Monday, July 23, 2007

Khairy-Tumpu persiapan hadapi pilihan raya

PEKAN 22 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO berharap agar tumpuan semua pihak terutama parti komponen Barisan Nasional (BN) dapat diarahkan kepada persiapan untuk menghadapi pilihan raya dan bukannya kepada isu-isu yang sensitif.
Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berharap tidak ada pihak yang cuba mempertikaikan perkara-perkara seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Malaysia sebagai negara Islam memandangkan desas-desus pilihan raya semakin kuat.
Beliau berkata, perkara-perkara sensitif tidak perlu dibangkitkan bukan sahaja pada masa ini tetapi juga pada bila-bila masa kerana sudah ada penjelasan dan penyelesaian kepada semua isu tersebut.
“Kita sudah ada kontrak sosial untuk semua perkara, ia tidak perlu dibangkitkan lagi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO, di sini hari ini.
Tambah Khairy, tindakan membangkitkan soal-soal sensitif hanya akan membuka ruang politik kepada pembangkang yang kini sedang ketandusan idea dan gemar memainkan isu-isu perkauman.
Jelas Khairy, selain pilihan raya, semua pihak perlu berusaha ke arah mewujudkan demokrasi yang matang dengan mengelak untuk memperkatakan perkara-perkara sensitif.
Tetapi beliau pada masa yang sama berkata, Pemuda UMNO akan tetap menyokong penuh kepimpinan tertinggi parti dalam sebarang keadaan sekali pun.
Mengulas lanjut persiapan pilihan raya pula beliau berkata, Pemuda UMNO akan menggunakan strategi perang dalam usaha menumpaskan pembangkang.
Jelas beliau, melalui kaedah itu, Pemuda akan mengempur kubu-kubu kuat pembangkang termasuk kawasan-kawasan yang bakal ditandingi oleh ketua-ketua parti pembangkang.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?