Thursday, March 27, 2008

MUTAKHIR Adun Pertang dilantik Speaker DUN Negeri Sembilan

Datuk Razak Mansor menandatangai surat pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri pada Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pertang, Datuk Razak Mansor, 55, hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang baru. Razak yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, mengangkat sumpah jawatan itu selepas Datuk Mohamad Hasan (BN-Rantau) mencadangkan namanya sebelum disokong Siow Shen Tin (BN-Chennah) dalam Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama DUN Yang Ke-12, di sini. Razak yang menganggotai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sepenggal sebelum digugurkan daripada senarai barisan baru pemegang jawatan eksekutif berkenaan, minggu lalu menggantikan Datuk Lilah Yassin yang kini menjadi Ahli Parlimen Jempol selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Pada majlis itu juga, seramai 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN diketuai Mohamad yang juga Menteri Besar mengangkat sumpah sebagai Adun di depan Razak. Turut berbuat demikian 15 Adun pembangkang, masing-masing 10 daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (empat) dan Pas (satu). Dalam ucapannya, Razak merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar dan semua Adun yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjadi Speaker bagi persidangan DUN Ke-12.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?