Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52

Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke 52 buat semua warga Malaysia.
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
 

Wednesday, August 26, 2009

Bekas Naib Ketua UMNO Seremban bebas tuduhan rasuah


SEREMBAN 26 Ogos - Bekas Naib Ketua UMNO bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang, 48, dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen 3 hari ini atas dua tuduhan rasuah 2 September lalu.

Hakim Zambri Bakar, membebaskannya tanpa dipanggil membela diri pada akhir pendakwaan kes selepas pihak pendakwa raya gagal mengemukakan prima facie terhadap kedua-dua tuduhan tersebut. - Utusan
................
 
Kebenaran pasti berpihak kepada yang benar dan bersempena bulan yang mulia ini ramadhan al mubarak sudah pastinya ia akan memberikan lebih semangat dan kekuatan kepada saudara Md Nor Awang. Janganlah jawatan dijadikan kayu pengukur dalam perjuangan dan Pemuda berharap yang ini akan menguatkan keazaman dan dedikasi beliau kepada Umno. Bagi mereka yang suka mengadu domba dan memfitnah jadilah bulan yang mulia ini kearah perubahan baru yang membawa manfaat kepada semua.
 
 
 
 
 

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

UMNO TAMAN PAROI JAYA Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak bagi semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa keberkatan dah rahmat bagi kita semua. Juga kita jadikan ia permulaan untuk melupakan segala sengketa dan bermaafan bagi menuju kejayaan dan keharmonian bersama.

Wednesday, August 19, 2009

Penyokong UMNO masuk syurga

KOTA BHARU 18 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu memisahkan Islam dengan iman.

Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa kenyataannya semalam hanya merujuk kepada ahli UMNO.

Sebaliknya, kata beliau, ia melibatkan sesiapa sahaja yang menyokong parti tersebut dan ia tidak kena-mengena dengan Palestin.

Beliau berkata, sesiapa sahaja yang mengasingkan iman daripada Islam seperti apa yang diamalkan parti yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara itu, tidak akan diterima Allah.

"Saya baca dua surat khabar arus perdana hari ini ada perkataan Palestin, saya nafi sekeras-kerasnya bahawa saya sebut perkataan itu, ini adalah untuk melagakan saya dengan Palestin.

"Perkara kedua adalah ahli UMNO, saya tak biasa guna ahli UMNO, saya guna penyokong UMNO, ahli lain penyokong lain (makna). Memang mana-mana orang Islam yang asingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm
 
Apa dah jadi kepada tuan guru Nik Aziz sejak dua menjak ini kenyatannya makin bercelaru dan berbelit belit?? Bila isu beliau dan Nasharuddin sedang panas dan hangat dengan cabar mencabar sehinggalah selesai pilihanraya di manek urai ,bukankah dia sendiri yang mengeluarkan kenyataan berdasar apa yang  tertulis di akhbar. mengecam dan mencabar nasharuddin supaya meletak jawatan dan keluar dari pas berhubung kerajaan perpaduan tanpa usul dan periksa. tetapi seperti biasa dalam menyalahkan orang lain(mufti Perak) ia seperti tiada apa apa yang pernah berlaku.
 
Umno sebuah parti yang terang terang dan bertunjangkan Islam sebagai agama rasmi dikatakan memisahkan iman dan Islam sedangkan Islam yang syumul terkandung segala didalamnya. Pas parti yang bersekongkol dengan DAP yang terang terangan menolak Islam kemanakah pula mereka akan masuk. Kenyataan kenyataan yang mengelirukan dari tuan guru bukan lagi rahsia dan kenyataan kenyataan yang tanpa usul periksa jelas menunjukkan kepincangan dan haluan yang berbeza didalam PAS. Isu isu ini sengaja dibangkitkan dalam usaha Pas meraih simpati dan menarik perhatian masyarakat dalam mereka cuba mengalihkan perhatian masyarakat atas kelemahan mereka jika dilihat dari sudut senario politik tanahair sekarang ini.
 
Isu syurga dan neraka dibangkitkan semula oleh Nik Aziz kerana mungkin sudah ketandusan isu atau pun idea.Kenyataan tanpa dalil dan firman ini amat berbahaya kerana ia rekaan dan ciptaan Nik Aziz sendiri.
 
Seharusnya dalam keadaan negara yang diancam wabak dan kemelutan ekonomi beliau seharusnya mengemukakan cadangan cadangan bernas dalam memantapkan keadaan negara yang memberi faedah kepada orang ramai dan masyarakat. Budaya menyalahkan orang lain sudah menjadi asam dan garam dalam perjuangan Pas kerana mungkin mereka tidak lagi mempunyai arah tuju atau pun matlamat kerana isu diantara pakatan rakyat juga semakin hari semakin membawa rebah.
 
Inilah jadinya berpakat tanpa berfikir dan terutamanya tanpa matlamat bersama kerana masing masing berjuang diatas landasan yang berasingan. Umno dan Barisan nasional harus belajar dari kesilapan PR yang mana telah merugikan rakyat. Ini adalah peluang dalam mengembalikan kepercayaan rakyat tetapi perlu disertai dengan usaha dan komitmen yang berterusan dan tidak lagi memperjuangkan individu ataupun kepentingan peribadi.
Sempena kita yang akan menyambut Ramadhan Al Mubarak tidak berapa hari lagi seharusnya ia kita jadikan titik perubahan dan permulaan baru bagi meneruskan perjuangan Umno kepada masyarakat, insyaallah.. kerana kita hanyalah manusia kerdil yang tidak terjangkau dalam menentukan siapa layak dan tidak memasuki syurga Allah.
 
 

Monday, August 10, 2009

JKKK perlu tahu masalah masyarakat

PORT DICKSON 9 Ogos - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan 'jari-jari' kerajaan yang mampu merasai denyut nadi permasalahan masyarakat di peringkat akar umbi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebagai 'jari-jari' kerajaan negeri, JKKK tidak boleh menjadi kaku atau tidak berfungsi dengan baik menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan.

"JKKK merupakan nadi kerajaan dan berfungsi sebagai barisan hadapan yang mengetahui permasalahan dan kehendak rakyat di peringkat akar umbi sebelum disampaikan kepada kepimpinan negeri," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada 426 Pengerusi JKKK seluruh negeri di Tiara Beach Resort di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Siow Chen Pin.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
 
Fungsi dan peranan Ketua Kampung atau pun JKKK sudah boleh dipertingkatkan mengikut kesesuaian semasa dan setempat. Mereka seharusnya menjadi nadi penggerak bagi masyarakat setempat dalam membantu dan menyampaikan maklumat bagi orang ramai. Tugas tugas mereka mungkin boleh dideligasikan kepada para belia dan penduduk setempat kerana sudah pasti mereka tidak akan mampu melakukan bersendirian.
 
Jika belia diberikan peluang dan pendedahan oleh Pengerusi dan badan JKKK sudah semestinya penglibatan mereka akan lebih signifikan. Perubahan harus dilakukan supaya mereka jelas dan mengenali peranan Ketua Kampung dan JKKK, ini sebahagian besar tidak tahupun fungsi dan peranan Ketua Kampung, bagaimana cara nak menghubungi dan menyalurkan maklumat.
 
JKKK harus sedar yang belia mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan masyarakat dan mereka begitu aktif dan sudah semestinya lebih mengetahui keadaan setempat. Jika dibimbing dan diberikan tunjuk ajar sudah tentu peranan mereka dalam masyarakat dapat dioptimumkan. Tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman dalam memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran berkaitan hal ehwal masyaraka amatlah dialu alukan bari memantakpan institusi JKKK dan kemasyarakatan.
 
 
 
 
 

Saturday, August 08, 2009

KEMPEN SEMARAK MERDEKA 2009

 
MAJLIS PERASMIAN KONVOI BERMOTOR SEMARAK MERDEKA 2009
 
oleh Yab Khairy Jamaluddin
 
bertempat di Dataran Senawang Seremban pada jam 5-30petang.
 
Ketua Pemuda Bahagian Seremban
Shahrul Ekhsan
 

Tuesday, August 04, 2009

RINGANKAN TANGAN HULUR BANTUAN

Kediaman saudara kita En Zakaria Psu Pemuda Umno Sungai Machang Lenggeng telah terbakar dalam suatu kebakaran baru baru ini. Marilah bersama sama menghulurkan bantuan yang  termampu dalam membantu saudara kita. Segala bantuan dan pertolongan boleh disalurkan melalui En Aziz Nordin

This page is powered by Blogger. Isn't yours?