Thursday, March 06, 2008
Real Road Warrior
SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau sanggup berdepan tindakan saman bernilai RM1.5 bilion berikutan pembatalan perjanjian konsesi penswastaan bekalan air yang sudah dimeterai kerajaan negeri sebelum 2004 untuk mempertahankan kepentingan rakyat. Beliau yang dilantik menerajui kerajaan negeri selepas menang pilihan raya umum empat tahun lalu berkata, perjanjian dibatalkan kerana ia membebankan rakyat dan hanya menguntungkan pemegang konsesi. "Bayangkan, sehari selepas penswastaan, bil air akan naik sehingga 45 peratus... saya tak sanggup lihat rakyat menanggung beban semata-mata untuk keuntungan satu pihak lalu membatalkan perjanjian itu, tetapi kini saya dan kerajaan negeri terpaksa berdepan tindakan saman.
"Saya tak kisah kerana yang penting hak dan nasib rakyat negeri dapat dibela dan dipertahankan," katanya pada majlis peletakan batu asas masjid baru Kampung Gebok di Mantin, dekat sini semalam. Mohamad berkata, beliau juga membekukan lesen balak selepas mengambil alih pentadbiran negeri kecuali bagi memberi laluan projek pembinaan Empangan Triang di Jelebu dan berjanji akan terus memastikan hak serta kepentingan rakyat dipertahankan serta dibela. "Itu janji saya jika rakyat terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini. Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali menggadaikan maruah dan kepentingan rakyat dalam membangunkan negeri, apatah lagi kepentingan diri," katanya. Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan berkata, semua perancangan sejak menerajui negeri pada 2004 adalah dengan niat membantu rakyat dan menjadikan negeri ini setanding negeri lain. "Saya yakin rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan kerana pembangkang tiada isu pada kali ini selepas banyak masalah sudah kita selesaikan," katanya. Menteri Besar berkata, bukan saja kemelut pemilikan tanah peneroka Sendayan yang tertangguh selama 12 tahun berjaya diselesaikan, malah pembinaan jalan Bukit Putus yang membelenggu rakyat selama 40 tahun serta projek pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kuala Pilah. "Jadi, dengan segala isu besar sudah selesai, saya jamin akan pastikan dalam tempoh lima tahun akan datang negeri ini terus dibangunkan lebih menyeluruh dan seimbang. Semua rakyat akan diberi perhatian dan tidak ada yang tercicir," katanya.
Sehubungan itu, Mohamad menasihatkan rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah dan janji manis pembangkang yang hanya datang mendekati masyarakat secara bermusim apabila tiba pilihan raya.