamat dan dasar perjuangan mesti dikekalkan terutamanya kepentingan ahli Umno dan orang Melayu.

Diharap dengan kembalinya mereka kepada Umno, bebas dari penggantungan dan juga yang akan bertanding diharap dapat memperkasakan lagi pimpinan Yab Dato Seri Utama Mohd Hj Hasan di N Sembilan.
Pj Cowboys

Friday, June 20, 2008

NS kecewa permohonan teksi ditolak LPKP

SEREMBAN 19 Jun - Kerajaan negeri kecewa permohonannya untuk mendapatkan permit teksi (melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS).) ditolak oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi diagihkan kepada pemandu teksi dalam usaha meringankan beban mereka
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan LPKP tidak membantu nasib pemandu teksi di negeri ini yang terus terhimpit kerana terpaksa menyewa permit atau daripada orang tengah dengan kadar yang tinggi.
"Saya kecewa namun terpaksa akur dengan keputusan berkenaan kerana tujuan kita sebenarnya untuk meringankan beban pemandu teksi di kawasan ini kerana tujuan utama berbuat demikian bukan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata tetapi kita mahu membantu mereka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Usaha kerajaan N Sembilan yang tidak mendapat kerjasama dari LPKP, saranan ini seharusnya diteliti semula oleh LPKP yang sepatutnya sensitif dengan isu-isu terkini juga nasib dan masa depan pemandu pemandu teksi kerana mereka juga berhak untuk mendapatkan taraf ekonomi yang lebih baik.Ini kerana jika terbukti yang pemberian permit atau pun sewaan melaui kerajaan negeri terbukti dapat mengurangkan bebanan dan tanggungan para pemandu teksi seharusnya ia diberi keutamaan kerana dengan peningkatan kadar petrol dan diesel sememangnya ia akan membebankan para pemandu teksi.Jika pun mereka menerima subsidi bahan api tetapi perlu diingat yang kos hidup dan barangan lain juga meningkat dan ini sebenarnya tidak memberi kelegaan dalam pemberian subsidi kerana kos melepas lain yang terpaksa ditanggung oleh pemandu teksi. Kriteria pemberian permit seharusnya disemak dari masa ke semasa kerana keadaan semasa berubah dengan pantas.Kami menyokong penuh saranan kerajaan negeri dalam konteks pengagihan permit dan meminta supaya LPKP menyemak semula dan menimbangkan dengan sewajarnya usul tersebut.
p/s takpela Tok Mat mereka tak faham nak buek camno
posting asal-http://umnoparoijaya.blogspot.com/2008/04/yns-mahu-mohon-permit-teksi.html

TETAPI APA PULA KATA LPKP

LPKP tidak terima permohonan Yayasan Negeri Sembilan20-06-2008 06:51:39 PM
KUALA LUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana agensi kerajaan Negeri Sembilan bagi mendapatkan lesen teksi, kata pengerusinya Datuk Markiman Kobiran hari ini.
Katanya soal penolakan permohonan lesen teksi oleh Yayasan Negeri Sembilan seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar hari ini adalah tidak tepat.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan bahawa Menteri Besar Negri Sembilan Menteri Besar kesal terhadap tindakan LPKP menolak permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNs) bagi mendapatkan 500 permit teksi.
Markiman berkata adalah menjadi amalan LPKP memberi keutamaan kepada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau yayasan negeri sekiranya terdapat keperluan bagi mendapatkan lesen kenderaan perdagangan untuk apa jua jenis kenderaan.BERNAMA

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_a599d3fd-c0a85062-85acc200-d2f0dd9b

SAPO NAK JAWAB NIH???

Monday, June 16, 2008

Sambung lebuh raya ke Bahau

Lebuh Raya Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus bakal disambung terus ke Tanjung Ipoh sebelum melalui Kampung Serdang, Pilah, ke jalan Kuala Pilah-Bahau.
KUALA PILAH 15 Jun – Kerajaan negeri berharap projek lebuh raya Seremban-Kuala Pilah yang kini dalam pembinaan dapat disambung sehingga ke jalan Kuala Pilah-Bahau bagi mengatasi kesesakan di bandar ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, cadangan pelebaran jalan itu telah pun dikemukakan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk di beri pertimbangan kerajaan persekutuan.
‘‘Kerajaan telah menghantar cadangan itu kepada pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) agar ia disenaraikan sebagai projek keutamaan dalam kajian separuh penggal RMK-9,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan perumahan Skim Program Kesejahteraan Rakyat (SPKR) kepada keluarga Azman Ramli di Senaling, dekat sini hari ini.
Kata Ismail, pelaksanaan itu penting supaya lebuh raya baru di Jalan Bukit Putus yang kini dalam pembinaan diteruskan hingga ke Kuala Pilah.
‘‘Jika ini dapat dilaksanakan kerajaan negeri yakin, lambakan kereta yang menggunakan lebuh raya Seremban-Kuala Pilah yang akan tertumpu terus ke bandar Kuala Pilah sebelum ke Pantai Timur dapat dielakkan, selain mampu menjimatkan masa apabila ia siap dan dipersetujui kelak,” jelas beliau.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm


Usaha kerajaan N Sembilan yang memberi manfaat dari segi ekonomi, kemudahan dan juga taraf kesihatan yang lebih baik terutamanya pengguna jalan Seremban- Kuala Pilah dan penduduk sekitar.Sebagai jalinan penting yang telah sekian lama berkhidmat akhirnya laluan lurus dan dekat bakal dapat digunakan tidak lama lagi.Ia bukan sahaja menjimatkan masa dan jarak perjalanan dari Seremban ke Kuala Pilah tetapi ia juga dapat menjimatkan kos petrol yang meningkat mendadak.Kerana jalan lama begitu sempit dan tidak sesuai lagi dengan oeningkatan jumlah kenderaan di N Sembilan ini.

Secara automatik bila tersangkut dibelakang bas atau pun lori kenderaan terkpaksa menggunakan gear rendah dan ini meningkatkan kos petrol yang telah sedia meningkat.Ia berupaya menjimatkan berjuta juta ringgit setahun disamping mendekatkan lagi jarak untuk ke destinasi pelancongan di N Sembilan dan ini sudah pasti menjana pulangan yang tinggi bagi sektor pelancongan di N Sembilan.

Untuk menyedut udara segar dari hutan jarak dari Seremban ke Ulu Bendul bukan lagi suatu masalah kerana jarak perjalanan lebih kurang 10minit sahaja dari Seremban.Dengan pelbagai tarikan baru ke Ulu Bendul sudah pasti ia akan menjadi pilihan rakyat kerana dengan kos yang minimum(petrol+makanan) rakyat sudah boleh berkelah di destinasi yang menarik Ulu Bendul.


Mungkin juga perjumpaan bagi warga warga Umno yang ingin bertanding dibuat di Ulu Bendul, disamping menjimatkan kos dari buang duit dihotel hotel, juga sambil menyedut udara segar mungkin idea idea dan buah fikiran bernas dapat bercambah disini.



P/s:dialog yang didengar di Taman Ular Sawa, 'bang ular yang masuk roban kito tuh laie godang dari kek sini'

Thursday, June 12, 2008

Road tax: Get your rebates in 3mins

KUALA LUMPUR: It will not take more than three minutes for eligible vehicle owners to get their cash rebates of up to RM625 from 683 post offices nationwide starting Saturday.
Pos Malaysia Berhad executive director Datuk Abu Huraira Abu Yazid said those who renewed or paid their road tax between April 1 and May 31 this year were eligible to claim the rebate anytime between Saturday and March 31 next year.
Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced the road tax cash rebates to cushion the blow of
increased fuel prices he unveiled on June 4, to RM2.70 a litre for petrol and RM2.58 a litre for diesel.
Private vehicles of engine capacity of 2,000cc and below, private pickup trucks and jeeps with engine capacity of 2,500cc and below will enjoy a RM625 rebate. Owners of motorcycles of 250cc and below are eligible for a RM150 rebate.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/12/nation/20080612165003&sec=nation

Rakyat boleh mula mendapatkan rebate bagi pembaharuan cukai jalan bermula 12April dimana-mana pejabat pos diseluruh negara dan bagi yang memperbaharuinya dari 1Jun boleh mula mendapatkannya bermula 1julai.Walaupun jumlah yang diberikan tidak dapat menampung keseluruhan jumlah yang perlu dibayar tetapi rakyat perlu akur keputusan kerajaan yang tidak mampu menanggung beban subsidi yang tinggi.Mekanisme ini boleh diperbaiki dari masa ke semasa untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
Diharap perhimpunan Umno yang bermula pada Julai ini tidak hanya membincangkan tentang calon calon yang harus dipilih tetapi juga yang mampu membawa bersama pembangunan ekonomi,sosial dan kemasyarakatan.
Di bahagian Seremban terutamanya mungkin warga warga Umno bahagian Seremban boleh mengemukakan calon calon yang berwibawa untuk menggantikan Jawatankuasa Bahagian Seremban yang sedia ada jika dirasakan mereka mempunyai calon yang lebih sesuai dan berkaliber.Bukan kita tidak menghormati ketua sperti Dato Ishak, Dato Zakaria, Dato Yusof dan lain lain anggota tetapi jika dirasakan ada calon yang lebih layak kita seharusnya tidak takut untuk menyuarakan pendapat kerana perjuangan untuk parti UMNO mesti diutamakan dan jika ditanya pada mereka pun sudah pasti mereka akan mengutamakan parti lebih dari kepentingan individu."tak begitu dato dato sekelian??"
Pemuda yang seharusnya menjadi pemangkin dibahagian Seremban juga harus digubal bagi membantu perjuangan Umno dan bukan hanya sebagai tukang angguk atau pun takut dipulas telinga.Rombakan perlu dilaksanakan bagi membantu kerajaan pimpinan Dato Seri Mohd Hasan dan juga Yab Dato seri Abdullah Ahmad Badawi.Sudah sampai masanya kebebasan bersuara digunakan demi kepentingan rakyat dan negara.

Sunday, June 08, 2008

MB wants village heads to submit reports online

KUALA TERENGGANU: Village headmen in Terengganu will soon have to submit reports on the development of their respective areas online to enable swift response to villagers' requests.
The state government plans to equip all the villages with computers to enable the village headmen to instantly send information and requests from village folk.
Mentri Besar Datuk Ahmad Said instructed all assemblymen to allocate funds to the Village Development and Security Committees under their purview to facilitate the procurement of computer sets.
“The management of villages here should go cyber and all reports submitted can be attended to at once with such facilities,” he said after the graduation ceremony of village headmen who attended computer courses here on Friday.
Ahmad said all data and information pertaining to the villages should be stored in the computer so that the headmen could manage their tasks professionally.
source TheStar 08/06/08

Satu usaha dalam memperbaiki mutu perkhidmatan dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran yang harus dipuji.Usaha ini patut dicontohi oleh semua ketua-ketua kampung, ketua cawangan dan mereka yang berkaitan dengan hal hal kemasyarakatan supaya segala aduan, permasalahan, buah fikiran dan sebagainya dapat disalurkan dengan lebih cepat dan effisen.
Ia juga tidak terhad kepada penggunaan komputer boleh juga menggunakan fax dan sms contohnya jika tidak terdapat kemudahan internet.Rata rata sekarang ini akses kepada kemudahan tersebut bertambah baik dan boleh diakses dari mana mana lokasi dan tidak timbul alasan untuk membantu masyarakat melainkan jika hendak mencari alasan berbagai teori dan dalih boleh diberi.
Penglibatan para belia, wanita, warga emas dan semua pihak boleh digembling untuk menjayakan rancangan tersebut.Ini juga dapat mengelakkan alasan alasan seperti maklumat tidak sampai, lambat diketahui dan sebagainya.ketua ketua kampung seharusnya memainkan peranan yang lebih aktif dalam proses membantu pentadbiran berkaitan hal hal kemasyarakatan bukan terhad hanya kepada aduan langsung atau pun bon adife.

Saturday, June 07, 2008

Turun atau mansuhkan tol-Kj

SEREMBAN 6 Jun - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menurunkan kadar tol lebuh raya atau memansuhkannya dalam usaha mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang bermula semalam.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu mempercepatkan proses rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya supaya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.
"Proses rundingan itu diharap dapat diselesaikan secepat mungkin dan kita juga berharap syarikat konsesi lebuh raya yang sudah mendapat semula modal dan menikmati keuntungan dapat bekerjasama membantu mengurangkan beban rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kewangan bernilai RM23,555 kepada keluarga miskin M. Thannabakiyam, 33, di Taman Margossa, Paroi di sini hari ini.
Penurunan kadar tol itu merupakan salah satu daripada enam langkah yang dicadangkan oleh Khairy dalam usaha mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan mendadak harga petrol dan diesel.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, antara langkah awal yang boleh diambil adalah memperhebatkan pemantauan harga barang dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga yang didapati menaikkan harga secara keterlaluan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

Langkah-langkah yang sepatutnya telah lama dilakukan kerana duit rakyat & tanah rakyat yang diambil melalui cukai, pelaburan(takkan menteri plak share) dan sebagainya kemudian disalurkan untuk pembinaan lebuhraya kemudian rakyat dikenakan kadar tol yang terlalu tinggi dan hanya memberi keuntungan kepada pihak pihak tertentu atau pun pemegang konsesi.Bukan tidak mengambil kira tentang kos pembinaan dan penyelengaraan tetapi biarlah berpadanan kerana ia bukanlah cara yang sepatutnya untung menjana untung optimum dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.Syabas buat Khairy yang berani menyuarakan pendapat bagi Pemuda Umno dan diharap terus memperjuangkan nasib rakyat dilandasan yang betul.

Ini adalah kerana lebuhraya sudah sepatutnya termasuk didalam senarai keperluan rakyat yang bukan lagi suatu pilihan atau pun barang mewah, jawapan jawapan seperti pilihan untuk menggunakan jalan lama tidak lagi relevan kerana suasana dan zaman telah berubah.Keuntungan yang dijana seharusnya pada tahap yang munasabah bukan hanya menguntungkan pemegang konsesi.Ini adalah kerana dengan harga minyak yang melambung sudah semestinya meningkatkan kadar inflasi dan seterusnya mengurangkan kuasa beli pengguna kerana ia akan menarik bersama harga barangan lain untuk turut meningkat.

Jika ia terus meningkat tanpa ada pemantauan dan makanisme yang sesuai untuk mengimbangi keadaan tersebut selain berjimat, ubah gaya hidup, tanam sendiri, sendiri tanam, sendiri mau ingat dan sebagainya ia juga akan melengkapkan kitaran kehidupan yang mana masalah sosial, ah long, tekanan, jenayah dan macam macam lagi masalah yang akan menyusul. Ia seharusnya tidak hanya dilihat dari sudut kos tetapi juga dari segi sosial dan kemasyarakatan kerana ia saling berkait di antara satu dengan yang lain.

Thursday, June 05, 2008

Mohamad tawar diri tanding Naib Presiden

SEREMBAN 4 Jun - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan Disember ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri itu berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding semata-mata bagi mengukuhkan kembali UMNO sebagaimana sebelum ini.
''Ia bukan persoalan untuk mencabar sesiapa tetapi bertanding untuk mengukuhkan parti dan dalam hal ini saya terbuka, jika ada yang mencadangkan saya untuk bertanding, saya akan bertanding.
''Lagi pun kita ada kuota tertentu di mana Naib Presiden memerlukan sokongan daripada 10 peratus atau 19 bahagian daripada keseluruhan 191 bahagian parti di seluruh negara, ia bukan mudah," kata beliau pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Pengumuman beliau itu bakal merancakkan suasana pemilihan kerana enam orang telah menawarkan diri sebelum ini.
Mereka ialah penyandangnya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
Mohamad turut mengingatkan mana-mana pihak yang ingin bertanding terutama pada peringkat bahagian supaya bertanding dengan ikhlas demi kepentingan parti.
Beliau turut menyatakan pendirian untuk tidak campur tangan dengan mana-mana pihak yang menawarkan diri bagi bertanding di peringkat bahagian.
''Saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan mana-mana pihak yang mahu bertanding kerana sudah menjadi pendirian saya untuk tidak campur tangan dalam bahagian lain,'' ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Sokongan penuh dari UMNO cawangan Taman Paroi Jaya jika Tok Mat ingin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dan diharap suara suara pembaharuan akan sampai ke golongan sasaran dan segala pembangunan dan pengukuhan Umno dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
Umno Taman Paroi Jaya

Update terbaru July2008
Mohamad tarik balik hasrat

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Umno menarik balik hasratnya itu, sebaliknya hanya mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT). Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, keputusan itu bagi membolehkan beliau memberi tumpuan terhadap tugasnya mentadbir negeri, selain memperkukuhkan parti serta Barisan Nasional (BN) negeri. "Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli yang menyokong saya bertanding, tetapi tidak untuk pemilihan kali ini. Mungkin lain kali saya pertimbangkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di sini semalam.
http://www.bharian.com.my/Saturday/Nasional/20080726002130/Article/index_html

Keputusan yang dihormati atas kesedaran untuk memberi lebih perhatian kepada N Sembilan dan bukan meletakkan kepentingan peribadi. Kami Umno Paroi Jaya mengucapkan syabas dan tahniah dan sentiasa menyokong sebarang keputusan Dato Seri Utama Mohd Hasan yang menjurus kepada kebaikkan rakyat dan Umno

I CHARGE Jawapan Kepada Petrol Yang Mahal
















http://www.zeromax.biz/eng/e_product_max_01.php

Jimat petrol dan memanjangkan lifespan engine kereta kita

Hyundai Matrix-KL-KUALA TERENGGANU RM60 ini sbl minyak naikla

Boleh check kita punya plug dan minyak engine bila dah guna.Terbukti berkesan untuk kereta

Kancil,Myvi, perdana, wira, iswara, honda civic,accord, swift, Nazaria dan macam2 kereta la

Feature
i-CHARGE Voltage Stabilizer has the following three systems
Voltage Stabilizer System
Interference Reducer System
Battery Doctor System

Benefits
• Fuel saving
• Better RPM response
Increase engine torque
• Engine power up
Optimized all electronic devices in car

Advantages
Faster throttle response, engine power up.
• Reduce car CPU noise signal, improve CPU reaction time, improve electronic efficiency.
• Smoother gear shift on automatic car.
• Improve engine power, better acceleration response, hence improve fuel saving.
• Maximize ignition efficiency, easier engine start.
• Prolong engine and electrical device life-span.
• Easy installation, totally DIY, the first choice for ladies drivers.
• Universal for all cars and motorcycles
• Reduce noise with built in noise filter, improve sound system performance.
• Equipped with double fuse protection, for better product life and safety.
• Faster RPM response, it gives you powerful acceleration even when your car's air condition turn on to maximum load.
• Cleaner exhaust emission on HC and CO gas. So more environment friendly.
• Twelve (12) months Limited Product Warranty.

.

Wednesday, June 04, 2008

Yunus tawar diri tentang Rais di Jelebu

SEREMBAN 3 Jun - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat (gambar) menawarkan diri bertanding untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Jelebu pada pemilihan yang dijadualkan pada 9 Oktober hingga 9 November depan.
Yunus, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang dan Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, berkata, keputusan itu diambil atas kesedaran ingin berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat dan parti.
''Tidak ada mana-mana pihak yang mempengaruhi keputusan saya untuk bertanding merebut jawatan berkenaan,'' tegas beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Jawatan Ketua UMNO Bahagian Jelebu sekarang disandang oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Rais Yatim.
Kata Yunus, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan, maklum balas dan nasihat daripada ahli-ahli dan pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan.
Dalam pada itu, Yunus turut menyatakan sokongan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga ADUN Pertang, Datuk Razak Mansor, yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Pertembungan yang dijangka menarik di bahagian Jelebu dengan penawaran diri oleh Yb Yunus untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Jelebu.Pertandingan yang membawa kepada kebaikkan semua dan Umno memang dialu alukan dengan penglibatan dan penyertaan yang lebih ramai dari mereka yang mempunyai keyakinan dan semangat untuk meneruskan perjuangan.Ahli ahli diminta memilih calon calon yang benar benar berkaliber dan mempunyai ciri ciri pemimpin yang mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab.Sudah semestinya ahli ahli di Jelebu lebih arif tentang calon calon yang mereka pilih dan kredibiliti pemimpin berkenaan.Kita sentiasa mengharapkan pertandingan yang bersih dan sihat.
Hari ini kerajaan telah menaikkan tarif petrol dan diesel Rm0.78 dan Rm1 berkuatkuasa 5/06/2008 ini adalah langkah untuk mengurangkan beban subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan tetapi dalam masa yang sama diharap mekanisme yang digunakan tidak membebankan rakyat.Seperti kelazimannya harga harga barangan lain akan terus melambung dengan kenaikkan kos bahan api.Juga kenaikkan tarif eletrik yang naik sebanyak 18%.Kos sara hidup yang meningkat memang tidak dapat dielakkan cuma diharapkan mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan dapat digerakkan supaya tidak membebankan rakyat khususnya.Perlaksanaan rebate tunai juga diharapkan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan kerana bilamana 6juta pengguna yang akan menerima faedah tersebut sudah pasti akan berlaku kelewatan dan sebagainya dan ini sudah seharusnya difikirkan bila melaksanakan mekanisme ini.Janganlah ada pula alasan alasan berbangkit kemudian kerana ia hanya akan membebankan lagi pengguna.Diharap kemeterian berkenaan sudah bersedia menghadapi perkara tersebut.

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.
Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.
Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.
Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

Sunday, June 01, 2008

Kenal pasti usahawan wanita berpotensi

SEREMBAN 31 Mei - Isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin mengingatkan Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) supaya bergerak lebih agresif mengenal pasti usahawan wanita yang berpotensi di daerah masing-masing.
Menurutnya, langkah tersebut sedikit banyak mampu mengetengahkan lebih ramai usahawan wanita di negeri ini sebagai menyahut seruan kerajaan.
"Setiap jabatan atau agensi kerajaan harus memainkan peranan membantu usahawan wanita ini memulakan dan membesarkan perniagaan mereka di samping komited untuk menghulurkan bantuan. Mereka juga digesa melaksanakan pelbagai program yang dapat membangunkan perniagaan usahawan tersebut.
"Dalam memberi tumpuan sepatutnya kepada usahawan tersebut, aspek utama yang harus ditekankan adalah aspek kebajikan mereka yang masih berada di peringkat memulakan perniagaan, golongan seperti ini harus dikenalpasti dan dibantu," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Peranan wanita dalam pembangunan negara memang tidak dapat dinafikan lagi sejak dari zaman pra merdeka tokoh tokoh wanita telah bersama mengembeling tenaga dan berganding bahu bersama sama pejuang lain dalam proses kemerdekaan dan pembangunan Malaysia.Adalah sewajarnya jika usaha usaha dalam membantu wanita, gadis, ibu tunggal dan lain lain lagi dipertingkatkan kerana pembangunan atau pun bantuan dari segi kewangan, sokongan moral, khidmat nasihat boleh mempertingkatkan lagi struktur ekonomi, sosio budaya dan taraf hidup golongan wanita.Ini sekaligus menjurus dalam peningkatan pulangan ekonomi dan taraf hidup yang lebih berkualiti.
Kami menganjurkan supaya Umno Bahagian Seremban "jangan tidur lagi" dan bangun untuk memberi sumbangan yang lebih significant dari sudut ini.Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datin Seri Salbiah dalam mengingatkan Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) supaya bergerak lebih agresif mengenal pasti usahawan wanita yang berpotensi di daerah masing-masing.
Walaupun telah ada ejensi ejensi telah ditubuhkan tetapi dalam masa yang sama kami percaya jika ditambah dengan usaha oleh ahli ahli Umno dalam membantu usaha kerajaan sudah semestinya ia akan dapat mengembangkan lagi usaha yang dijalankan kerajaan.Golongan golongan sasaran seperti ibu tunggal, wanita wanita kaum asli, remaja remaja dan mereka yang berminat harus dibantu dari aspek teknikal, kewangan, pelan pembangunan dan sebagainya kerana persepsi lama yang hanya mengharapkan mereka sendiri yang berusaha harus ditukar kerana dengan penerangan, bengkel bengkel, perjumpaan terus mungkin boleh menambah atau meningkatkan kesedaran tentang potensi dalam bidang keusahawanan yang boleh diceburi khususnya kaum wanita.

Mewujudkan koperasi wanita juga salah satu langkah yang boleh diambil untuk meramaikan lagi bilangan usahawan wanita di N Sembilan.Mekanisme sudah tersedia cuma cara perlaksanaan yang perlu ditukar dan membantu ejensi dan badan badan sedia ada.Kita seharusnya sedar yang peranan wanita bukan lagi kecil dan tidak boleh dipandang ringan dan seharusnya usaha dalam membantu mereka juga ditingkatkan seiring dengan kemajuan masa kini.Walaupun jumlah pelajar wanita di Universiti atau pun institusi pengajian tinggi lebih ramai dari kaum lelaki ini tidak harus dijadikan alasan untuk tidak membantu golongan wanita kerana ramai lagi yang mungkin tidak berpeluang tetapi mempunyai semangat dan iltizam dalam membangunkan ekonomi dan taraf hidup.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?