Monday, July 09, 2007

Ahli UMNO perlu berpengetahuan

MUAR 8 Julai – Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak bersikap jumud atau beku pandangan dalam mengejar ilmu pengetahuan bagi memperkasakan parti itu sebagai tonggak warisan kepimpinan negara yang tidak ternilai.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, untuk bersaing di peringkat antarabangsa, setiap ahli UMNO perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi kerana dengan menguasai ilmu, UMNO mampu menjadi sebuah parti yang berharga untuk negara dan bangsa.
Beliau yang juga Menteri Luar berkata, kejayaan yang dikecapi oleh UMNO sejak ditubuhkan 61 tahun lalu ialah bukan sekadar untuk dijadikan bahan sejarah, sebaliknya segala suka duka dalam perjalanan parti itu perlu dijadikan bahan rujukan untuk memartabatkan kemajuan parti.
‘‘Kita tidak mahu kejayaan UMNO hanya diingat sebagai sebuah parti yang paling lama ditubuhkan dan menjadi bahan sejarah dan ia bukannya nostalgia, sebaliknya UMNO perlu dijadikan garis panduan untuk kita teruskan perjuangan yang sempurna.
‘‘Untuk itu, setiap ahli UMNO jangan beku pandangan mereka, sebaliknya mereka perlu berusaha mengejar dan menguasai ilmu bagi terus memperkasakan parti,” tegasnya di sini hari ini.

Comments: Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?