Thursday, June 26, 2008

Lenggeng Pengeluar Serai terbesar Asia

SEREMBAN 25 Jun - Membiarkan tanah tanpa diusahakan memang perkara mudah, tetapi mengusahakan tanah terbiar ia memerlukan kudrat dan kesungguhan yang kuat.
Menyedari hakikat itulah, Felcra Berhad bersama-sama penduduk di Kampung Mendom, Lenggeng dekat sini bangkit untuk berbudi kepada tanah dalam konteks tanaman serai dan keledek secara komersial.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim berkata, daerah Lenggeng kini menjadi lembah baru kepada produk pertanian berkaitan serai dan keledek.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Tahniah diatas usaha Felcra Berhad bersama sama penduduk Lenggeng dalam memanfaatkan tanah terbiar untuk menanam serai(lemon grass & peha ayam) dan bakal menjadi pengeluar serai secara besar besaran tidak lama lagi.Peluang yang terhidang didepan mata seharusnya digunakan sebaiknya terutama golongan pemuda dan belia di Lenggeng dalam menjana pulangan ekonomi yang lebih mapan.

Ia juga selari dengan saranan kerajaan dalam Kajian Separuh Penggal Rmk-9 yang menitik beratkan sektor pengeluaran makanan berikutan kenaikkan harga bahan api dan bahan asas yang lain.
Diharap jabatan pertanian N Sembilan dan unit pembangunan ekonomi negeri dapat memainkan peranan yang lebih aktif didalam bidang pertanian seperti serai ini dari segi teknologi tanaman, kesesuaian tanah, pulangan yang optimum, pengumpulan,pemasaran,penjualan dan berbagai lagi dalam membantu mencapai sasaran matlamat Rmk-9.
Belia beliawanis boleh terlibat secara aktif didalam sektor tanaman serai ini dan juga dari segi penjualan dan pemasaran yang mana mereka boleh mentadbir sendiri tanpa mengharapkan orang tengah.Dari diberi kepada orang luar lebih baik dibuat sendiri cuma pemantauan dan khidmat nasihat mungkin boleh diberikan kerana mereka mungkin tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini.
Semoga usaha ini dapat ditingkatkan lagi dan diharap juga ADUN Lenggeng Yb Mustapha Salim dapat menggerakkan jenteranya dalam membantu ekonomi orang Melayu di Lenggeng.

The more the "merrier" jika lebih ramai belia yang terlibat dalam bidang ini.Kerana para belia yang kreatif ini mungkin mempunyai idea idea bernas yang mungkin dapat disalurkan di kebun serai dari disalurkan dijalan jalan raya atau pun dinding bangunan.

The more the merrier juga merujuk kepada pertandingan ketua pemuda malaysia, ketua bahagian Rembau, Telok Kemang dan juga Jempol.Selamat kembali diucapkan kepada saudara Ezam yang kembali kepangkuan Umno, Juga buat Tan Sri Utama Dato Seri Isa Samad yang tamat tempoh penggantungan dan boleh bertanding pada pemilihan kali ini. Yb Khairy juga yang mungkin akan ditentang pada pemilihan kali ini di Rembau oleh Ajk bahagian Rembau sendiri.

Ini seharusnya dilihat dari sudut yang sihat kerana Umno tidak pernah menghalang ahlinya untuk bertanding asalkan mengikut lunas dan syarat yang ditetapkan dan asalkan tidak membawa keburukkan atau pun kejatuhan kepada Umno.Tan Sri Isa yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang politik mungkin boleh menyumbangkan idea dan buat fikiran asalkan tidak bernada sumbang dalam comeback kali ini.
Kita tidak seharusnya terus menghukum mereka yang telah melakukan kesalahan kerana mereka telah menerima tindakan yang sewajarnya, seperti juga Dato zaid Ibrahim yang pernah digantung kerana politik wang.
Juga kembalinya saudara Ezam ke pangkal jalan mungkin dapat membangunkan harimau Umno dari tidurnya kerana mungkin selama ini Umno sedikit terleka(complacent) dan terlena(nap) dengan keadaan semasa. Dibahagian Rembau juga yang bakal menyaksikan pertembungan antara AJK dan Ketuanya yang mana diharap dapat menyaksikan pertandingan yang sihat dan bukan untuk kepentingan individu atau pun atas dasar emosi semata mata. Matlamat dan dasar perjuangan mesti dikekalkan terutamanya kepentingan ahli Umno dan orang Melayu.

Diharap dengan kembalinya mereka kepada Umno, bebas dari penggantungan dan juga yang akan bertanding diharap dapat memperkasakan lagi pimpinan Yab Dato Seri Utama Mohd Hj Hasan di N Sembilan.
Pj Cowboys

Comments:
kok isa nak bertanding lagi rontikan la, baik duduk jo ghumah kek nilai tu habihkan bogheh laie elok.puluh taun perintah apo pun takdo kek n 9, kok sekarang nampak yo jalan bkt putuih dah nak luruih.kj ko siap la kono lawan kek rembau.kok tak ghoti biar bori org yg ghoti buek kojo cam tok mat
cheers
 
Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?