Friday, March 21, 2008

Tahniah Tok Mat

Kami dari warga Umno Taman Paroi Jaya ingin merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Yab Dato Seri Mohd Hj Hasan kerana telah berjaya dalam pilihanraya ke 12 walaupun dengan majoriti yang berkurangan.
Juga dengan perlantikan panel bebas berkaitan prestasi merudum Barisan Nasional dan Umno di Negeri Sembilan terutamanya.Ini jelas menunjukkan sikap telus dan ikhlas dalam berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair.
Disamping itu anjakan yang dilakukan didalam mentadbir kerajaan negeri juga diharap dapat membawa satu perubahan besar kepada Negeri Sembilan dimana ahli Exconya diberi tempoh dua tahun untuk menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan oleh rakyat dan orang ramai.Ini adalah langkah berani yang diambil oleh Tok Mat kerana sepanjang tempoh kemerdekaan dari tahun 1957 belum ada panel atau pun badan yang diwujudkan untuk memantau prestasi ahli Exco.Bersempena dengan Maulidurrasul pada tahun ini seharusnya ahli ahli Umno menjadikan ia titik tolak untuk muhasabah diri kepada perubahan yang lebih berkualiti.
Seharusnya badan atau panel khas juga dilebarkan lagi kepada ahli ADUN dan juga ahli Parlimen kerana mereka juga mesti di pantau dalam melaksanakan tugas dan untuk memastikan perkhidmatan yang cekap kepada rakyat. Seharusnya isu isu remeh seperti keahlian Dato Azalina tidak perlu ditimbulkan kerana dalam masa ini banyak lagi isu isu yang jauh lebih penting harus diutamakan. Tidak perlu menuding jari kepada Pak Lah seorang kerana Umno ini parti untuk semua dan Pak Lah juga dipilih oleh ahli ahli Umno dan jika terdapat kelemahan seharusnya ahli ahli lah yang harus bangun memperbetulkan bukan hanya menuding jari kepada orang lain.
Siapa pun yang menjadi Perdana Menteri masalahnya akan tetap sama kerana ia sebenarnya masalah yang berpunca dari sikap ahli ahli sendiri yang mudah lupa dasar dan matlamat perjuangan Umno, seharusnya politik kem atau pun politik kelompok tidak wujud lagi di mana semua ahli Umno adalah dari kem yang sama dan adalah sangat tidak adil bilamana kita hanya menyalahkan Perdana Menteri atau pun Presiden Umno jikan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini sedangkan ahli ahli sendiri tidak memainkan peranan yang berkesan atau pun berkualiti.
"Ukur baju di badan sendiri" inilah falsafah yang harus diterapkan oleh ahli ahli Umno dalam persediaan untuk menawan semula kerusi kerusi yang dipinjamkan kepada barisan pembangkang.Disamping mengkaji kelemahan parti parti lawan seharusnya Umno juga membina kekuatan sendiri dengan mengkaji kelemahan dan melakukan muhasabah diri dimana yang perlu.
Menyalahkan pengundi 100% juga tidak akan membawa apa apa perubahan tetapi pendekatan ahli ahli DUN ahli Parlimen yang dipilih seharusnya diubah dan diolah supaya bersesuaian dengan keperluan sebagai seorang yang dipilih rakyat atau pun nama glamernya wakil rakyat.Tidak seharusnya timbul lagi rungutan rungutan mengatakan Yb sombong. tidur, tidak buat kerja dan sebagainya kerana apabila rakyat membuang undi protes itu tidak akan membawa kebaikkan kepada mana mana pihak pun seperti yang ditunjukkan dalam PRU12 dan perkara ini sebenarnya telah terjadi pada tahun 1969 bilamana rakyat menunjukkan protes melalui pilihanraya 1969.Kita tidak seharusnya terlalu cepat lupa pada sejarah.
Lagi pun meminjamkan kerusi kerusi Dun dan Parlimen kepada pembangkang dalam tempoh yang lama adalah risiko yang sangat tinggi kerana mereka bukan hanya terlalu muda untuk mentadbir sebuah negeri inikan pula nak mentadbir negara kita yang tercinta.
Bangunlah dari tidur wahai ahli ahli dan warga Umno disetiap peringkat, Negeri, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan juga para ahli sekelian.Setiap maklumat haruslah diberikan kepada ahli secara terperinci dan dikemaskini supaya perlaksanaannya menjadi lebih mudah dan berkesan.Ketua bahagian/cawangan seharusnya mengambil inisiatif dan iktibar atas apa yang berlaku dan membantu kepimpinan Umno supaya pisang tidak berbuah dua kali.

Dulu, Kini & Selamanya

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?