Sunday, December 13, 2009

Khairy Persoal Sikap Berdiam Diri PAS

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mempersoalkan sikap berdiam diri PAS berhubung kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mempertikai peruntukan kerajaan untuk membina masjid.

Menurutnya, sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada pihak PAS tentang isu tersebut.

"Saya begitu sedih mengapa tidak ada apa-apa komen daripada kepimpinan tertinggi PAS terhadap isu peruntukan masjid ini.

"Ini menunjukkan perjuangan dan prinsip PAS terpaksa dikorbankan sekali lagi untuk jangka masa pendek," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena lawatan deligasi Parti Golkar Indonesia ke Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda Umno hari ini.

"Saya ingin lihat pendirian PAS, sama ada mereka ingin bersuara atau sekali lagi akan mempertahankan tindakan DAP," ujar Khairy.

Tambahnya, PAS seharusnya bangkit menyuarakan pendapat dan pendirian mereka dalam hal ini dan tidak hanya berdiam diri untuk mempertahankan DAP.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/12/mstar_berita/20091212093233&sec=mstar_beritami
 
Sedikit demi sedikit doktrin Malaysian Malaysia cuba diterapkan DAP di Malaysia dalam cara yang cukup halus. Jika diamati cara dan teknik yang digunakan mereka akan menuntut kesamarataan dalam apa jua bidang seperti kata pepatah selepas betis nakkan peha
 
Sikap berdiam diri PAS hanya akan membenarkan apa yang diutarakan dalam masa yang sama hanya menjadi kuda padi kepada DAP. Dalam konteks dan sudut yang berbeza adakah PAS mahu apa yang terjadi kepada Singapura terjadi kepada Pulau Pinang dan negeri negeri lain. Kedatangan imigran ke Malaysia ini dan taraf kerakyatan yang diberikan dari zaman pra merdeka adalah suatu keistimewaan dan bukan lah hak mutlak.  Sikap toleransi yang telah ditunjukkan oleh orang Melayu dan sikap bertolak ansur ini semakin lama semakin dipijak oleh DAP justeru itu kita seharusnya lebih berhati hati dan berfikir secara terbuka.
 
Konsep satu Malaysia yang mahu diterapkan Perdana Menteri seharusnya diterima baik semua rakyat terutamanya dalam masyarakat gabungan atau pun majmuk. Kuasa politik memainkan peranan penting dalam pentadbiran sesuatu negara dan justeru itu kebijaksanaan dalam membuat pilihan adalah teramat penting. Seruan kepada semua ahli UMno, Perbetulkan kesilapan dalam masa yang sama bertindak rasional dalam sebarang tindakan. Kita tidak nampak keberanian PAS dalam memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat selain hanya melakukan tindakan demi keuntungan segera.
 
Dalam ertikata mudah majoriti diutamakan tetapi jangan sampai tersilap penilaian sehingga merugikan orang Melayu.
 
 

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?