Tuesday, March 11, 2008

Kenyataan Penasihat Gerakan Kurang Bijak


Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai banyak pengalaman di dalam barisan nasional kenyataan Dato Seri Lim Keng Yaik adalah sangat kurang bijak bilamana menyalahkan Umno didalam keputusan pilihanraya ke12 pada 8March lepas(petikan dari News Straits times 11Mac).Pendekatan yang lebih bijak harus difikirkan bilamana kegagalan adalah didalam Barisan Nasional bukan hanya kegagalan Umno yang mana Parti Gerakan juga menghadapi masalah calon calonnya tewas dengan teruk.Adalah lebih baik pendekatan yang lebih bijak diambil dari hanya menggunakan budaya menyalahkan orang lain, tiada siapa pun pemimpin Umno yang menggunakan keris dalam kehidupan sehari hari ataupun membawa keris berjalan sebagai senjata ataupun berkempen dan ia hanyalah simbolik perjuangan Umno. Dalam senario politik sekarang ini sepatutnya Lim Keng Yaik memikirkan bagaimana pendekatan yang sesuai dan juga peranan Gerakan yang kalah teruk(hanya 2 kerusi parlimen) dalam pilihanraya baru baru ini dari hanya menuding jari kepada Umno dan juga membangkitkan isu isu yang remeh temeh kerana ia jelas tidak akan membawa kebaikan kepada sesiapa pun.

Sebagaimana Parti Gerakan yang kalah teruk Umno juga perlu melakukan perubahan dalam banyak perkara untuk menangani dan meneruskan perjuangan yang masih panjang dan tidak akan hanya menuding jari kepada orang lain bila berlakunya kesilapan.Bersama sama kita akan membangunkan dan mengembalikan semula kegemilangan Barisan Nasional dan saling membantu diantara parti komponen kerana itulah dasar perjuangan Barisan Nasional.

Bangunlah wahai Barisan Nasional

Berita Penuh

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/20080311080353/Article/index_html


Comments:
UMNO sudah lama tidak relevant. Pergi lah ke mana2 perkumpulan anak-anak muda melayu. Tanya siapa yg suka & sokong UMNO? Sukar untuk jumpa anak muda yang bercita-cita untuk masuk ke UMNO dan menjadi sebahagian dari UMNO. UMNO is not happening party to join. Kenapa?? Apa perjuangan UMNO?

1. Majority pemimpin & akar umbi UMNO tidak langsung mesra rakyat. Arrogant memang ayat yang tepat.
2. Terlalu tidak pernah saya duduk2 dengan anli UMNO, bercerita, merancang untuk kebajikan rakyat, untuk kemajuan bangsa. Apa yang mereka ceritakan, siapa yang perlu di lobby, siapa yang kenal rapat Pak Lah, KJ etc dan macamana nak dapat projek itu, ini etc.
3. Pergi sahaja di hotel2 broker sepertiu Vistana hotel KL etc, buka booth kereta, bersepah company profile untuk di jaja ke kononnya kenal bapak menteri itu & ini. Esok telefon, mintak duit upah kerja, projek belum dapat.
4. Duduk sembang-sembang di kedai2 kopi The Mall depat PWTC semasa persidangan UMNO juga seperupa. Bersembang tentang pembahagian projek.
5. Budaya maki-memaki & angkoh, mat rempit, tidak diterima oleh kebanyakan rakyat. - Kelantan masih 50/50 sebelum KJ mamak datang mari KB, konon2nya kempen cukup kelantan, tetapi mencerci cerca kemunduran rakyat kelantan, org kelantan geram di hina di kaca TV, rakyat selekeh. dan terus solid di belakang PAS.
6. Media TV1/2/3 semua terlalu berat sebelah hingga orang meluat tgk TV arus perdana & pergi ke Internet. Kenapa harus mencemuh usaha pembangkang, cukup lah tunjukkan program2 kerajaan.

Pak Lah dan kuncu2 harus berundur jika hendak selamatkan UMNO
 
yang dah kalah jangan lupa panggil jentera²..kumpul..at least bawak pegi makan..ingat jasa dia orang yang pasang bendera dan poster..jangan abaikan! ini tidak..dah kalah ditinggalnya terkontang-kanting bebudak tu semua!

This is a good time to emerge as heroes..true leader rise when fall..they will rise higher than before..to those yang berangan nak jadi ketua bahagian, naib, ketua pemuda etc..this is the good time to show your trueself!
 
UMNO memang dah tak boleh pakai sebab masyarakat melayu sudah ditipu dengan perkataan DEB. Ramai yang tak faham dengan DEB tapi sibuk nak bercakap pasal DEB. Sedarlah wahai Melayu. Bahawasanya tanpa UMNO pun kita boleh hidup. Ramai orang pun dah sedar sebab media elektronik dan cetak milik kerajaan buat cerita tipu. Sooo apalagi pasanglah niat "Sahaja aku keluar barisan demi untuk mata melihat roket pergi bulan"

Hidup keADILan
Hidup PAS
Hidup DAP.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?