Wednesday, August 19, 2009

Penyokong UMNO masuk syurga

KOTA BHARU 18 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu memisahkan Islam dengan iman.

Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa kenyataannya semalam hanya merujuk kepada ahli UMNO.

Sebaliknya, kata beliau, ia melibatkan sesiapa sahaja yang menyokong parti tersebut dan ia tidak kena-mengena dengan Palestin.

Beliau berkata, sesiapa sahaja yang mengasingkan iman daripada Islam seperti apa yang diamalkan parti yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara itu, tidak akan diterima Allah.

"Saya baca dua surat khabar arus perdana hari ini ada perkataan Palestin, saya nafi sekeras-kerasnya bahawa saya sebut perkataan itu, ini adalah untuk melagakan saya dengan Palestin.

"Perkara kedua adalah ahli UMNO, saya tak biasa guna ahli UMNO, saya guna penyokong UMNO, ahli lain penyokong lain (makna). Memang mana-mana orang Islam yang asingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm
 
Apa dah jadi kepada tuan guru Nik Aziz sejak dua menjak ini kenyatannya makin bercelaru dan berbelit belit?? Bila isu beliau dan Nasharuddin sedang panas dan hangat dengan cabar mencabar sehinggalah selesai pilihanraya di manek urai ,bukankah dia sendiri yang mengeluarkan kenyataan berdasar apa yang  tertulis di akhbar. mengecam dan mencabar nasharuddin supaya meletak jawatan dan keluar dari pas berhubung kerajaan perpaduan tanpa usul dan periksa. tetapi seperti biasa dalam menyalahkan orang lain(mufti Perak) ia seperti tiada apa apa yang pernah berlaku.
 
Umno sebuah parti yang terang terang dan bertunjangkan Islam sebagai agama rasmi dikatakan memisahkan iman dan Islam sedangkan Islam yang syumul terkandung segala didalamnya. Pas parti yang bersekongkol dengan DAP yang terang terangan menolak Islam kemanakah pula mereka akan masuk. Kenyataan kenyataan yang mengelirukan dari tuan guru bukan lagi rahsia dan kenyataan kenyataan yang tanpa usul periksa jelas menunjukkan kepincangan dan haluan yang berbeza didalam PAS. Isu isu ini sengaja dibangkitkan dalam usaha Pas meraih simpati dan menarik perhatian masyarakat dalam mereka cuba mengalihkan perhatian masyarakat atas kelemahan mereka jika dilihat dari sudut senario politik tanahair sekarang ini.
 
Isu syurga dan neraka dibangkitkan semula oleh Nik Aziz kerana mungkin sudah ketandusan isu atau pun idea.Kenyataan tanpa dalil dan firman ini amat berbahaya kerana ia rekaan dan ciptaan Nik Aziz sendiri.
 
Seharusnya dalam keadaan negara yang diancam wabak dan kemelutan ekonomi beliau seharusnya mengemukakan cadangan cadangan bernas dalam memantapkan keadaan negara yang memberi faedah kepada orang ramai dan masyarakat. Budaya menyalahkan orang lain sudah menjadi asam dan garam dalam perjuangan Pas kerana mungkin mereka tidak lagi mempunyai arah tuju atau pun matlamat kerana isu diantara pakatan rakyat juga semakin hari semakin membawa rebah.
 
Inilah jadinya berpakat tanpa berfikir dan terutamanya tanpa matlamat bersama kerana masing masing berjuang diatas landasan yang berasingan. Umno dan Barisan nasional harus belajar dari kesilapan PR yang mana telah merugikan rakyat. Ini adalah peluang dalam mengembalikan kepercayaan rakyat tetapi perlu disertai dengan usaha dan komitmen yang berterusan dan tidak lagi memperjuangkan individu ataupun kepentingan peribadi.
Sempena kita yang akan menyambut Ramadhan Al Mubarak tidak berapa hari lagi seharusnya ia kita jadikan titik perubahan dan permulaan baru bagi meneruskan perjuangan Umno kepada masyarakat, insyaallah.. kerana kita hanyalah manusia kerdil yang tidak terjangkau dalam menentukan siapa layak dan tidak memasuki syurga Allah.
 
 

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?