Tuesday, July 10, 2007
Umno Youth lodges report over doctored pic
KUALA LUMPUR 9 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO akan membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) esok berhubung laman blog Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang memaparkan gambar palsu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang makan bersama wanita Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan, pihaknya berharap siasatan rapi dan terperinci dapat dijalankan oleh MCMC terhadap laman blog itu.
‘‘Saya sendiri akan membuat aduan rasmi mengenai paparan gambar palsu dalam laman blog Tian Chua kepada MCMC kerana tindakan seperti itu tidak sihat untuk demokrasi negara kita.
‘‘Jika apa yang dilakukan melanggar undang-undang, sesuatu perlu dibuat supaya kejadian serupa tidak lagi berulang.
‘‘Kami akan mendedahkan kepada pengundi sifat sebenar PKR dan parti pembangkang lain yang menyokong mereka (dalam tindakan tersebut). Budaya mereka (meletakkan gambar palsu dalam blog) itu adalah perbuatan tidak sihat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khairy mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Korporat MCMC, Adelina Iskandar yang memberitahu bahawa siasatan boleh dijalankan ke atas Tian Chua di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 jika aduan rasmi dibuat kepada MCMC.
Menurut Adelina, akta tersebut memperuntukkan denda RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali ke atas orang yang disabitkan dengan kesalahan menyiarkan artikel, gambar atau bahan-bahan lucah dan palsu dengan niat menyinggung orang
Khairy berkata, aduan yang akan dibuatnya esok akan membolehkan MCMC memulakan siasatan terhadap Tian Chua.