Friday, March 21, 2008

Khairy Ikhlas Untuk Umno

Wednesday, March 19 @ 12:36:27

Pengumuman Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkaitan kedudukan yang tidak tersenarai dalam barisan kabinet baru dan hasratnya untuk memberikan tumpuan kepada parlimen Rembau yang baru dimenanginya minggu lalu membuktikan anak muda bergelar menantu Perdana Menteri sememangnya ikhlas berjuang untuk memartabatkan UMNO.
Kalau tidak mana mungkin dia sanggup menolak dan tidak menawarkan dirinya dalam barisan kabinet yang baru dibentuk oleh Perdana Menteri, walaupun sebelum ini namanya disebut-sebut antara muka baru yang akan bergelar jawatan menteri penuh.Pengumunan Khairy semalam yang beliau akan memainkan peranan aktif sebagai ahli parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya di Dewan Rakyat yang kini akan disertai ramai pemimpin pembangkang menjadi perungkai segalanya. Menurutnya sebagai Ahli Parlimen Rembau sudah menjadi tanggungjawabnya untuk berkhidmat sebagai penyokong kerajaan di Dewan Rakyat selain memberi khidmat kepada pengundi di kawasan yang dimenanginya.
Malah beliau juga tidak kecewa kerana tidak dilantik dalam kabinet yang diumumkan Perdana Menteri kerana beliau sejak awal lagi sudah menyatakan tidak mahu menganggotai kabinet selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
"Saya tidak akan menyertai pentadbiran selagi Pak Lah jadi Perdana Menteri.
"Malah saya telah memaklumkannya sekiranya saya terpilih menjadi calon BN untuk kawasan Rembau memandangkan kedudukan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Rembau, saya tidak mahu dilantik menjadi anggota kabinet", katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di sini, semalam.
Mengenai kedudukannya pada pemilihan Pemuda UMNO nanti, beliau menyerahkannya untuk ditentukan perwakilan apabila tiba masanya nanti.
"Jika mereka mahukan khidmat saya, saya akan teruskan", katanya.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?