Wednesday, December 30, 2009

Mahathir pertikai pembelian pesawat baru ganti MiG-29N

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan langkah kerajaan yang disifatkannya sebagai tidak bijak apabila memilih untuk menggantikan pesawat MiG-29N dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) yang lain.

Bekas Perdana Menteri itu amat berharap supaya kerajaan membatalkan keputusan tersebut dan memilih untuk membaik pulih pesawat MiG-29N sedia ada.

Beliau turut menarik perhatian dengan menyatakan, penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar sehingga berjuta-juta ringgit kepada orang tengah.

"Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan menukar MiG-29 untuk beli (pesawat) yang baru?" katanya dalam entri terbaru bertajuk MiG-29 dalam blognya, www.chedet.co.cc hari ini.
---------
 
Sebagai sebuah negara berdaulat tiada salahnya kita mempertingkatkan keupayaan pertahanan selaras dengan kepesatan pembangunan teknologi. Ada juga kewajarannya bilamana kepentingan masyarakat dan ekonomi diambil kira. MIG29 mungkin boleh terus digunakan sebagai pesawat latihan bagi juruterbang pelatih. Kita tidak dapat menolak yang kita terpaksa membelanjakan jumlah peruntukan yang besar dalam menaiktaraf sistem pertahanan. Jika kita melihat keadaan pesawat seperti yang digunakan oleh unit udara PDRM memang sudah sewajarnya kita menukar pesawat yang baru.
 
Mungkin kita boleh memperbaiki atau membaik pulih pesawat tersebut tetapi ia mungkin tidak lagi kompetitif dan juga mungkin boleh mengakibatkan kehilangan nyawa yang mana ia pasti lebih bernilai berbanding jumlah peruntukan yang terpaksa dibelanjakan. Pertimbangan yang sewajarnya harus dilakukan seperti saranan Tun jika kerajaan berhasrat meneruskan penggunaan jet pejuang yang lebih kompetitif.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?