Tuesday, July 31, 2007

UMNO TAMAN PAROI JAYA

Umno cawangan Taman Paroi Jaya Bahagian Seremban N Sembilan

Kami menyokong penuh pimpinan tinggi BN yang menolak sekeras kerasnya sebarang unsur ugutan dari parti komponen BN, ideologi seperti ini tidak harus dibiarkan berkembang kerana dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang sepatutnya parti komponen bersatu untuk mendapatkan undi dan majoriti yang lebih besar dan berkualiti bukan mementingkan parti masing masing.

b/p
Ketua Cawangan Umno Taman Paroi Jaya

Makan burger berkuah tidak,
burger dibeli di paroi jaya,
laman web kami apa pun tidak,
sekadar coretan untuk anak bangsa

Monday, July 30, 2007

Congratulations UMNO & Celcom

Celcom and Umno sign MoU CELCOM and Umno have signed a memorandum of understanding (MoU) to be partners in providing the latest mobile communications technology and customised mobile content to members of the political party.
Under this MoU, K-Amal Technologies Sdn Bhd, a domestic information communications technology (ICT) company, was named Celcom’s exclusive mobile solutions partner. Umno members are expected to benefit from access to Celcom’s Umno Mobile Community (UMC) postpaid tariff package at competitive rates.
In a statement, Umno treasurer Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi said: “In line with the advancement of technology and mobility, we would like to encourage a mobile culture among our members. It is high time we change the way we communicate internally.
“By partnering with Celcom, it is anticipated that the line of disseminating information will be more effective.”
Source : http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_6c294880-cb73c03a-1248f2b0-bd391981
Celcom: Tie-up with Umno will boost postpaid business
By Goh Thean Eu
gohtheaneu@nstp.com.my

CELCOM (Malaysia) Bhd is now a step closer to provide a mobile community postpaid package and customised content services to the country's largest political organisation, the United Malaysia National Organisation (Umno), which will help boost its postpaid business.
Umno, via K-Amal Technologies Sdn Bhd, and Celcom Mobile Sdn Bhd, a unit of Celcom, signed a memorandum of understanding (MoU) in Kuala Lumpur yesterday.
Through the partnership, Umno members, over 3.2 million of them, can get access to customised content, as well as competitive call rates, when they sign up for the Umno Mobile Community (UMC) postpaid package.
The partnership would also signal a positive change of the way Umno delivers its information.
Prior to the partnership, the party's messages and information are mainly sent via conventional methods like facsimile, said its Secretary General Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad. With this collaboration, messages to its over 3.2 million members can be sent via SMS.
"It is high time to change the way we communicate internally. By partnering Celcom, it is anticipated that the line of disseminating information will be more effective," said Umno Treasurer Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
While the partnership would benefit Umno members, in terms of customised contents and call rates, the collaboration would give Celcom the opportunity to expand its postpaid customer base.
"The plan was specially designed for Umno Mobile Community, as well as to boost Celcom's postpaid segment," said Celcom chief executive officer Datuk Seri Shazalli Ramly.
He said that Celcom, a unit of Telekom Malaysia Bhd, hopes to sign up more mobile community postpaid packages, as it is currently going after other organisations and societies.
Shazalli added that Celcom, over the past two months, has been aggressively doing things to beef up its postpaid segment.
In June, the firm launched its new postpaid enterprise package via tie-up with Vodafone. Early this week, the company launched its customer service re-branding initiative.
As of June 30, Celcom has 1.14 million postpaid customers, with each postpaid user spending an average of RM117 a month on phone calls.
Also present at the signing ceremony were K-Amal executive director Zafarul Akbar Jassim, K-Amal director of international operations Abdul Jaliludin Jamalludin, Celcom senior vice president Tuan Syed Md Najib Syed Md Noor and Celcom general manager Ahmad Taufik Omar
Source : http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Friday/Nation/celcom26.xml/Article/

Tok Mat di bulan MERDEKA






Saturday, July 28, 2007

PM tentukan tarikh pilihan raya

SERDANG 27 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak mempunyai tempoh had masa bagi mengadakan pilihan raya umum ke-12.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, tarikh pilihan raya umum bergantung kepada kesesuaian masa yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata, aspek yang paling penting dalam hal ini ialah kesediaan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja.
‘‘Kita tidak ada apa-apa tempoh masa, yang penting sekali ialah persediaan kita.
‘‘Kita mesti bersedia dan membuat persediaan yang semakin meningkat dan terpulang kepada Perdana Menteri bilakah masa yang paling sesuai untuk diadakan pilihan raya,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
Najib mengulas ramalan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam bahawa pilihan raya umum ke-12 akan diadakan pada Februari tahun depan dan bukannya tahun ini.
Menurut bekas Menteri Kewangan itu, adalah terlalu awal untuk diadakan pilihan raya pada tahun ini kerana Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) baru sahaja dimulakan dan setakat ini belum lagi menampakkan hasilnya kepada orang ramai.
Kata Tengku Razaleigh: ‘‘Jadi, jika ada yang mengatakan pilihan raya umum selepas Hari Raya Puasa, saya fikir ia adalah terlalu awal.’

Tuesday, July 24, 2007

Pemimpin UMNO perlu berani bersuara

Oleh Suffian Abu Bakar
MUAR 23 Julai – Pemimpin UMNO perlu mengikis sikap takut untuk bersuara kerana bimbang kedudukan mereka sebagai wakil rakyat hilang dan akhirnya menjadikan parti semakin lemah.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, sindrom ‘takut untuk kuat bercakap dan bimbang kerusi mereka akan hilang’ itu tidak sepatutnya ada pada pemimpin parti sebaliknya mereka perlu berani bersuara.
Menurut beliau, tiada sebab untuk pemimpin UMNO takut untuk bersuara hanya kerana bimbang tidak mendapat sokongan kaum-kaum lain dalam pakatan parti Barisan Nasional (BN).
‘‘Dalam menghadapi tekanan daripada pihak luar agar masyarakat Melayu hilang hak mereka, orang Melayu agak berhati-hati sangat.
‘‘Apabila pihak tertentu mempersoalkan tentang status negara Islam, kita terlampau berhati-hati, mungkin tidak mahu dianggap ‘ultra’ iaitu apabila kuat sangat bercakap, kerusi boleh hilang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ledang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak, dekat sini semalam.
Kelmarin, beberapa akhbar melaporkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan mempertikaikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang menegaskan Malaysia adalah negara Islam yang melindungi hak bukan Islam.
Ka Chuan antara lain dilaporkan berkata, kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara sekular terbukti menerusi pelbagai dokumen sejarah termasuk Laporan Reid, Suruhanjaya Cobbold dan keputusan Mahkamah Agung yang dibuat pada 1988.
Kenyataan pemimpin MCA itu mendapat reaksi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammudddin Hussein yang semalam meminta pemimpin MCA berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sekular kerana ia tidak membawa manfaat.
Mengulas lanjut pada sidang akhbar kemudian, Muhammad berkata, pemimpin UMNO sepatutnya lebih berani mengemukakan pandangan mereka dan tidak dinafikan sikap bimbang jawatan mereka akan hilang .
‘‘Apakah itu tanggungjawab kita sebagai pemimpin dalam UMNO?, Kita sepatutnya harus berani kerana kita sebagai UMNO mengundi semua calon dalam BN termasuk calon dari UMNO, MCA, Gerakan dan PPP.
‘‘Tidak ada sebab untuk calon pemimpin UMNO takut mereka tidak akan disokong kaum-kaum lain,” jelasnya.
Menurut beliau, sindrom takut untuk bersuara ini akan melemahkan UMNO bukan sahaja di kalangan penyokong kuat parti, malah parti UMNO itu sendiri.

Monday, July 23, 2007

Khairy-Tumpu persiapan hadapi pilihan raya

PEKAN 22 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO berharap agar tumpuan semua pihak terutama parti komponen Barisan Nasional (BN) dapat diarahkan kepada persiapan untuk menghadapi pilihan raya dan bukannya kepada isu-isu yang sensitif.
Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berharap tidak ada pihak yang cuba mempertikaikan perkara-perkara seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Malaysia sebagai negara Islam memandangkan desas-desus pilihan raya semakin kuat.
Beliau berkata, perkara-perkara sensitif tidak perlu dibangkitkan bukan sahaja pada masa ini tetapi juga pada bila-bila masa kerana sudah ada penjelasan dan penyelesaian kepada semua isu tersebut.
“Kita sudah ada kontrak sosial untuk semua perkara, ia tidak perlu dibangkitkan lagi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO, di sini hari ini.
Tambah Khairy, tindakan membangkitkan soal-soal sensitif hanya akan membuka ruang politik kepada pembangkang yang kini sedang ketandusan idea dan gemar memainkan isu-isu perkauman.
Jelas Khairy, selain pilihan raya, semua pihak perlu berusaha ke arah mewujudkan demokrasi yang matang dengan mengelak untuk memperkatakan perkara-perkara sensitif.
Tetapi beliau pada masa yang sama berkata, Pemuda UMNO akan tetap menyokong penuh kepimpinan tertinggi parti dalam sebarang keadaan sekali pun.
Mengulas lanjut persiapan pilihan raya pula beliau berkata, Pemuda UMNO akan menggunakan strategi perang dalam usaha menumpaskan pembangkang.
Jelas beliau, melalui kaedah itu, Pemuda akan mengempur kubu-kubu kuat pembangkang termasuk kawasan-kawasan yang bakal ditandingi oleh ketua-ketua parti pembangkang.

Saturday, July 21, 2007

‘Serang pembangkang habis-habisan’

SIK 20 Julai – Para pemimpin UMNO perlu menyerang parti pembangkang habis-habisan jika mahu menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, ia merupakan pendekatan terbaik bagi menghadapi pembangkang yang melakukan serangan bertubi-tubi terhadap parti kebelakangan ini.
‘‘Kita kena serang dulu kelemahan mereka kerana ia lebih berkesan berbanding corak defensif kita selama ini.
‘‘Dengan kata lain, jangan tunggu sehingga kita diserang barulah kita hendak menjawab tohmahan mereka.
‘‘Kita kena cari kelemahan pembangkang dan serang habis-habisan bagi memastikan mereka tidak lagi relevan pada pilihan raya umum akan datang,’’ katanya.
Beliau berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sik di sini hari ini.
Menurut Khairy, Pergerakan Pemuda UMNO telah mempraktikkan pendekatan tersebut dengan melancarkan beberapa serangan terhadap kelemahan kerajaan Pas Kelantan.
‘‘Kita serang kubu kuat Pas iaitu di Kelantan bagi tujuan membuka mata semua pihak bahawa Pas sebenarnya lemah dan tidak lagi relevan memerintah,’’ jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menyeru pemimpin dan ahli UMNO semua peringkat agar memperhebatkan usaha mendaftar pemilih dalam kawasan masing-masing.
‘‘Jangan dengar desas-desus atau berteka-teki mengenai pilihan raya umum. Apa yang penting ialah perlu membuat persediaan termasuk memperhebatkan usaha mendaftar pengundi,’’ katanya.

Wednesday, July 18, 2007

SALAM TAKZIAH BUAT ANGGOTA TUDM 13/07/07

UMNO PAROI JAYA MENGUCAPKAN TAKZIAH DIATAS PEMERGIAN MEREKA_
AL FATIHAH


GENTING HIGHLANDS 17 Julai – Mayat enam krew bersama bangkai helikopter Nuri yang hilang sejak Jumaat lalu, ditemui di hutan tebal Gunung Bunga Buah tidak jauh dari terowong Genting Sempah di sini, petang ini.
Kesemua mayat ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) darat pada pukul 1.24 petang itu masih sempurna dan berada di kedudukan masing-masing dalam helikopter itu.

Tuesday, July 17, 2007

WAKE UP UMNO SEREMBAN

Peratusan Undi Pilihanraya 2004

Dengan jangkaan pertambahan pengundi sebanyak 20-30% Umno Seremban perlu bangun dari tidur untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional. Kesedaran dikalangan pengundi harus diterapkan kepada rakyat kawasan Seremban untuk memastikan kemenangan 100%, Pemimpin Umno Bahagian Seremban perlu bergerak dan maju kehadapan selaras dengan matlamat dan visi Umno dalam Barisan Nasional.

N25 - PAROI (new)
Turnout: 11190 (75.3%)
Spoilt: 249
Voters: 14862
>> @ Bibi Sharliza Mohd Khalid (BN - UMNO)
7524
Maj: 4107
Rosli Yaakop (OPP - PAS)
3417

N14 - AMPANGAN
Turnout: 10990 (71.9%)
Spoilt: 219
Voters: 15290
>> * Zakaria Nordin (BN - UMNO)
7418
Maj: 4065
Mohamad Rafie Ab Malek (OPP - KEADILAN)
3353

N13 - SIKAMAT (new)
Turnout: 10551 (73.6%)
Spoilt: 190
Voters: 14343
>> @ Md Yusop Harmain Shah (BN - UMNO)
7031
Maj: 3701
@ Rosidan Mohamed (OPP - KEADILAN)
3330

N9 - LENGGENG
Turnout: 8738 (72.7%)
Spoilt: 158
Voters: 12014
>> * Ishak Ismail (BN - UMNO)
6182
Maj: 3784
Zulkefly Mohamad Omar (OPP - PAS)
2398


Sumber:Thestar Online

Monday, July 16, 2007

PROGRAM TOK MAT

Aturcara RasmiMenteri Besar Negeri Sembilan Darul KhususYAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj. HasanMinggu: 29/2007 (16 JuL – 22 JuL, 2007)
Tarikh / Hari
Masa
Aktiviti
16 Jul 07 (Isnin)
3.00 ptg
Majlis Anugerah Akademik Terbilang Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan di HOTEL ROYAL ADELPHI, SEREMBAN
17 Jul 07 (Selasa)
12.45 tgh
Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan Tabung Haji, Maybank dan Koperasi Kakitangan MAS di ALLSON KLANA RESORT, SEREMBAN
17 Jul 07 (Selasa)
3.00 ptg
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Sambutan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Negeri Sembilan di KOMPLEK RAKAN MUDA JALAN MELANG, KUALA PILAH
17 Jul 07 (Selasa)
7.05 mlm
Majlis Tahlil Keputeraan DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Besar NS di MASJID NEGERI, SEREMBAN
18 Jul 07 (Rabu)
4.30 ptg
Majlis Perasmian NS MATTA Fair 2007 di RUANG LEGAR, SEREMBAN PARADE
18 Jul 07 (Rabu)
8.30 mlm
Majlis Perasmian Penutup Gerakan Tumpuan DUN Rantau – Pemimpin Bersama Rakyat di PADANG AWAM RANTAU
19 Jul 07 (Khamis)
8.10 pg
Istiadat Kawalan Kehormatan sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di PADANG BESAR SERI MENANTI, KUALA PILAH
- Pakaian Media: Lounge Suit Bersongkok
19 Jul 07 (Khamis)
10.15 pg
Istiadat Pengurnian Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di BALAIRONG SERI, ISTANA BESAR SERI MENANTI, KUALA PILAH
-Pakaian Media: Lounge Suit Bersongkok
20 Jul 07 (Jumaat)
3.15 ptg
Majlis Pelepasan Benih Udang Galah dan Penyerahan bot sempena Program Peningkatan Stok Udang Galah di Sungai Lingi di PENGKALAN NELAYAN, KG SG. TIMUN, REMBAU
21 Jul 07 (Sabtu)
9.30 pg
Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di DEWAN JUBLI INTAN, PONTIAN
21 Jul 07 (Sabtu)
8.10 mlm
Majlis Santapan Negeri Sembilan Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di DEWAN BANQUET, ISTANA BESAR SERI MENANTI, KUALA PILAH
22 Jul 07 (Ahad)
8.30 pg
Perasmian Kejohanan Sepaktakraw Tertutup anjuran UMNO Cawangan Taman Angsamas di TAMAN ANGSAMAS, SEREMBAN
22 Jul 07 (Ahad)
12.30 tgh
Perasmian Penutup Program Sukaneka Kanak-Kanak Istimewa & Warga Emas 2007 di PADANG SRJK (C) KG, BARU PAJAM, MANTIN
22 Jul 07 (Ahad)
3.30 ptg
Majlis Perasmian Penutup Program Rapat Bestari JKKK Kg. Sg. Machang Hilir di PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN SG. MACHANG HILIR, LENGGENG

UMNO perlu pelapis teruskan

SUBANG JAYA 15 Julai – Perjuangan UMNO dalam membela nasib orang Melayu sejak lebih 60 tahun lalu perlu diteruskan oleh anggota parti daripada kalangan generasi muda walaupun sehingga 50 tahun akan datang.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, sehubungan itu, golongan pelapis perlu berbincang sesama sendiri bagi mengenal pasti bidang yang perlu diberi tumpuan untuk memacu kejayaan bangsa pada masa depan.
‘‘Pemimpin UMNO yang terdahulu telah menjaga UMNO sejak ditubuhkan 61 tahun lepas dan sejak itu UMNO telah mencapai kejayaan yang menakjubkan dalam mewujudkan peluang, kemudahan dan kepakaran kepada orang Melayu,” katanya.
Beliau berucap merasmikan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kelana Jaya di sini hari ini.
Muhammad menjelaskan, dalam hubungan ini tiada sebab bagi orang Melayu untuk menyokong pembangkang yang hanya memperjuangkan personaliti tertentu.
‘‘Bila personaliti yang diperjuangkan itu tidak membawa kemajuan, mereka bertindak keluar parti pula.
‘‘UMNO merupakan parti yang segar dan sentiasa mempunyai idea yang banyak, malah memberi kebahagiaan kepada rakyat,’’ katanya.
Beliau juga menegaskan, semangat ahli UMNO sudah meningkat ketika ini malah mereka juga bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa.
‘‘Kita membuat persiapan awal bagi memastikan kemenangan sentiasa memihak kepada UMNO.
‘‘Minda ahli-ahli UMNO juga dilatih supaya bersedia menghadapi parti pembangkang yang sentiasa mencari kelemahan,’’ ujarnya.

Sunday, July 15, 2007

Pemuda gesa kerajaan tamatkan operasi CTOS

Bank Negara boleh wujud sistem salur maklumat

: KhairyREMBAU: Kerajaan digesa menutup terus syarikat pembekal maklumat kewangan, Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) yang jelas menyalah guna pelbagai peraturan dan prosedur operasi sehingga menganiaya begitu ramai individu yang kebetulan majoritinya pula Melayu.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata tindakan syarikat itu membekalkan maklumat lapuk yang gagal dikemaskini menyebabkan ramai menjadi mangsa, sedangkan CTOS pula mengaut untung."Saya berpendapat perlu ada sistem penyaluran maklumat kewangan yang betul, tepat dan telus. Dalam hal ini, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh mewujudkan sistem sendiri supaya maklumat kewangan yang disalurkan adalah tepat."Malah, sistem seperti ini sepatutnya sudah lama dikendalikan oleh kerajaan, bukan syarikat swasta," katanya, selepas majlis perasmian serentak mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Rembau di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, dekat sini semalam.Majlis disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan turut dihadiri Setiausaha Umno negeri, Datuk Azman Hassan.Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan, berkata maklumat yang disalurkan CTOS tidak tepat serta menganiayai orang ramai yang kebanyakannya sudah lama melangsaikan hutang mereka kepada organisasi pemberi pinjaman.Sementara itu di KUALA LUMPUR Polis sedang meneliti sama ada undang-undang jenayah boleh dikenakan terhadap CTOS, berhubung tindakan mereka mendedahkan maklumat kewangan peribadi kepada institusi tertentu.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis juga berbincang dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menentukan persoalan undang-undang itu.“Kita meneliti sama ada perbuatan CTOS itu adalah perlakuan jenayah yang memberi kuasa kepada pihak polis untuk menyiasat,” katanya dalam sesi dialog antara polis dengan masyarakat, ahli perniagaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), di sini, semalam.

Tuesday, July 10, 2007

Umno Youth lodges report over doctored pic

KUALA LUMPUR 9 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO akan membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) esok berhubung laman blog Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang memaparkan gambar palsu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang makan bersama wanita Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan, pihaknya berharap siasatan rapi dan terperinci dapat dijalankan oleh MCMC terhadap laman blog itu.
‘‘Saya sendiri akan membuat aduan rasmi mengenai paparan gambar palsu dalam laman blog Tian Chua kepada MCMC kerana tindakan seperti itu tidak sihat untuk demokrasi negara kita.
‘‘Jika apa yang dilakukan melanggar undang-undang, sesuatu perlu dibuat supaya kejadian serupa tidak lagi berulang.
‘‘Kami akan mendedahkan kepada pengundi sifat sebenar PKR dan parti pembangkang lain yang menyokong mereka (dalam tindakan tersebut). Budaya mereka (meletakkan gambar palsu dalam blog) itu adalah perbuatan tidak sihat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khairy mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Korporat MCMC, Adelina Iskandar yang memberitahu bahawa siasatan boleh dijalankan ke atas Tian Chua di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 jika aduan rasmi dibuat kepada MCMC.
Menurut Adelina, akta tersebut memperuntukkan denda RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali ke atas orang yang disabitkan dengan kesalahan menyiarkan artikel, gambar atau bahan-bahan lucah dan palsu dengan niat menyinggung orang
Khairy berkata, aduan yang akan dibuatnya esok akan membolehkan MCMC memulakan siasatan terhadap Tian Chua.

Monday, July 09, 2007

Diari Dato' Mohd Hj Hasan

Aturcara RasmiMenteri Besar Negeri Sembilan Darul KhususYAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj. HasanMinggu: 28/2007 (9 JuL – 15 JuL, 2007)
Tarikh / Hari
Masa
Aktiviti
9 Jul 07 (Isnin)
12.30 tgh
Majlis Perasmian Penutup Program Intensif Pelajar Timur Tengah 2007/2008 Anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di ALLSON KLANA RESORT, SEREMBAN
9 Jul 07 (Isnin)
3.30 ptg
Majlis Perasmian Bangunan Tabika Taman Satria Senawang Dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi KEMAS Parlimen Rembau di PERKARANGAN TABIKA TAMAN SATRIA, SENAWANG.
10 Jul 07 (Selasa)
2.30 ptg
Perasmian Mesyuarat Agung Serbaguna Jempol Berhad di DEWAN ASRAMA ANAK-ANAK YATIM YAYASAN JEMPOL, JALAN BAHAU, BATU KIKIR.
13 jul 07 (Jumaat)
9.30 pg
Majlis Anugerah PIBG Terbaik Negeri Sembilan di BAYU BEACH RESORT, PORT DICKSON
13 jul 07 (Jumaat)
3.30 ptg
Majlis Perasmian Bangunan Gantian Dan Kantin Sekolah SJK (T) Ladang Linsum di DEWAN SJK (T) LADANG LINSUM
13 jul 07 (Jumaat)
8.50 mlm
Majlis Penyampaian Hadiah Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2007 di STADIUM TERTUTUP NILAI BANDAR BARU NILAI
14 Jul 07 (Sabtu)
9.30 pg
Perasmian Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO Bahagian Rembau di DEWAN ILP, PEDAS
15 Jul 07 (Ahad)
9.15 pg
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di PUSAT DAKWAH ISLAMIAH, PAROI, SEREMBAN

Ahli UMNO perlu berpengetahuan

MUAR 8 Julai – Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak bersikap jumud atau beku pandangan dalam mengejar ilmu pengetahuan bagi memperkasakan parti itu sebagai tonggak warisan kepimpinan negara yang tidak ternilai.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, untuk bersaing di peringkat antarabangsa, setiap ahli UMNO perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi kerana dengan menguasai ilmu, UMNO mampu menjadi sebuah parti yang berharga untuk negara dan bangsa.
Beliau yang juga Menteri Luar berkata, kejayaan yang dikecapi oleh UMNO sejak ditubuhkan 61 tahun lalu ialah bukan sekadar untuk dijadikan bahan sejarah, sebaliknya segala suka duka dalam perjalanan parti itu perlu dijadikan bahan rujukan untuk memartabatkan kemajuan parti.
‘‘Kita tidak mahu kejayaan UMNO hanya diingat sebagai sebuah parti yang paling lama ditubuhkan dan menjadi bahan sejarah dan ia bukannya nostalgia, sebaliknya UMNO perlu dijadikan garis panduan untuk kita teruskan perjuangan yang sempurna.
‘‘Untuk itu, setiap ahli UMNO jangan beku pandangan mereka, sebaliknya mereka perlu berusaha mengejar dan menguasai ilmu bagi terus memperkasakan parti,” tegasnya di sini hari ini.

G7

UMNO TAMAN PAROI JAYA LANGGAR TETAP LANGGAR

Tanding G7 perlu dihenti

BATU PAHAT 8 Julai – Budaya bertanding untuk mewakili bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO hanya kerana mahu menunjukkan siapa yang lebih berpengaruh di peringkat bahagian adalah amat tidak sihat dan perlu dihentikan segera.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, perkara itu berlaku kerana ada tanggapan bahawa mereka yang terbukti berpengaruh mempunyai peluang menjadi calon pilihan raya.
Menurutnya, di mana-mana beliau menghadiri mesyuarat bahagian yang ada pemilihan, kerancakan menjadi wakil G7 tersebut amat terserlah dan membimbangkan.
‘‘Bila saya tanya, maka jawab mereka ini adalah kesempatan terakhir untuk menunjukkan mereka berpengaruh dan layak dipertimbangkan untuk menjadi calon pilihan raya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pahat, di sini hari ini.

Thursday, July 05, 2007

Selamat Menyambut Keputeraan yang ke 85

THE YANG DI-PERTUAN BESAR OF NEGERI SEMBILAN
Kami Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan selamat menyambut keputeraan yang ke 85 dan semoga panjang umor dan sejahtera ke bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Besar Tuanku Ja’afar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
Semoga Allah merahmati Tuanku Ja'afar

Apo Tok Mat Buek?

Aturcara RasmiMenteri Besar Negeri Sembilan Darul KhususYAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj. HasanMinggu: 27/2007 (2 JuL – 8 JuL, 2007)
Tarikh / Hari
Masa
Aktiviti
2 Julai 2007 (Isnin)
2.50 ptg
Majlis Perasmian Ekspedisi Saintifik Gunung Angsi Pkt. Negeri Sembilan 2007 di HUTAN LIPUR HULU BENDUL, KUALA PILAH.
3 Julai 2007 (Selasa)
3.00 ptg
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Rantau di DEWAN ORANG RAMAI, RANTAU.
3 Julai 2007 (Selasa)
8.30 mlm
Majlis Bersama Menteri sempena Minggu Perkasa Putra di PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG
5 Julai 2007 (Khamis)
8.05 pg
Persidangan Warisan Budaya ”Keindahan dan Kesesuaian Amalan Adat Perpatih dalam Abad ke-21” sempena Perayaan Ulangtahun ke-40 Pemerintahan DYMM Tuanku Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan di HOTEL ROYAL ADELPHI, SEREMBAN
6 Julai 2007 (Jumaat)
2.45 ptg
Majlis Perasmian Jubli Emas Hari Peneroka 2007 oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia di DEWAN PLENARY, PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC), PRESINT 5, PUTRAJAYA
7 Julai 2007 (Sabtu)
8.25 mlm
Majlis Perasmian Pesta Persukuan Adat Perpatih dan Masakan Tradisional Negeri Sembilan 2007 di PERKARANGAN MUZIUM DI RAJA SERI MENANTI, KUALA PILAH.
8 Julai 2007 (Ahad)
3.00 ptg
Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu-lagu Asli dan Lagu-lagu Rakyat Peringkat UMNO Bahagian Rembau Tahun 2007 di DEWAN ORANG RAMAI, RANTAU

TAHNIAH Dato' Mat Hasan

Allson Klana Resort 100% Milik MBI



YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus mengumumkan pada hari ini (3 Julai 2007, Selasa) Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus melalui Menteri Besar, Negeri Sembilan (Pemerbadanan) atau Menteri Besar Incorporated (MBI) telah mengambilalih Allson Klana Resort, Seremban, berkuatkuasa 1 Julai 2007.Perjanjian ini telah ditandatangani di antara MBI dengan Glen Glamour Sdn. Bhd.
Perjanjian yang memberikan pegangan daripada 30 peratus saham kepada 100 peratus di dalam Allson Klana Resort kepada pihak MBI merupakan satu kemajuan besar bagi entiti Kerajaan Negeri Sembilan ini, yang sebelumnya mempunyai pegangan saham minoriti di dalam hotel peranginan terkemuka tersebut.
Pencapaian pemegangan hak milik sepenuhnya ini telah dijayakan melalui beberapa perundingan awal serta kerjasama korporat antara MBI dan Perbandanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS). Kedua-dua agensi Kerajaan Negeri Sembilan tersebut juga mempunyai pegangan saham minoriti dalam beberapa entiti perniagaan yang lain iaitu NS Township Sdn. Bhd. Arul Ikhlas Sdn. Bhd. dan Advance Point Sdn. Bhd.

Dalam pembangunan korporat yang baru, MBI telah mengintegrasikan kesemua saham-sahamnya di dalam syarikat tersebut dan memilih untuk menukarnya kepada satu pegangan yang lebih besar dalam Allson Klana Resort.
Melalui pegangan saham 100 peratus di dalam Allson Klana Resort, kini MBI memperolehi aset tambahan bernilai RM70 juta.
Pemilikan ini juga memberi ruang yang lebih besar bagi MBI untuk turut sama membangunkan sektor pelancongan bersesuaian dengan dasar Think Tourism di Negeri Sembilan.
Hotel dan pusat peranginan empat bintang yang terletak di Jalan Penghulu Cantik, Seremban ini mempunyai 228 bilik, termasuk 1 (satu) Presidential Suite, 1 VIP Suite, 2 Executive Suite dan 1 Klana Suite.
Kawasan hotel seluas 29 ekar ini dikelilingi kehijauan Taman Tasik Seremban. Sesuai dengan persekitaran yang mendamaikan, hotel ini turut dilengkapi dengan kemudahan latihan bina pasukan (team building), rekreasi dan kegiatan lasak. Kolam renang yang terdapat di hotel ini adalah juga antara yang terbesar di negeri ini.
Bagi kemudahan pengunjung, hotel ini menawarkan Selera Coffee House yang menawarkan makanan antarabangsa dan Asia, Cascades Lobby Lounge, Yuri Japanese Resturant, Blossom Court Chinese Restaurant, Selera Sweets dan café Giggles.
Untuk jamuan, Grand Klana Ballroom boleh menempatkan 800 orang, selain bilik-bilik untuk persidangan dan seminar.
Hotel ini mula dibuka pada 10 Januari, 1993. Selaras dengan pemilikan ini, Allson Klana Resort akan dinaik taraf secara berperingkat.



Sunday, July 01, 2007

Diamana Bumi Dipijak

Perhatikan betul-betul papan tanda diatas apakah yang anda perasan.

Lokasi Balai Raya Taman Paroi Jaya

70400 Seremban N Sembilan

--------------------------------
Umno Taman Paroi Jaya Langgar tetap langgar



This page is powered by Blogger. Isn't yours?