Friday, March 14, 2008

Penduduk DUN Pilah dipastikan tak tercicir

SEREMBAN: “Saya akan pastikan penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah tidak tercicir dengan memastikan mereka mendapat segala manfaat dan faedah daripada projek pembangunan yang akan dilaksanakan,” kata Adunnya, Adnan Abu Hassan.Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno bahagian Kuala Pilah, berjanji akan membangunkan kawasan berkenaan dengan mengambil kira harapan dan pandangan rakyat.“Buat permulaan, saya akan bertemu semua ketua kampung dan menyediakan profil setiap kampung bagi memudahkan saya mengetahui masalah terutama dari aspek kemudahan asas.“Kemudian saya merancang melaksanakan setiap agenda seiring dengan hasrat dan inspirasi kepemimpinan tertinggi negeri iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan,” katanya di sini, semalam.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 Sabtu lalu, Adnan, 39, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Asmaon Basir dengan majoriti 1,258 apabila beliau memperoleh 4,359, manakala Asmoan mengumpul 3,101 undi.
Adnan berkata, beliau berazam untuk menterjemahkan sokongan yang diberikan dengan memberi perkhidmatan terbaik dan membalas kepercayaan yang diberikan itu dengan memastikan nasib semua golongan.Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno negeri, Abdul Samad Ibrahim, 43, yang memenangi kerusi DUN Seri Menanti berkata, beliau terharu dengan sokongan pengundi yang memberi kepercayaan hingga berjaya menambah majoriti undi berbanding 2004.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?