Wednesday, August 25, 2010

Bubur Lambuk Pemuda Seremban DUN SIKAMAT

Adalah dengan segala hormatnya dijemput semua saudara dan saudari yang berkelapangan ke majlis bubur lambuk anjuran Pemuda Bahagian Seremban bagi DUN Sikamat yang diterajui oleh Saudara Shahrul Ekhsan dan rakan rakan seperjuangan bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak yang penuh barakah.
 
Lokasi: KRT TAMANPAROI JAYA(bersebelahan car wash di pintu masuk Stadium Tuanku Abdul Rahman)
 
Masa: 1100am. (Majlis gotong royong akan bermula selepas solat sunat terawih Jumaat 27/08/10)
 
Pembahagian bubur lambuk akan dibuat pada sebelah petang di kawasan Stadium.
 
Sekian Terima Kasih.
 
 

Saturday, August 21, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia

Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 kepada semua warga Umno dan rakyat Malaysia pada hari dan bulan yang mulia ini. Semoga kita dapat menghayati erti kemerdekaan dengan pengertian yang sebenar dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan segala aspek berkaitan kemasyarakatan. Umno terutamanya di bahagian Seremban jangan terlalu leka dengan agenda agenda pihak yang cuba mengalih perhatian dan mengambil kesempatan atas situasi semasa dalam melemahkan perjuangan Umno dalam memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu...Salam Ramadhan


Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan 1431H

Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimah semoga Ramadhan kali ini dilimpahi barakah dan rahmat Allah S.w.t

This page is powered by Blogger. Isn't yours?