Thursday, April 17, 2008

YNS mahu mohon permit teksi

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

SEREMBAN 16 April - Kerajaan negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) akan membuat permohonan kepada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk mendapatkan 500 permit teksi dalam usaha meringankan beban pemandu teksi.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan.
Katanya, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Siow Chen Pin serta pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melihat perkara berkenaan secara terperinci.


Lagi usaha kerajaan N Sembilan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan mengurangkan kebergantungan pemandu teksi kepada syarikat tertentu.Kadar sewa yang lebih murah diharap dapat membantu para pemandu dari segi pulangan dan kos yang terpaksa ditanggung.Disamping itu dengan faedah yang dinikmati diharap mutu perkhidmatan juga dipertingkatkan lagi untuk memberikan kepuasan optimum kepada pelanggan terutamanya pelancong-pelancong dari luar.Stesen teksi yang lebih bersistematik dan teratur juga memang diperlukan dan bersesuaian dengan status Seremban yang akan menjadi bandaraya tidak lama lagi.Diharap juga penggunaan teknologi seperti sms, online booking dan lain lain juga diperkenalkan untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan kepada orang ramai.Kesempatan untuk mempromosikan N Sembilan kepada pelancong luar terutamanya dari Negara Arab amatlah diharapkan dari Kementerian Pelancongan dengan penubuhan Cawangan Universiti Al Azhar, pusat bebas cukai di Port Dickson, Taman Ular di Ulu Bendul dan macam-macam lagi, kayo pakcik.Umno Seremban seharusnya memulakan langkah proaktif untuk membantu dengan informasi terkini dan pendekatan terbaru yang disesuaikan dengan keperluan semasa terutamanya kepada golongan Melayu sekitar Seremban dan N Sembilan.Ini bukan lagi masa menuding jari atau berpeluk tubuh supaya matlamat untuk meningkatkan ekonomi golongan Melayu dapat dijalankan kerana selama ini pendekatan yang digunakan mungkin tidak lagi sesuai dan tidak sampai ke golongan sasaran.Dengan ini ekuiti dan pegangan ekonomi golongan Melayu akan meningkat dan seterusnya mencapai matlamat 30% DEB.Kalau nak diharapkan Tok Mat buat semua apa gunanya ketua bahagian ketua cawangan dan ahli2 yang profesional.
malu bertanya kawan sesat cari jalan pulang

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?