Wednesday, March 05, 2008
Inilah Perjuangan Untuk Rakyat
Isu sudah diselesaikan ‘tepuk dada tanya selera’
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
SEREMBAN 4 Mac – Banyak yang telah diperkatakan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam mengungkap pelbagai isu dan memberikan jaminan kepada rakyat bahawa pembangunan ini akan terus dipacu untuk kesejahteraan rakyat.
Siri ceramah dan program bersama rakyat diterjemahkan oleh Mohamad dalam konteks berbeza tetapi misi dan motifnya sama iaitu untuk meletakkan rakyat di tahap terbaik sekali gus melihat mereka terus selamat, aman dan makmur.
Namun begitu, rakyat sedar siapa di antara mereka yang cuba menabur fitnah dan mereka yang menabur janji tulen pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 ini dan sebab itulah Mohamad berkeyakinan penuh, BN akan menawan kawasan yang dahulunya dikategorikan zon hitam sekali gus membentuk semula kerajaan.
Berikut adalah antara pelbagai kupasan isu sepanjang program bertemu rakyat pada kempen pilihan raya yang sempat dipetik untuk menangkis serangan pembangkang terhadap BN menjelang hari pembuangan undi pada 8 Mac ini.
* Isu penduduk Lobak
Mohamad berkata: ‘‘Kerajaan telah melaksanakan pemulihan isu yang dibangkitkan oleh pengundi di Lobak iaitu Pasar Besar Seremban dan jirat Cina di Jalan Lee Sam.’’
* Flat Lobak
Mohamad berkata: ‘‘Kerajaan akan mencari satu kawasan penempatan baru untuk memberi kesejahteraan penghuni flat Lobak. Flat ini tidak lagi sesuai untuk didiami. Kerajaan prihatin dan sentiasa menimbangkan untuk kesejahteraan rakyat. Semasa DAP berkuasa di Lobak, mereka tidak buat apa-apa untuk keselesaan penduduk di sini.”
* Kaum India
Mohamad menjelaskan: ‘‘Masyarakat India merupakan ‘simpanan tetap’ pada BN dan tidak ada sebab mengapa pembangkang cuba mengambil simpanan ini untuk dimasukkan ke dalam ‘akaun’ mereka. Masyarakat India merupakan aset kepada negara dan menjadi rakyat yang turut menyumbang kepada pembangunan, malahan mereka merupakan penyokong kuat BN.”
* Serangan isu peribadi
Mohamad berkata: ‘‘Pembangkang tiada isu untuk dibawa. Mereka terdesak dan untuk ‘menyeronokkan’ pengundi, mereka buatlah serangan peribadi. Itulah sahaja yang mereka tahu buat.’’
* Pengundi ‘atas pagar’
Mohamad berkata: ‘‘Saya yakin dan percaya, golongan ‘di atas pagar’ sudah melimpah kepada BN. Mereka yang tidak mahu datang pada tahun 1999 dahulu, sudah pun berada bersama BN. Saya tidak nampak BN akan kalah, sebaliknya BN akan kembali memerintah.”
* Tipu penduduk Sendayan
Mohamad menjelaskan: ‘‘Saya tidak pernah menipu penduduk. Saya berikan mereka pakej untuk dipilih dan hari ini mereka sudah hidup selesa. Pembangkang buat apa sahaja cara supaya pengundi membenci BN. Tetapi pengundi hari ini bijak, mereka tahu bezakan buruk dan baik. BN tetap dihati.”
* Perpecahan kaum
Mohamad menjelaskan: ‘‘Itulah kerja pembangkang. Mereka memainkan sentimen perkauman untuk menyaksikan rakyat berpecah belah. Mereka tidak mahu melihat negara ini aman. Jangan percaya kepada permainan pembangkang yang mahu melihat perpecahan kaum. Kerajaan BN tidak pernah mengenepikan mana-mana kaum. Semuanya dibela dan diberi perhatian serta bantuan.”
* Harga barang naik
Mohamad memberitahu: ‘‘Pembangkang kata barang naik, minyak naik dan kerajaan BN gagal. Tetapi mereka tidak pula cerita, gaji naik dan semua kemudahan yang telah dibaiki oleh kerajaan. Kenapa ini mereka tidak beritahu kepada rakyat. Jadi mereka tidak telus, hanya tahu menghentam kerajaan.”
* Masyarakat Cina di Bahau
Mohamad berkata: ‘‘Kerajaan telah menyelesaikan isu yang dibangkitkan DAP pada tahun 2004. Kerajaan telah membuat keputusan supaya pembangunan yang hendak dilakukan oleh pemaju di Kampung Baru Cina Chu Ward di Bahau, perlu terlebih dahulu menyelesaikan sebarang masalah melibatkan penduduk di situ.
‘‘Manakala isu tanah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chi Wen di Bahau juga telah pun diatasi di mana tanah berkenaan direzabkan oleh Pejabat Tanah Daerah Jempol dan kemudiannya dibahagikan semula kepada sekolah berkenaan untuk ditadbir urus.
* Jalan Bukit Putus di Kuala Pilah
Mohamad berkata: ‘‘Kerajaan telah menyelesaikan laluan berliku dan sempit di Bukit Putus, Kuala Pilah. Dengan terbinanya jalan ini, ia membuka lebih banyak peluang kepada pelabur untuk datang ke timur Negeri Sembilan. Ini bukan lagi isu besar kepada rakyat.’’
Justeru dalam pelbagai isu yang telah diselesaikan ini, Mohamad yang juga Menteri Besar mempunyai mesej ini, ‘‘Jangan kelabu mata. Pastikan dacing jadi pilihan. Jangan pangkah yang lain. Undilah BN kerana inilah satu-satunya parti yang akan terus membela nasib rakyat. Kita akan meneruskan agenda pembangunan yang menyeluruh.”