Thursday, March 27, 2008

MB Negeri Sembilan mahu pemilihan UMNO diteruskan

Umno Taman Paroi Jaya juga menyokong 100% supaya pemilihan terus diadakan pada tahun 2008 untuk memberi ruang dan seterusnya melaksanankan sistem demokrasi beperlembagaan di Malaysia disamping memberi peluang kepada mereka yang percaya akan dapat menyumbangkan sesuatu kepada Umno dan negara secara total.

Berita Penuh
26/03/2008 4:37pm
SEREMBAN 26 Mac – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini diteruskan.
Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berpendapat anggota UMNO perlu berfikiran rasional dalam perkara tersebut.
"Ini adalah pandangan peribadi saya. Bagi saya, kita jangan lari daripada masalah... kita kena hadapinya... kita tangguh sampai bila pun, masalahnya akan ada juga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib semalam bahawa badan-badan perhubungan UMNO negeri menyarankan supaya pemilihan parti itu yang dijadual diadakan tahun ini ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan berlaku kekecohan dalam parti.
Pemilihan UMNO yang dijadual tahun lepas ditunda hingga tahun ini ekoran jangkaan pilihan raya umum ke-12. Kali terakhir pemilihan diadakan ialah pada tahun 2004 dan tempoh membenarkan pemilihan ditunda sehingga 18 bulan berakhir pada Jun 2009.
Mohamad berkata, anggota UMNO harus hadapi masalah dan selesaikannya.
“Pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini memberi pengajaran yang amat mahal. Oleh itu, kalau orang UMNO sayangkan UMNO tidak payah kita tangguhkan pemilihan parti ini. Kalau agenda peribadi mengatasi perjuangan, tangguhkan sampai bila pun, ia tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya. - Bernama

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?