Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH SALAM TAHUN BARU 1431H

UMNO TAMAN PAROI JAYA mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijriah kepada semua dan semoga dengan kedatangan tahun baru membawa lebih banyak hijrah kepada kebaikkan dan kehidupan yang lebih berkualiti.
 
 
 

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

------

Semoga pengajaran dari kisah lalu bersempena peristiwa Maal Hijrah menjadi iktibar kepada kita dalam menempuhi perjalanan yang masih panjang. Tidak perlu terlalu taksub dengan seseorang atau sesuatu perkara melainkan kita taksub dengan kebesaran Allah S.w.t.

Kita mulakan hijrah kita pada tahun ini dengan berbaik sangka dan bermaafan atas segala kesilapan yang lalu.


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?