Saturday, June 07, 2008
Turun atau mansuhkan tol-Kj
SEREMBAN 6 Jun - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menurunkan kadar tol lebuh raya atau memansuhkannya dalam usaha mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang bermula semalam.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu mempercepatkan proses rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya supaya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.
"Proses rundingan itu diharap dapat diselesaikan secepat mungkin dan kita juga berharap syarikat konsesi lebuh raya yang sudah mendapat semula modal dan menikmati keuntungan dapat bekerjasama membantu mengurangkan beban rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kewangan bernilai RM23,555 kepada keluarga miskin M. Thannabakiyam, 33, di Taman Margossa, Paroi di sini hari ini.
Penurunan kadar tol itu merupakan salah satu daripada enam langkah yang dicadangkan oleh Khairy dalam usaha mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan mendadak harga petrol dan diesel.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, antara langkah awal yang boleh diambil adalah memperhebatkan pemantauan harga barang dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga yang didapati menaikkan harga secara keterlaluan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
Langkah-langkah yang sepatutnya telah lama dilakukan kerana duit rakyat & tanah rakyat yang diambil melalui cukai, pelaburan(takkan menteri plak share) dan sebagainya kemudian disalurkan untuk pembinaan lebuhraya kemudian rakyat dikenakan kadar tol yang terlalu tinggi dan hanya memberi keuntungan kepada pihak pihak tertentu atau pun pemegang konsesi.Bukan tidak mengambil kira tentang kos pembinaan dan penyelengaraan tetapi biarlah berpadanan kerana ia bukanlah cara yang sepatutnya untung menjana untung optimum dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.Syabas buat Khairy yang berani menyuarakan pendapat bagi Pemuda Umno dan diharap terus memperjuangkan nasib rakyat dilandasan yang betul.
Ini adalah kerana lebuhraya sudah sepatutnya termasuk didalam senarai keperluan rakyat yang bukan lagi suatu pilihan atau pun barang mewah, jawapan jawapan seperti pilihan untuk menggunakan jalan lama tidak lagi relevan kerana suasana dan zaman telah berubah.Keuntungan yang dijana seharusnya pada tahap yang munasabah bukan hanya menguntungkan pemegang konsesi.Ini adalah kerana dengan harga minyak yang melambung sudah semestinya meningkatkan kadar inflasi dan seterusnya mengurangkan kuasa beli pengguna kerana ia akan menarik bersama harga barangan lain untuk turut meningkat.
Jika ia terus meningkat tanpa ada pemantauan dan makanisme yang sesuai untuk mengimbangi keadaan tersebut selain berjimat, ubah gaya hidup, tanam sendiri, sendiri tanam, sendiri mau ingat dan sebagainya ia juga akan melengkapkan kitaran kehidupan yang mana masalah sosial, ah long, tekanan, jenayah dan macam macam lagi masalah yang akan menyusul. Ia seharusnya tidak hanya dilihat dari sudut kos tetapi juga dari segi sosial dan kemasyarakatan kerana ia saling berkait di antara satu dengan yang lain.

Comments:
<< Home
syabas yb kj kerana prihatin masalah rakyat, jangan jadi macam orang tu prihatin manjang tapi abuk pon tarak
Post a Comment
<< Home