Monday, August 10, 2009

JKKK perlu tahu masalah masyarakat

PORT DICKSON 9 Ogos - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan 'jari-jari' kerajaan yang mampu merasai denyut nadi permasalahan masyarakat di peringkat akar umbi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebagai 'jari-jari' kerajaan negeri, JKKK tidak boleh menjadi kaku atau tidak berfungsi dengan baik menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan.

"JKKK merupakan nadi kerajaan dan berfungsi sebagai barisan hadapan yang mengetahui permasalahan dan kehendak rakyat di peringkat akar umbi sebelum disampaikan kepada kepimpinan negeri," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada 426 Pengerusi JKKK seluruh negeri di Tiara Beach Resort di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Siow Chen Pin.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
 
Fungsi dan peranan Ketua Kampung atau pun JKKK sudah boleh dipertingkatkan mengikut kesesuaian semasa dan setempat. Mereka seharusnya menjadi nadi penggerak bagi masyarakat setempat dalam membantu dan menyampaikan maklumat bagi orang ramai. Tugas tugas mereka mungkin boleh dideligasikan kepada para belia dan penduduk setempat kerana sudah pasti mereka tidak akan mampu melakukan bersendirian.
 
Jika belia diberikan peluang dan pendedahan oleh Pengerusi dan badan JKKK sudah semestinya penglibatan mereka akan lebih signifikan. Perubahan harus dilakukan supaya mereka jelas dan mengenali peranan Ketua Kampung dan JKKK, ini sebahagian besar tidak tahupun fungsi dan peranan Ketua Kampung, bagaimana cara nak menghubungi dan menyalurkan maklumat.
 
JKKK harus sedar yang belia mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan masyarakat dan mereka begitu aktif dan sudah semestinya lebih mengetahui keadaan setempat. Jika dibimbing dan diberikan tunjuk ajar sudah tentu peranan mereka dalam masyarakat dapat dioptimumkan. Tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman dalam memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran berkaitan hal ehwal masyaraka amatlah dialu alukan bari memantakpan institusi JKKK dan kemasyarakatan.
 
 
 
 
 

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?