Thursday, March 06, 2008

Adakah PAS terdesak

REMBAU: Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyifatkan Pas kini dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan Kelantan sehingga sanggup meminta ahlinya berkorban nyawa selepas menyedari rakyat negeri itu bersedia melakukan perubahan. Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno dan calon BN bagi kerusi Parlimen Rembau berkata, BN tidak mempedulikan apa juga yang diperkatakan Pas kerana yang jelas kebangkitan rakyat Kelantan yang semakin condong kepada BN. "Saya tak mahu ulas panjang mengenai Pas lagi kerana kita yakin rakyat Kelantan sudah tidak yakin dengan parti itu dan akan memilih BN pada pilihan raya kali ini.
“Sudah ada kebangkitan daripada rakyat Kelantan untuk melakukan perubahan kerana mereka sedar negeri itu ketinggalan dalam banyak aspek sejak Pas memerintah. "Pemimpin parti itu sudah pasti akan menggunakan pelbagai strategi untuk menarik perhatian dan simpati rakyat Kelantan, termasuk meminta ahlinya menggadai nyawa kerana mereka terdesak," katanya, selepas melawat penempatan Orang Asli Pabai Miku, dekat sini semalam. Beliau mengulas kenyataan calon Pas bagi kerusi Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang dilaporkan meminta ahli parti itu sedia untuk berkorban, bukan saja kewangan malah nyawa demi menyelamatkan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN.

Mengenai pendedahan pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas orang kanan Parti Keadilan Rakyat PKR, mengenai keburukan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Khairy berkata, ia wajar kerana Anwar tidak boleh dipercayai. "Saya sudah lama dedahkan mengenai Anwar... sejak dua tiga bulan sebelum ini dan pendedahan terbaru mengenai sikap sebenar pemimpin PKR itu adalah tambahannya. Apa yang kita tahu ialah dia seorang yang tidak boleh dipercayai,” katanya.


Comments: Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?