Sunday, June 01, 2008

Kenal pasti usahawan wanita berpotensi

SEREMBAN 31 Mei - Isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin mengingatkan Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) supaya bergerak lebih agresif mengenal pasti usahawan wanita yang berpotensi di daerah masing-masing.
Menurutnya, langkah tersebut sedikit banyak mampu mengetengahkan lebih ramai usahawan wanita di negeri ini sebagai menyahut seruan kerajaan.
"Setiap jabatan atau agensi kerajaan harus memainkan peranan membantu usahawan wanita ini memulakan dan membesarkan perniagaan mereka di samping komited untuk menghulurkan bantuan. Mereka juga digesa melaksanakan pelbagai program yang dapat membangunkan perniagaan usahawan tersebut.
"Dalam memberi tumpuan sepatutnya kepada usahawan tersebut, aspek utama yang harus ditekankan adalah aspek kebajikan mereka yang masih berada di peringkat memulakan perniagaan, golongan seperti ini harus dikenalpasti dan dibantu," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Peranan wanita dalam pembangunan negara memang tidak dapat dinafikan lagi sejak dari zaman pra merdeka tokoh tokoh wanita telah bersama mengembeling tenaga dan berganding bahu bersama sama pejuang lain dalam proses kemerdekaan dan pembangunan Malaysia.Adalah sewajarnya jika usaha usaha dalam membantu wanita, gadis, ibu tunggal dan lain lain lagi dipertingkatkan kerana pembangunan atau pun bantuan dari segi kewangan, sokongan moral, khidmat nasihat boleh mempertingkatkan lagi struktur ekonomi, sosio budaya dan taraf hidup golongan wanita.Ini sekaligus menjurus dalam peningkatan pulangan ekonomi dan taraf hidup yang lebih berkualiti.
Kami menganjurkan supaya Umno Bahagian Seremban "jangan tidur lagi" dan bangun untuk memberi sumbangan yang lebih significant dari sudut ini.Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datin Seri Salbiah dalam mengingatkan Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) supaya bergerak lebih agresif mengenal pasti usahawan wanita yang berpotensi di daerah masing-masing.
Walaupun telah ada ejensi ejensi telah ditubuhkan tetapi dalam masa yang sama kami percaya jika ditambah dengan usaha oleh ahli ahli Umno dalam membantu usaha kerajaan sudah semestinya ia akan dapat mengembangkan lagi usaha yang dijalankan kerajaan.Golongan golongan sasaran seperti ibu tunggal, wanita wanita kaum asli, remaja remaja dan mereka yang berminat harus dibantu dari aspek teknikal, kewangan, pelan pembangunan dan sebagainya kerana persepsi lama yang hanya mengharapkan mereka sendiri yang berusaha harus ditukar kerana dengan penerangan, bengkel bengkel, perjumpaan terus mungkin boleh menambah atau meningkatkan kesedaran tentang potensi dalam bidang keusahawanan yang boleh diceburi khususnya kaum wanita.

Mewujudkan koperasi wanita juga salah satu langkah yang boleh diambil untuk meramaikan lagi bilangan usahawan wanita di N Sembilan.Mekanisme sudah tersedia cuma cara perlaksanaan yang perlu ditukar dan membantu ejensi dan badan badan sedia ada.Kita seharusnya sedar yang peranan wanita bukan lagi kecil dan tidak boleh dipandang ringan dan seharusnya usaha dalam membantu mereka juga ditingkatkan seiring dengan kemajuan masa kini.Walaupun jumlah pelajar wanita di Universiti atau pun institusi pengajian tinggi lebih ramai dari kaum lelaki ini tidak harus dijadikan alasan untuk tidak membantu golongan wanita kerana ramai lagi yang mungkin tidak berpeluang tetapi mempunyai semangat dan iltizam dalam membangunkan ekonomi dan taraf hidup.

Comments:
En Ehsan saya baca tulisan En Ehsan dlm blog ni mcm En Ehsan pakar dlm perjuangan Umno & mcm seorg pejuang kebenaran. Saya ni org tak sekolah tinggi jadi saya nak tanya En Ehsan sebab saya tanya YB Kj tiada jawapan, saya tanya org pro YB Kj pun tiada jawapan & saya masuk blok parlimen Rembau pun tiada jawapan. Tak tahu la apa nak jadi sedangkan Pak Lah kata sekrang ni telus.
Saya nak En Ehsan jelaskan kpd saya yg confuse:

1. Mengapa YB KJ mengadap Anwar sejurus Anwar keluar jail? Dia kata pegi hantar paspot Anwar, bila masa YB Kj kerja dgn Imigresen & bila masa pulak dia jadi posmen Anwar? Adakah en Ehsan hendak bakal ketua Pemuda kita seorg posmen kpd Anwar?

2. Apakah kriteria yg digunakan oleh kementerian kewangan dlm memilih ECM Libra utk bergabung dgn Avenue Capital?

3. Mengapakah selepas penggabungan top management adalah dari ECM Libra dan bukannya Avenue walaupun Avenue lagi besar & kukuh dari ECM?

4. Mengapakah Avenue perlu bergabung pada masa tersebut?

5. Mengapakah penggabungan tersebut dibuat & diumumkan selepas 1 minggu YB KJ beli 3% saham ECM Libra?

6. En Ehsan percaya ke bila Pak Lah ditanya isu ini sebagai menteri kewangan Pak Lah jawab "I dont know" & "I'm not involved" sedangkan Avenue adalah sykt di bawah MOF?

7. Apakah faedah kpd kita sebagai rakyat atas penggabungan tersebut?

8. Adakah ianya penggabungan atau "take over ECM Libra keatas Avenue?

9. Kenapa Pak Lah memilih utk bergabung dgn ECM Libra yg menantunya ada syer? Adakah ini salah satu kronisme & nepotisme? Adakah Islam hadari halalkan amalan ini?

Dari tulisan En Ehsan mcm En Ehsan faham pasal ekonomi, jadi dapat lah beri jawapan ye & selaku pejuang jgn sekali_kali kita lupa utk berckp benar walaupun pahit!
 
En Ehsan, dlm blog ni kata anda seorg pemimpin berjiwa besar & di bantu oleh ahli2 yg berkeliber! Tlg lah jawap soalan saya dah lama saya tunggu ni. Saya ni ahli Umno yg tak berjawatan nak kan penjelasan. KALAU TAK BLH JAWAB KATA LA TAK BLH JAWAB. KAN BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT TU KAN LEBIH BAIK !
Saya tunggu jawapan En Ehsan. Kan En Ehsan ni kata En seorg perjuang bangsa?
 
Interesting issues!

About him delivering his passport to Anwar,sme one told me he acted n Pak Lah's order. Pak Lah was the Internal Affairs Minister and he was Pak Lah's special oficer then.Pak Lah could send anyone even a driver to deliver the passport. However, what coversation that KJ had with Anwar remains undisclosed.

I am more concerned how this merger between ECM and Avenue would benefit the people?

Is this one of KJ moves to enrich himself?

Does KJ want to shif the title: "the richest unemployed young man in malaysia" to "the richest member of Parliament in Malaysia"

To pemuda dun yang menang, I really think those questions of yours are too big for Ehsan to answer!
 
bagus kalau tatau bertanya, jangan mandai2 ko 2 dah x sekolah tinggi, ko carikla balik laporan suruhanjaya siasatan 2 kan dah ado detail ni cerito lamo x payah ehsan budak2 kodai keripap nuar pon tau.ko x nak tau pasal hang tuah poie amik tun tejo??
nm6153
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?