Monday, July 09, 2007
G7
UMNO TAMAN PAROI JAYA LANGGAR TETAP LANGGAR
Tanding G7 perlu dihenti
BATU PAHAT 8 Julai – Budaya bertanding untuk mewakili bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO hanya kerana mahu menunjukkan siapa yang lebih berpengaruh di peringkat bahagian adalah amat tidak sihat dan perlu dihentikan segera.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, perkara itu berlaku kerana ada tanggapan bahawa mereka yang terbukti berpengaruh mempunyai peluang menjadi calon pilihan raya.
Menurutnya, di mana-mana beliau menghadiri mesyuarat bahagian yang ada pemilihan, kerancakan menjadi wakil G7 tersebut amat terserlah dan membimbangkan.
‘‘Bila saya tanya, maka jawab mereka ini adalah kesempatan terakhir untuk menunjukkan mereka berpengaruh dan layak dipertimbangkan untuk menjadi calon pilihan raya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pahat, di sini hari ini.