Saturday, October 30, 2010

Piala Malaysia 2010

Syabas dan tahniah kepada pasukan N Sembilan kerana berjaya memasuki final Piala Malaysia buat kali kedua berturut turut. Mutu dan semangat berpasukan yang seharusnya dipertingkatkan lagi bagi musim yang akan datang. Semoga pasukan N Sembilan akan berusaha dengan lebih gigih pada musim akan datang. Syabas dan tahniah


Tuesday, October 19, 2010

Perhimpunan Agung Umno 2010

Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan yang terlibat dan semua ahli Umno samada secara langsung atau pun di belakang tabir. Semoga wadah dan suara dari akar umbi dapat didengar dan dilaksanakan pada persidangan kali ini. Diharapkan pendekatan yang lebih berkesan dapat dicapai demi perjuangan untuk agama bangsa dan negara. Kami mendoakan semoga persidangan kali ini berjalan dalam suasana harmoni dan bijaksana.
Dulu Kini & Selamanya

Thursday, October 07, 2010

PRK DUN GALAS 4 November 2010

UMNO TAMAN PAROI JAYA menyeru semua ahli Umno memberikan sokongan padu pada pilihanraya kecil dun  N 45 Galas yang akan diadakan pada 4 November 2010
Biarlah pemilih menentukan pilihan terbaik mereka dalam masa yang sama Umno telah berusaha memberikan yang terbaik kepada pemilih.
Semoga kejayaan bersama sama kita
 
Fakta DUN Galas
Dewan Undangan Negeri N45 Galas berada dalam kawasan Parlimen Gua Musang mempunyai pengundi seramai 10, 330 (berdasarkan daftar pemilih 2008) merangkumi 6, 255 pengundi Melayu, 1, 903 (Cina), 172 (India) dan 2,000 (Orang Asli).

This page is powered by Blogger. Isn't yours?