Saturday, March 22, 2008
200 ketua Umno bahagian mahu kerja keras
PUTRAJAYA: Kira-kira 200 ketua Umno bahagian dari empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan, semalam memberi jaminan akan bekerja keras bagi mengembalikan keyakinan pengundi, terutama golongan muda terhadap parti. Kumpulan pemimpin Umno itu juga berjanji terus membantu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan semua strategi bagi memulih dan mengukuhkan parti. Jaminan itu disuarakan mereka selepas bertemu Abdullah dan Najib di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini, kira-kira jam 5 petang semalam.
Pada pertemuan tertutup selama kira-kira dua jam itu, mereka turut mendengar amanat Abdullah dan Najib. Turut hadir pada pertemuan itu adalah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Hadir sama, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz; Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan; Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Umno Tanjung Karang yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.
Difahamkan, pada pertemuan itu, beberapa pemimpin Umno turut mengambil peluang menjelaskan laporan bedah siasat dan prestasi kawasan masing-masing membabitkan keputusan pilihan raya umum lalu. Seorang Ketua Umno bahagian yang enggan dikenali berkata, pada pertemuan itu, Abdullah menegaskan pentingnya ketua Umno bahagian dan ahli jawatankuasa masing-masing mengenal pasti rungutan pengundi dalam soal inflasi, jenayah, isu perkauman serta pelbagai tuduhan terhadap kerajaan yang disiarkan di internet dan laman blog. "Presiden Umno juga meminta kami mengenal pasti pendekatan dan idea baru bagi menarik minat golongan muda terutama yang pertama kali mengundi menyertai Umno," katanya yang menghadiri pertemuan itu.