Thursday, June 05, 2008

Mohamad tawar diri tanding Naib Presiden

SEREMBAN 4 Jun - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan Disember ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri itu berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding semata-mata bagi mengukuhkan kembali UMNO sebagaimana sebelum ini.
''Ia bukan persoalan untuk mencabar sesiapa tetapi bertanding untuk mengukuhkan parti dan dalam hal ini saya terbuka, jika ada yang mencadangkan saya untuk bertanding, saya akan bertanding.
''Lagi pun kita ada kuota tertentu di mana Naib Presiden memerlukan sokongan daripada 10 peratus atau 19 bahagian daripada keseluruhan 191 bahagian parti di seluruh negara, ia bukan mudah," kata beliau pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Pengumuman beliau itu bakal merancakkan suasana pemilihan kerana enam orang telah menawarkan diri sebelum ini.
Mereka ialah penyandangnya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
Mohamad turut mengingatkan mana-mana pihak yang ingin bertanding terutama pada peringkat bahagian supaya bertanding dengan ikhlas demi kepentingan parti.
Beliau turut menyatakan pendirian untuk tidak campur tangan dengan mana-mana pihak yang menawarkan diri bagi bertanding di peringkat bahagian.
''Saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan mana-mana pihak yang mahu bertanding kerana sudah menjadi pendirian saya untuk tidak campur tangan dalam bahagian lain,'' ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Sokongan penuh dari UMNO cawangan Taman Paroi Jaya jika Tok Mat ingin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dan diharap suara suara pembaharuan akan sampai ke golongan sasaran dan segala pembangunan dan pengukuhan Umno dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
Umno Taman Paroi Jaya

Update terbaru July2008
Mohamad tarik balik hasrat

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Umno menarik balik hasratnya itu, sebaliknya hanya mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT). Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, keputusan itu bagi membolehkan beliau memberi tumpuan terhadap tugasnya mentadbir negeri, selain memperkukuhkan parti serta Barisan Nasional (BN) negeri. "Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli yang menyokong saya bertanding, tetapi tidak untuk pemilihan kali ini. Mungkin lain kali saya pertimbangkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di sini semalam.
http://www.bharian.com.my/Saturday/Nasional/20080726002130/Article/index_html

Keputusan yang dihormati atas kesedaran untuk memberi lebih perhatian kepada N Sembilan dan bukan meletakkan kepentingan peribadi. Kami Umno Paroi Jaya mengucapkan syabas dan tahniah dan sentiasa menyokong sebarang keputusan Dato Seri Utama Mohd Hasan yang menjurus kepada kebaikkan rakyat dan Umno

Comments:
Tidakhendak ada salahnya MBNS nak bertanding jawatan naib. Tetapi maasalahnya jika dilihat track record beliau memimpin NS dlm PRU lalu, beliau adalah gagal sama sekali. Adakah org yg telah terbukti gagal memimpin BN NS pada PRU lalu sehingga gagal mendapat 2/3 majoriti (yg mana beliau telah mencipta rekod dan sejarah baru BN & Umno NS)hendak kita berikan peluang utk menjadi pinpinan UMNO yg lebih tinggi?
Jgn lah kita sokong membutatuli tanpa melihat track record seseorang itu! Hendakkah kita dipimpin oleh pemimpin yg telah terbukti gagal?
Bahkan DUN En Ehsan pun dirampas oleh pembangkang!
 
Tok Mat ni sama mcm Ketua Bhgian Seremban, tak sedar diri Umno NS kalah pilihanraya ari tu masa zaman dia org yg memimpin Umno. Sorang pimpin Bhg Sban yg mana calon Umno kalah teruk , sorang lagi pimpin negeri yg hampir dikuasai pembangkang, ada hati nak tawarkan diri bertanding jawatan dlm Umno. Tak malu ke Tok Mat & Tok Sahak ni yg Umno lemah di zaman kepimpinan dia org ni.

Saya sokong sangat pendapat dulukini&selamanya di atas tu. Nak sokong pemimpin tengok dulu track rekod mereka. Ini soal survival Umno bukan bukannya blh dibuat main-main.Jgn jadi sokong bawa rebah, menang sorak kg tergadai!
 
Sokong sokong jangan tak sokong
 
A Conspiracy Theory or a mere story of stupidity?


The Seremban UMNO Chief today lodged a police report against a lawyer for advertising the bankruptcy notice issued against him in local Malay newspaper recently. In his report he alleged that the lawyer had advertised the notice with an ill- intention to embarrass him and further alleged that it was part of a conspiracy by the Negeri Sembilan Menteri Besar to topple him from his UMNO post in the coming UMNO Divisional election.

His (Seremban UMNO Chief) die hard supporters would surely believe in what he said. In fact, they would believe in everything he said. Even if he says that” a goat can fly”, they will surely believe him. But to all other Seremban UMNO members who have right frames of mind, can you all believe in what he said about the conspiracy theory?

As a matter of fact, the bankruptcy notice was issued against the Seremban UMNO Chief by the Court simply because he failed to honor a consent judgment to pay one Dato’ Misran (DM) a judgment sum of RM 2.6 million. Though the judgment allowed him to pay the judgment sum to DM in several installments, yet he still fails to pay. Not even a single installment! Due to his failure, it is a normal recourse that DM would instruct his lawyer to issue a bankruptcy notice against the Seremban UMNO Chief. It will not be so hard to think that this would be the normal consequence for non payment of debt BUT to let people think it was a part of a conspiracy would be absurd!

According to a trusted source, the story began when the Seremban UMNO Chief approached DM asking him to invest RM 2 million in his (the Seremban UMNO Chief) business of supplying water pipes to the State. The Seremban UMNO Chief confidently promised DM that in consideration for such investment he will pay DM RM 2 million profit over and above the investment sum within 45 days after receiving the investment sum. In other words, he promised to pay DM RM 4 million within 45 days. In his (the Seremban UMNO Chief) effort to convince DM that he could deliver what he promised, he further bragged that the Negeri Sembilan Menteri Besar had awarded him with a RM 8 billion contract to supply water pipes throughout the State to replace all old water pipes in the whole State of Negeri Sembilan.He also gave DM six (6) post dated cheques amounting RM 4 million in aggregate to prove his sincerity. On such representation, DM gave him RM 2 million ( partly in USD and partly in RM).

At this point, I truly believe all of you can point out how ridiculous the story of a business venture put up by the Seremban UMNO Chief in view of getting an investment and how stupid DM was in believing his story. Even the infamous Swiss Cash Fund or AB fund or whatever Get-Rich-Quick fund cannot guarantee such return. Even if what he said about the RM 8 billion contract by the State was true, it would still be impossible for him to pay DM that amount of money within a short period of 45 days!

Suddenly, the story about “black money “scam came to mind. Earlier, I have posted a story how the Seremban UMNO Chief became a victim to a black money scam. Putting the jigsaws pieces together, I truly reckon that the Seremban UMNO Chief had actually used DM’s money to buy 3 bags full of “black money” hoping to reap millions of US Dollars overnight. Coincidently both events took place last year. Perhaps this would be the best explanation why the Seremban UMNO Chief dared to promise RM 2 million return in only 45 days!

Only God knows what the Seremban UMNO Chief actually did with the money. But one thing for sure, the story about RM 8 billon contract was a blatant lie.

Eventually the 45 days period expired. The Seremban UMNO Chief then repeatedly postponed the payment and repeatedly issued fresh post dated cheques and at times accompanied by UMNO cum ADUN letterheads. All cheques issued proved to be bounced cheques. Fed up with the event, DM sued the Seremban UMNO Chief in Court.

In Court, the Seremban UMNO Chief engaged an Indian lawyer based in Nilai to fight his case. In a nutshell, there was no merit for him to defend the case as it was clear that the Seremban UMNO Chief promised DM the monetary return. Eventually a consent judgment was entered early this year may be with the view to dispose the case swiftly and quietly as the Seremban UMNO Chief thought he would be re nominated to contest the Lenggeng seat in this year General Election.

When he found out he was not re nominated to contest in the election, the Seremban UMNO Chief came out with all bull and cock stories that the Negeri Sembilan MB had sabotaged him. Just imagine if he was re nominated to contest and win the Lenggeng seat!Surely we would all expect to see a snap election soon in Lenggeng because of his bankruptcy matter at hand. Negeri Sembilan MB had in fact made a right decision not to re nominate him!

We can now see clearly how ridiculous it would be if we take the Seremban UMNO Chief’s theory of conspiracy seriously. Personally I think the Seremban UMNO Chief himself is responsible to what currently are happening to him. All that are happening to him are due to his own greed and stupidity. Not because of a grand conspiracy involving NS Menteri Besar as he alleged.

To all Seremban UMNO members, this year is the right time to change horse!
 
Sape the observer ni? Macam-macam dia tahu pasal Dato' Sahak. Mungkin ade dendam kesumat tak terlerai lagi antara the observer dengan Dato' Sahak ni.

Tapi kalau betul cerita the observer yang dasar penceritaannya nampak menyakinkan,memang patutle UMNO Bahagian Seremban ni bertukar kepimpinan.Nampak sangat bodohnya UMNO Bhagian Seremban ni kalau masih biarkan Dato'Sahak memimpin Bhagian Seremban.

Pak Ya pun satu bendol. Dia tahu cerita pasal Dato'Sahak ni tapi masih nak menyokong Dato Sahak ni. Tapi ikut kata Ketua Cawangan Kg Bahagia Jiboi Pak Ya menyimpan harapan. kalu Dato' Sahak menang nanti dia jadi Timbalan. Bila dato Sahak bankrap dia memangku jawatan Ketua. Kepada Pak Ya berhentila buat strategi bacul macam tu! Ko pernah kata ko orang berprinsip. Mana perginya prinsip ko sekarang ni? Kalau setakat nak menangguk di air keroh itu bukan berprinsip namanya. Bak kata ko sendiri" Ular Sawa jangan jadikan talipinggang"
 
sebonar eh pemimpin UMNO (ie Tok Sahak, Pak Ya, Usop Misai, Mat Nor Awang dan yang seangkatannya)yang ado kek bhg seromban ni semuo eh hampeh..Koranglah yang buek UMNO ni orang jadi meluat dan maleh nak campur..kalau salah sorang dari namo tu jadi ketuo, confirmlah PRU13 ni Parlimen Seremban dan kesemuo DUN akan dapek kat pembangkang laie termasuklah Longgeng.. Sudah sudahlah tu maso untuk diorang semuo dah cukup..Kito di bahagian Seromban ni perlukan pemimpin yang lebih jujur dan tak puro puro..jangan asyik geromal dan tipu rakyat jo..jangan ingat pengundi hari ni bodoh..Insaf insaflah korang semua Tok Anjang raso tak relevan lagi kau orang nak bawak UMNO Bhg Seromban ni..Yang pornah jadi wakil rakyat dan exco tu, makan yolah duit pencen dan duit pelaburan yang dapek maso berkuaso dulu (sambil nyolam minum air) hehehehe paham pahamlah yo..jangan cakap takdo duit pulak..Jadilah pemimpin yang ado prinsip..Hari ni orang dah meluat dah dengan korang semua..cukup cukuplah tu..jangan hanyo nak ngokalkan kuaso dan harto..bawaklah agamo sekali untuk pastikan UMNO ini masih relevan di BHG Seromban..

Tok Anjang, Mahfah
 
macam ni ke orang yang nak dijadikan pemimpin, seorang penakut ,seorang kaki con, seorang lagi tangguk.Segala tuduhan biarlah berasas dan berfakta kerana lama kelamaan rkyat akan dapat menilai sejauh mana drama kain pelikat yang dilakunkan.sama sama kita menukar Umno seremban bon voyage sahak, ya , yusop and geng
 
Sokong pandangan Tok Anjang bahawa UMNO Bhg Seremban kene tukar kepimpinan baru.UMNO Bahgian Seremban sebenarnya perlukan watak-watak baru serta bertenaga untuk meneraju kepimpinannya.

Tetapi UMNO Bahagian Seremban ini ada ke watak-watak baru? Ehksan ni nampak juga le usaha buat perubahan tapi dia nyokong Md Nor Awang. Budak belaan Dato' Sahak. Samo gak dengan YB Mustapha tu-asalnya budak belaan Dato Sahak gak.

Cume kalu ini dilihat sebagai peralihan-usaha untk peralihan ini kene sokong le. Bila peralihan dah terbukti berjaya,usaha-usaha pemantapan perlu dilakukan. Wa ima Md Nor ke jadi K Bhg kalau dia terbuka untuk usaha pemantapan UMNO itu sendiri-UMNO Seremban berkemungkinan kuat semula.

Tapi usaha pemantapan kenelah juga rangkumi usha bagaimana nak dapatkan semula sokongan masyarakat Melayu kepada UMNO.UMNO Seremban juga perlu lahirkan pemimpin-pemimpin pelapis yang berwibawa agar dilihat tidak ketandusan kepimpinan.Dan pemimpin pelais ni juga berupaya untuk menjangkau kepimpinannya kepada orang Melayu khususnya orang muda dan memberikan gambaran bahawa UMNO ni masih releven.

Kalau tak buat mcm tu mungkin BN/UMNO akan terima padahnya dalam PRU-13 kelak. Cukuplah selama ini Ketua Bahagian Dato Sahak,Ketua Wanita pun Dato' Sahak, KetuaPemuda pun Dato' Sahak dan Ketua Puteri pun Dato' Sahak. Kini masanya untuk berubah
 
To anonymous,

I am just an ordinary member of UMNO in Seremban Division.

I dont write all these down because I hate Seremban UMNO Chief as a person but out of frustation and disgust of his so called "leadershp".

If you have been observing like I did,you will see that his leadership of UMNO in Seremban led the UMNO members to nowhere.

His style of leadership rests on self created issues.Even originally the matter is a non issue but each time he managed to create an issue out of it.

The question is how patient can we be when the leader only knows how to blow up an issue and everytime it becomes out of proportion? What about the fate of UMNO members (all of them are malays)who are still struggling to make a living eventhough they had been through thick and thin with the Seremban UMNO Chief hoping the Seremban UMNO Chief to show them ways to lighten up their burden.

Why did he act so selectively by giving opportunities only to his boot-lickers like Block C UMNO Chief,Jalan Penghulu Cantik UMNO Chief and Kg Tarun Youth chief? These people at one time became so arrogant and always looked down upon other members.What happened to these people now? Jalan Penghulu Cantik Chief is now running away because the way he sees that the Seremban UMNO Chief cannot give him any opportunities anymore.Now he becomes like a dog who always knocks and begs Seremban UMNO Vice Chief's office for financial assistance.The days also are numbered for his other boot lickers who used to bragg a lot because the Seremban UMNO Chief is no longer in position to help them.

To Anonymous if you are telling me the duties of being a leader is only to create havoc on an issue or to create arrogant people, perharps you can say that the Seremban UMNO Chief has been successful. But if you say that it is his duty to lead UMNO members into self or communal development ,he is truly far-lagged behind.

UMNO Seremban had given him nearly 20 years to prove his worth but he simply fail.
 
Laa Melayu rupenya the observer ni tapi kenape dok selalu cakap omputih. Malu ke cakap bahasa kite?

Walau macamana pun perlu hargai keperihatinan dia tentang nasib untung orang Melayu/orang UMNO di bahagian Seremban.

Betul kata the observer tu ,lari larau orang Dato Sahak skarang ni.
Sam si pengampu tu kete Alphard dia dah kene tarik. Dulu kulu ke hilir dengan kete besar dia tu. Sekarang dah jadi tukang urut lak dah ! Sahak Malik tu ape kurangnya. 2 lot kedai dia di Taipan Senawang pun dah kene lelong.Dulu umahnya 24 jam pasang lampu,sekarang tengok le -takde dah lagi.

Dulu due makhluk ni punyele sombong.skrang Allah SWT dah tunjuk pembalasan. Jenis Orang Melayu yang lupe daratan,lupe asal usul. Ini sume produk kepimpinan Dato Sahak

Dengar si Zainudin Rabun tu pun dah lari larau. Ini makhluk tak boleh kasi muka. Jangan percaya.UMNO Bhg Seremban tak rugi wa ima 1/2 sen pn kalau tak de orang cam si Zainudin ni

Aku rasa pemilihan kali ni Dato Sahak pening kepala.Orang dah ramai tak nak dia memimpin. Orang macam Dato' Sahak ni kuat menipu orang.Jangan percaya kata dia dalam kempen dia. Dia ni kalau boleh Allah SWT pun ditipunya.Kuat main sumpah.Besok kok jadi sesumpah!
 
To anonymous.

Malays too can talk and write in English.Does't mean when you write in English it makes you a lesser Malay and like wise when you write in Malay doesn't make you a better Malay either.I am a product of NEP and I reckon so are you.NEP is a miracle ever produced by the UMNO led Government especially to the Malays, like you and me.UMNO had done a lot for the nation and it is a sad thing if we have to see it destroyed because of its' unscrupulous and self centred leaders.

In proving my point,why should a leader hold or still make attempts to hold office after 20 years in that office.If a leader is unable to bring any plausible development in terms of physical or human development,why should he retain office. If the Seremban UMNO Chief is unable to bring that kind of developments to Seremban why should we support him?

If you go to Lenggeng after 10pm at night,you can only find one Tom Yam restaurant open ie next to Lenggeng police station.This has been the case for the last 10 years.People may say that Lenggeng is a traditional village area and people do not come out especially after 10. Yes! it is surrounded by villages but how can you deprive the villagers the taste of development when you are in the position to give it to them.

Just think about it.
 
SAUDARA/SAUDARI...APA YANG NAK DI KECOH-KECOHKAN....ORANG2 UMNO SEKARANG SEMUANYE SAMA SAJA....ANONYMOUS,THE OBSERVER,PEMUDAUMNODUNYGMENANG,TOK ANJANG...APA SEBENARNYA YANG KORANG NAK PERTAHANKAN???KORANG INGAT TUGAS SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN NI SENANG KER???KORANG CUBA LA JADI MACAM TOK SAHAK MACAM TOK MAT...BOLEH KER KORANG BUAT MACAM DIORANG BUAT SEKARANG NI???? SEKURANG-KURANGNYE ADA SUMBANGAN MEREKA DAH BERIKAN DALAM UMNO NI...DAN YANG PASTI JASA TOK MAT DAN TOK SAHAK TETAPKAN AKAN DI KENANG DI KALANGAN ORANG2 MELAYU YANG SUSAH YANG DUK KAT KAMPUNG NUN...YANG KORANG DUK KECOH2 NI KENAPA? APA YANG KORANG DAH BUAT UNTUK UMNO,UNTUK ORANG MELAYU???? CUBA KORANG CAKAP SIKIT...ORANG2 MACAM KORANG NI LAH YANG MEROSAKKAN BANGSA MELAYU...YANG MEMECAH BELAHKAN BANGSA...SEBENARNYA KORANG NI ANTARA ORANG2 YANG TAK DAPAT KESAYANGAN DAN ORANG2 PERHATIAN TOK MAT DAN TOK SAHAK NI KAN...CARA MACAM MANA TOK SAHAK NAK MEMIMPIN ITU ADALAH HAK DIA...MAJORITI DAH BERPIHAK KEPADA MEREKA...MAJORITI MAHUKAN KEPIMPINAN MEREKA...KALAU BETUL KEPIMPINAN TOK SAHAK TAK BETUL KITA LIHAT LA PEMILIHAN UMNO TAHUN NI NANTI....TUAN TAK PERLU BIMBANG MASA AKAN MENENTUKAN NYA...

THE OBSERVER,PEMBANGUNAN YANG MACAM MANA YANG NAK DIBUAT DI LENGGENG???NAK ADA PUB DAN DISKO YANG MEMEKAK SAMPAI KUL 1PAGI 2PAGI KAT LENGGENG TU???NAK ADA PANGGUNG WAYANG DAN SHOPPING COMPLEX YANG MEMBERI PELUANG KEPADA BUDAK2 MUDA MELEPAK,MENGHABISKAN MASA DAN MEMBUAT MAKSIAT???NAK ADA KEDAI BERTINGKAT SUPAYA PEKAN LENGGENG TU NANTI BOLEH DIKUASAI BANGSA CINA???THE OBSERVER,U PEGI TENGOK LA KAWASAN SIMPANG PELANGAI KAMPUNG TOK NAN MB PAHANG,TAKDE PUN PEMBANGUNAN...SEBENARNYA KAMPUNG2 LA TEMPAT YANG PALING AMAN DAN DAMAI...JAUH DARI SEGALA KEMAKSIATAN DAN KEMUNGKARAN...TEMPAT SEBENAR ORANG MELAYU...ITU YANG ADA DI LENGGENG DAN TIDAK ADA DI TEMPAT TUAN2... SEDAR LA WAHAI TUAN2,DUNIA DI AKHIR ZAMAN....APA YANG SEPATUTNYE KITA PERTAHANKAN?????


KALAU MACAM NI LA SIKAP ORANG2 MELAYU...SAYA JAMIN...MALAYSIA AKAN JADI SEPERTI SINGAPURA...ORANG AZAN CORONG MASUK KE DALAM MASJID....TEMPAT ORANG MELAYU ADALAH DI RUMAH FLAT...ORANG MELAYU AKAN MENJADI HAMBA...DAN MASA TU BUKAN LA SALAH TOK MAT ATAU SALAH TOK SAHAK...SALAH SIKAP ORANG2 MELAYU MACAM TOK ANJANG,ANONYMOUS,THE OBSERVER YANG SUKA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN...

BENARLAH KATA DR. M..MELAYU MUDAH LUPA....

JADI INGATLAH...SEMUA YANG BERLAKU ADALAH KETENTUAN ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T TELAH BERFIRMAN...TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA DI ATAS DUNIA INI...

KEPADA AHLI UMNO KHUSUS ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM SEDARLAH DAN BANGKIT LAH....ALLAH MASIH BAGI KITA PELUANG UNTUK MEMPERTAHANKAN APA YANG PATUT KITA PERTAHANKAN...ALLAH MASIH BAGI KITA PELUANG UNTUK KITA MEMPERBETULKAN KESALAHAN KITA...BERDOA LAH SEMOGA MALAYSIA DI JAUHKAN DARI BALA ALLAH SEPERTI TSUNAMI DAN BANJIR DI CHINA RIBUT DI AMERIKA... ITU SEMUA ADALAH PERTUNJUK ALLAH...

WALLAHUALAM...
 
This comment has been removed by the author.
 
saya nak pinjam kata-kata Syed Hussein Al Attas. Ini antaranya


Tok Mat Hassan berucap berpandukan pengalaman perniagaan, faktor sosio-ekonomi, kumpulan sasaran, prasarana alami, prasarana tersedia, ilmu-kemahiran di bidang perniagaan politik tapi tidak retorik untuk memperkenalkan visinya mengenai Islam Hadhari tanpa menyebut perkataan Islam Hadhari.
Selaku seorang pemimpin yang berwibawa, proaktif, inovatif serta kreatif, Tok Mat Hassan mempunyai dasar strategi serta program pembangunan untuk mencapai Wawasan 2020. Dia tidak mahu membangunkan pencakar langit tanpa memberikan keutamaan kepada modal insan. Nampaknya dia mempunyai style yang diubahsuai, ditafsir semula, di finetune mengikut pendekatannya mengenai Islam Hadhari. Hasilnya kita dapat melihat beberapa buah negeri yang telah menggubal serta sedang rancak melaksanakan wawasan pembangunan menurut acuan yang telah dimulakan oleh Tok Mat Hassan.
Pernahkah sesiapa terfikir untuk membuat satu analisis? Apakah kerana akibat rasa benci dan terlalu marah kepada Pak Lah dan menantu Perdana Menteri yang dipertahankan oleh Tok Mat Hassan, maka dia dibenci dan dimusuhi oleh proksi Mahathir yang berada di Negeri Sembilan.

Tok Mat Hassan memberi arahan supaya pengurusan perpustakaan desa di seluruh Negeri Sembilan agar lebih proaktif dalam memastikan ‘gedung ilmu’ di kawasan masing-masing sentiasa dibuka dan digunakan sepenuhnya oleh masyarakat setempat. Inilah satu-satunya cara mahu menghidupkan semangat membaca supaya umat Islam menjadi bangsa yang berilmu. Bila timbul minat membaca ‘industri ilmu’ yang dulunya mati hidup semula untuk melahirkan ‘the towering Malays’.


Hanya kerana NS nyaris jatuh ke tangan pembangkang tidak mencerminkan daya kepemimpinan Tok Mat. Ini disebabkan gelombang politik yang mengubah lanskap pengurusan negara.

Maka itu hasratnya untuk bertanding Naib Presiden Umno tidak boleh dinafikan.
 
Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?