Sunday, June 29, 2008

Penantian Penduduk Labu& Nilai Berakhir

SEREMBAN 28 Jun - Penantian 121 penduduk rumah rakyat di Labu dan Nilai di sini untuk mendapatkan hak milik rumah yang mereka diami hampir 30 tahun lalu kini berakhir.

Kesemua penduduk yang tinggal di rumah rakyat Batu 10, Labu dan Nilai Fasa 2 itu menerima surat hak milik rumah masing-masing daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam majlis penyerahan di kawasan lapang rumah tersebut di sini semalam.

Selain itu, kegembiraan mereka juga dikongsi oleh 25 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu yang menerima kunci rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

 


Comments: Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?