Thursday, March 06, 2008

Bantulah Bakal Pemimpin Masa Depan kita

Kanak-kanak jantung berlubang perlu bantuan di Rembau
Adik Nur Aisyah Umairah binti Fazil baru berusia 1 tahun 10 bulan. Beliau menghidapi penyakit jantung berlubang serta “down syndrome”. Bapanya Fazil bin Lahadi hanya bekerja sebagai pembantu kantin di salah sebuah kilang di kawasan industri Taman Tasik Jaya, Senawang. Ibunya adalah merupakan suri rumah sepenuh masa dan perlu memberikan sepenuh perhatian kepada puteri kesayangan mereka.Encik Fazil telah membawa anaknya ke Institut Jantung Negara untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Pada 8 Mei 2008 ini temujanji telah ditetapkan oleh IJN untuk menentukan apakah bentuk rawatan seterusnya. Sekarang ini setiap dua minggu Encik Fazil akan mendapatkan rawatan perubatan untuk anaknya di Hospital Seremban.Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberikan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya untuk mendapatkan perubatan percuma. Tiada bentuk bantuan lain yang diterima setakat ini kerana belum berkesempatan untuk menemui mana-mana pihak. Pihak Jawatankuasa Surau dan Taman setempat sementara itu sedang mengusahakan bantuan segera kepada Encik Fazil sekeluarga.Menurut Encik Fazil , doktor telah menasihatkan beliau supaya memberi susu rumusan khas untuk anaknya iaitu “Progress Gold”. Untuk perbelanjaan susu anaknya sahaja memerlukan belanja RM 300 sebulan. Dengan sewa rumah RM 300 sebulan , perbelanjaan lampin , barangan dapur dan sebagainya menyebabkan Encik Fazil tidak mampu untuk membaiki motosikal lamanya yang telah berbulan-bulan rosak.Majikannya membantu beliau untuk berulang alik ke tempat kerja.Menurut Encik Fazil lagi anaknya Nur Aisyah hanya minum susu dan tidak mahu makan apa-apa, walaupun puas beliau mencubanya. Walaupun usia adik Nur Aisyah hampir mencecah 2 tahun, berat badannya hanya 9 kg dan masih belum pandai berjalan.Encik Fazil serta isteri beliau Hasnah binti Hussin pada ketika ini menyewa di Taman Alamanda dalam DUN Paroi kawasan Parlimen Rembau.Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menziarahi Encik Fazil sekeluarga diNo 89 , Jalan Alamanda 5Taman Alamanda , Senawang70450 SerembanNegeri SembilanTel : 017-6328947Rujukan IJN : No KP 060509050188 Nur Aisyah Umairah binti Fazil

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?