Saturday, July 28, 2007

PM tentukan tarikh pilihan raya

SERDANG 27 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak mempunyai tempoh had masa bagi mengadakan pilihan raya umum ke-12.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, tarikh pilihan raya umum bergantung kepada kesesuaian masa yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata, aspek yang paling penting dalam hal ini ialah kesediaan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja.
‘‘Kita tidak ada apa-apa tempoh masa, yang penting sekali ialah persediaan kita.
‘‘Kita mesti bersedia dan membuat persediaan yang semakin meningkat dan terpulang kepada Perdana Menteri bilakah masa yang paling sesuai untuk diadakan pilihan raya,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
Najib mengulas ramalan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam bahawa pilihan raya umum ke-12 akan diadakan pada Februari tahun depan dan bukannya tahun ini.
Menurut bekas Menteri Kewangan itu, adalah terlalu awal untuk diadakan pilihan raya pada tahun ini kerana Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) baru sahaja dimulakan dan setakat ini belum lagi menampakkan hasilnya kepada orang ramai.
Kata Tengku Razaleigh: ‘‘Jadi, jika ada yang mengatakan pilihan raya umum selepas Hari Raya Puasa, saya fikir ia adalah terlalu awal.’

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?