Friday, October 31, 2008

Dato Seri Mohamad Hasan: Keputusan muktamad

SEREMBAN 30 Okt. - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusannya untuk tidak bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan Mac depan adalah muktamad.

Sehubungan itu beliau meminta semua bahagian UMNO supaya berhenti mencalonkan nama beliau ke jawatan itu.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, tumpuannya lebih berkisar kepada usaha bagi memantapkan lagi parti serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri.

Keputusan dari seorang pemimpin yang harus dihormati kerana tegas dengan pendirian dan tidak mengejar pangkat dan jawatan dalam perjuangan untuk rakyat.

Ini seharusnya menjadi pengajaran kepada calon calon yang bertanding terutamnya di N Sembilan tetapi dalam masa yang sama tidak pula bermaksud meghalang calon calon baru dari bertanding untuk memastikan demokrasi terus berjalan didalam Umno

Cuma calon seharusnya sedar bukan hanya kedudukan dan jawatan yang dikejar tetapi juga tanggungjawab dan perlaksanaan bila memikul tanggungjawab atau pun bila memegang jawatan tersebut.

Tahniah buat calon yang berjaya mempertahankan kerusi di Telok Kemang Saudara Najib naib ketua pemuda , juga pertandingan menarik tiga penjuru untuk jawatan Naib Ketua di Kuala Pilah.

Semoga persaingan sihat terus dapat dijalankan dan diamalkan dan juga Bahagian Seremban yang akan bermesyuarat tidak lama lagi.


Tuesday, October 28, 2008

Konsert Jalinan Budi esok

SEREMBAN Jabatan Pelajaran negeri akan menganjurkan Konsert Jalinan Budi di Kompleks Penyiaran RTM Negeri Sembilan pada 29 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Publisiti dan Seranta konsert berkenaan, Afsah Abd. Hamid, berkata, matlamat utama penganjuran konsert berkenaan adalah untuk memupuk semangat bekerjasama, toleransi dan mementingkan kualiti dalam menjayakan persembahan di kalangan pelajar sekolah.

Di samping itu, menurut beliau, konsert itu boleh membantu usaha menerap konsep 'Pendidikan Melalui Muzik' serta menonjolkan bakat dan kreativiti pelajar sekolah terbabit.

''Perasmian konsert akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada pukul 8 malam," ujarnya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.

Kata Afsah, penonton akan dihiburkan dengan persembahan orkestra cak lempong, teromba, silat randai serta pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina dan India.

Selain itu, beliau memberitahu, terdapat juga deklamasi sajak dan puisi, koir serta nyanyian lagu rakyat negeri ini sambil diiringi muzik orkestra.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Semoga konsert ini akan dapat menarik lebih ramai para golongan belia dan remaja terutamanya dan mengambil peluang yang ada untuk dimanfaatkan bersama.

Pendidikan melalui muzik tidak hanya tertumpu pada skop yang kecil tetapi merangkumi pelbagai aspek pendidikan seperti kejuruteraan bunyi, hiasan dalaman, seni muzik dan berbagai lagi yang mana mempunyai skop yang begitu besar yang boleh dimanfaatkan dari segi pendidikan.

Ia seharusnya menarik minat golongan para belia dan remaja dan di masa yang sama penganjur perlu kreatif dalam mempelbagaikan muzik sebagai sumber pendidikan dan pendedahan supaya ia tidak hanya menjadi hiburan semata mata.


Monday, October 27, 2008

Mukhriz declines public debate

ALOR STAR: Datuk Mukhriz Mahathir does not want to be drawn into a public debate with Khairy Jamaluddin and other candidates vying for the Umno Youth chief post.

He said a public debate was not apt for those jostling for positions in a party.

"Contesting for posts in a party is an internal matter. This is like a family contest, therefore it is not necessary to draw external attention.

"Furthermore a public debate will only undermine efforts to strengthen the party especially if the issues brought up are sensationalised by the Opposition,'' he said.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/26/nation/20081026191659&sec=nation
 
Adakah perlu debat ini diteruskan bagi memberi peluang kepada setiap calon calon yang bertanding? Adakah ia akan dapat memberi kebaikkan dalam memperkasakan semula Umno?
 
Sebenarnya debat ini boleh dilakukan pada bila bila masa bukan sahaja debat tetapi juga sesi soal jawab dalam menentukan calon calon yang berwibawa untuk bertanding. Tetapi jika ia menjurus kepada unsur unsur yang tidak menguntungkan parti adalah lebih baik ia diadakan di peringkat parti sahaja.
 
Ini adalah kerana ahli ahli boleh menilai sejauh mana keberanian, idea idea baru, keperibadian, kebijaksanaan dan berbagai lagi dari para calon yang bertanding dari segi perlaksanaan dan perkembangan semasa calon calon. Bukan hanya oleh debat atau pun sesi soal jawab. Ini adalah kerana jika isu isu tersebut boleh dimanipulasi oleh golongan golongan yang tidak bertanggungjawab dalam mencari kesalahan orang lain.
 
Setiap calon mempunyai bakat dan kelebihan masing masing. Sebagaimana yang kita ketahui Dato Mukhriz dengan suara lantangnya berani mengutarakan apa sahaja isu yang difikirkan baik dalam memperkasakan Umno dan orang Melayu, bagaimana kita dibangunkan dari tidur bila beliau meminta Dato Seri Abdullah untuk meletak jawatan dan ini membuktikan beliau amat yakin dan percaya apa yang dilakukannya.
 
Saudara Khairy juga tidak kurang hebatnya selaku orang nombor dua didalam barisan kepimpinan Pemuda Umno dan juga kelantangan beliau dalam menilai isu dan menyuarakan segala idea idea yang difikirkan bernas dan bermanfaat kepada Umno dan juga orang Melayu. Juga dia dengan berani  memimpin pemuda menghantar memorandum bantahan kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat Con Rice.
 
Tidak dilupakan juga Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mana telah terbukti kebijaksanaan beliau dalam memimpin kerajaan Negeri Selangor dan juga kewibawaan beliau bila mengutarakan isu isu walaupun bertentangan dengan arus bilamana beliau merasakan yang tindakannya adalah dilandasan yang benar dan tepat. Ketokohan beliau dalam memimpin juga tidak boleh dipandang remeh atau diperkecilkan.
 
Terpulang kepada para perwakilan untuk memilih calon yang benar benar berkaliber dalam memimpin Pemuda Umno kearah landasan yang tepat untuk memperkasakan semula Umno dan memperjuangkan prinsip prinsip dan misi Umno. Kita tidak seharusnya leka dengan cerita cerita dongengan yang dimainkan oleh pihak pihak tertentu dalam menilai seseorang calon kerana tepuk dada tanyalah selera yang mana satu menjadi pilihan.
 

Saturday, October 25, 2008

Dato Ishak dikenakan 26 pertuduhan

Ishak sifatkan 26 tuduhan tidak berasas
SEREMBAN 24 Okt. - Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail, mendakwa 26 tuduhan terhadapnya sebagai tidak berasas.
Beliau yang juga Ketua UMNO Cawangan Kampung Pantai, berkata, tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan dirinya dengan setiap tuduhan tersebut.
''Semua tuduhan yang dibuat terhadap saya tidak berasas. Sebenarnya, ada pihak lain yang cuba mengenakan saya dalam perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Ishak berkata, beliau telah membawa 73 saksi berhubung dengan kesnya itu pada 16 Oktober lalu.
''Saya berharap Lembaga Disiplin UMNO membuat siasatan lebih lanjut berhubung kes saya ini," ujar beliau.
Lembaga Disiplin UMNO semalam memberi amaran kepada Ishak setelah disabit kesalahan melanggar disiplin parti.
Tindakan itu diambil mengikut Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO yang dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO kerana melakukan sabotaj terhadap parti semasa pilihan raya umum lalu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

Seperti yang kita maklum Dato Ishak Ismail telah dikenakan 26 pertuduhan oleh lembaga disiplin Umno baru baru ini. Sekiranya benar dakwaan bersalah ini amatlah memalukan Umno kerana dia bukan sahaja seorang yang berpengalaman tetapi juga seorang yang dihormati terutamanya di Bahagian Seremban.

Perbuatan melakukan sabotaj adalah tidak boleh diterima sama sekali kerana ia amat bertentangan dengan tataetika ahli Umno.Kita tidak seharusnya menghukum beliau sehingga beliau didapati bersalah oleh lembaga disiplin selepas siasatan lanjut kerana ini tidak adil sama sekali jika dakwaan ada pihak yang cuba menganiayi beliau seperti yang didakwa oleh Dato Ishak walaupun lembaga disiplin telah memutuskan bahawa beliau memang bersalah.

Sudah pasti isu ini mendapat perhatian dibahagian Seremban kerana Dato Ishak sebelum ini mendakwa akan melaporkan apa sahaja salah laku pemimpin termasuk dakwaan untuk membuat laporan terhadap Menteri Besar N Sembilan Dato Seri Mohd Hasan pada bulan April tetapi seperti yang diketahui tidak ada laporan yang dibuat atau pun siasatan yang dijalankan. Adakah benar laporan dibuat ataupun hanya gimik politik .Kerana pada pandangan kami rakyat dan ahli Umno berhak mengetahui kebenaran.

Amatlah memalukan jika Dato Ishak benar benar didapati bersalah kerana ini merupakan contoh perangai bermuka muka yang seharusnya tidak ada oleh setiap ahli Umno kerana menuduh orang lain tetapi diri sendiri yang melakukan perbuatan yang lebih memalukan parti dan bangsa Melayu dengan mensabotaj Umno pada pilihanraya 12 yang lalu.

Semoga pemilihan kali ini ahli ahli bertindak bijak dalam memilih pucuk pimpinan yang bakal memimpin dan mengembalikan kegemilangan Umno dan orang Melayu. Kita menyeru semua ahli Umno supaya tidak ada lagi unsur unsur sabotaj atau pun gunting dapat lipatan di dalam Umno dalam menjamin kesejahteraan Umno dan orang orang Melayu. Kita perlukan pemimpin yang benar benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan bukan politik memburukkan orang lain, salah laku politik, politik wang dan sebagainya.

Pemuda Taman Paroi Jaya.

Monday, October 20, 2008

Anjakan Paradigma Pemuda di Bahagian Seremban


Pendekatan dan perubahan yang mahu digerakkan dan dilihat di Pemuda Bahagian Seremban

1-Ekonomi
 
Menerapkan kepentingan ekonomi kepada para ahli Umno terutamanya golongan belia dan pemuda.Bekerjasama dengan kementerian sedia ada seperti Kementerian Pembangunan Usahawan, Jabatan Pertanian, Unit Pembangunan Ekonomi Negeri, Kementerian Pelancongan dan badan badan yang berkenaan dalam meningkatkan kesedaran dan membuka peluang peluang baru terutamanya golongan belia dan melakukan perubahan dalam perlaksanaan sesuatu aktiviti. Menjana ekonomi Pemuda Umno dari peluang peluang yang tersedia dari bidang pertanian, pelancongan dan sebagainya, membantu dari segi khidmat nasihat(agensi agensi berkaitan) dan modal permulaan(Skim kredit mikro, Bank Pertanian. Mara dll) disamping memantau perkembangan dan kemajuan sesuatu aktiviti dijalankan.
 
2-Sosial
Meningkatkan kesedaran tentang sosio budaya antara kaum disamping mengukuhkan perpaduan antara kaum. Menggunakan segala kemudahan yang ada dan kepelbagaian adat budaya sebagai satu produk pelancongan seperti nyanyian, tarian, adat resam dan sebagainya disamping merapatkan perhubungan antara kaum juga boleh dijadikan sebagai sumber ekonomi kepada N Sembilan. Menitikberatkan tentang kepentingan perpaduan kaum dan menggalakkan suasana dan perhubungan yang harmoni antara kaum terutama di bahagian Seremban melalui kempen kempen dan aktiviti sosial yang melibatkan semua kaum.
 
3-Pendidikan
Menerapkan kepentingan tentang ilmu dan pendidikan terutamanya dalam bidang penyelidikan, sains dan teknologi. Memanfaatkan segala kemudahan yang ada seperti telekomunikasi, penyelidikan, hiburan dan sebagainya. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan institusi pendidikan dan ilmu untuk semua golongan terutamanya pemuda dan belia samada diluar bandar atau pun di bandar. Memanfaatkan segala sumber seperti pemuda cawangan dalam mencapai golongan sasaran. Menyampaikan peluang peluang yang ada kepada golongan pemuda dan belia dalam melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang dan meningkatkan jati diri.

4-Politik

Mengutamakan pendekatan politik yang bersih dan telus disamping menyuarakan secara langsung suara suara dari para ahli supaya sampai ke golongan sasaran dan bukan hanya menerima cadangan dan saranan.Menggalakkan para ahli berdiskusi dan berinteraksi secara langsung dalam sebarang permasalahan dan mencari alternatif dan penyelesaian dalam sebarang permasalahan. Keterbukaan dalam segala aspek yang berkaitan dalam mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno disamping pengukuhan Umno terutamanya diperingkat akar umbi. Menerima segala cadangan dan idea yang bernas tidak kira peringkat dan bukan hanya menurut arahan.

 Antara agenda perubahan yang mahu dilihat oleh Pemuda Taman Paroi Jaya

 


Dato Seri Mohd Hasan-Jangan salahkan Umno tanpa mengakui kelemahan parti sendiri

REMBAU: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan membidas segelintir pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang sengaja mengeluarkan kenyataan dan kritikan melulu terhadap Umno tanpa memperakui kelemahan parti sendiri.

Beliau yang mendapat pencalonan jawatan Naib Presiden Umno berkata, pemimpin terbabit tidak boleh menyalahkan Umno sebagai punca kekalahan dalam pilihan raya Mac lalu kerana sebenarnya Umno masih memenangi sebahagian besar kerusi berbanding parti MCA, MIC dan komponen lain.

Menurutnya, mereka dari kalangan bukan orang Umno tidak harus mempertikaikan kredibiliti Umno berikutan kekalahan pada pilihan raya lalu sebaliknya mereka perlu mengakui kelemahan diri sendiri kerana Umno sebenarnya masih kuat berbanding parti komponen lain.

"Orang bukan Umno duduk diam-diam la... jaga parti sendiri, jangan menuding jari kepada orang lain disebabkan kekalahan pada pilihan raya.
 
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081020091717/Article/index_html
 
Komen dan peringatan dari Dato Seri Mohd Hasan kepada parti parti komponen Barisan Nasional dan juga untuk Umno sendiri supaya tidak menjadikan budaya mencari salah orang lain sebagai suatu kebiasaan.
 
Seharusnya dalam keadaan yang mencabar parti parti komponen seharusnya bersatu dan bukan saling menyalahkan untuk membuktikan semangat setiakawan yang telah lama dijalinkan. Jika dilihat dari sudut pencapaian Umno masih jauh dihadapan dari segi prestasi berbanding parti komponen lain, adakah mereka tidak melakukan yang sepatutnya yang dilakukan atau benar benar memperjuangkan nasib rakyat sehingga ditolak pada PRU12.
 
Budaya menyalahkan orang lain ini hanya bertahan untuk sementara waktu tetapi rakyat bukan tidak dapat menilai dengan sendiri dan mereka pasti akan mengetahui dan dapat menilai dengan kebijaksanaan mereka.
 
Perbaiki segala kelemahan dalaman samada UMNO, MCA, MIC dan parti komponen lain dari menuding jari menyalahkan orang lain. Kerana setiap komponen mempunyai fungsi atau pun peranan masing masing dan jika hanya menyalahkan orang lain tanpa usaha yang sungguh sungguh ia menunjukkan yang parti komponen itu hanyalah pekongsi lelap yang tidak berfungsi dengan yang sewajarnya.
 
 

Mesyuarat Umno Pemuda/Puteri/Wanita dan Bahagian Seremban 2008

Mesyuarat Pemuda /Puteri serta Wanita Umno Bahagian Seremban akan berlangsung pada 8hb November 2008 manakala Mesyuarat Umno Bahagian Seremban pula pada 9hb Nov. Selamat bersidang pada semua perwakilan. Mengundilah dengan bijak dan ikhlas

SHAHRUL EKHSAN
Ketua Umno Cawangan Taman Paroi Jaya


Sunday, October 19, 2008

Berakhir hegemoni AS

Berakhir hegemoni AS

SEPANJANG Oktober ini dunia melihat campur tangan paling besar oleh kerajaan negara-negara kuasa ekonomi dunia dalam sistem kewangan dan perbankan mereka. Pelbagai pakej menyelamatkan dapat disaksikan sama ada yang berasaskan kepada polisi kewangan atau ketegasan politik yang mana ia dilihat oleh banyak pihak sebagai berakhirnya era liberalisasi dan kapitalis yang diperjuangkan oleh barat selama ini.

Krisis ekonomi yang bermula dengan sub prima di Amerika Syarikat (AS) pada hujung tahun lalu berterusan menghantui sistem kewangan barat hingga menyebabkan institusi kewangan mereka runtuh satu persatu. Bayangkan hampir semua institusi kewangan terkemuka yang menjadi nadi kepada sistem ekonomi dan kewangan barat terpaksa diselamatkan oleh kerajaan masing-masing - satu dasar yang sama sekali bertentangan dengan liberalisasi kewangan dan sistem kapitalis.

Di AS, syarikat Lehman Brothers yang berusia 160 tahun, kumpulan perbankan City Group, Merryl Lynchm, Morgan Stanly dan beberapa lagi semuanya menuju kemuflisan jika tidak diselamatkan. Di Eropah gergasi kewangan seperti Standard Chartered, HSBC, Barclays dan Royal Bank of Scotland (RBS) semuanya 'lemas' dan perlu diselamatkan. Kini pelbagai pihak terutama negara-negara membangun dan dunia ketiga tertanya- tanya apa jadi dengan sistem yang dulu menjadi kemegahan barat. Ketika krisis ekonomi Asia kuasa-kuasa besar yang diterajui AS ini menentang sebarang campur tangan kerajaan dalam sistem kewangan masing-masing kononnya atas nama liberalisasi dan pasaran bebas.

Pada hal krisis ekonomi Asia pada 1997-98 bukan berpunca daripada masalah dalaman, tetapi akibat penyangak mata wang yang memanipulasi sistem pasaran bebas dan liberalisasi itu untuk mengaut keuntungan. Usaha 'menyelamat' yang dilakukan oleh negara-negara lemah tersebut demi menjaga kepentingan nasional supaya tidak terlepas ke pihak luar dianggap sebagai menolong kroni. Malah kebanyakan negara Asia terutama Indonesia, Thailand dan Korea Selatan dipaksa mendapatkan bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) hingga menyebabkan separuh daripada kepentingan nasional tergadai kepada pihak luar.

Tentu kita ingat bagaimana Pengerusi IMF ketika itu, Micheal Camdesus dengan lagaknya berpeluk tubuh menyaksikan Presiden Suharto menandatangani perjanjian untuk mendapatkan pinjaman. Hasil daripada bantuan IMF itu banyak saham syarikat besar milik negara itu terlepas ke tangan pihak asing.

Kepentingan

Dalam kes Korea Selatan, kepentingan syarikat gergasinya Daewoo juga terpaksa dijual kepada pihak luar. Malaysia juga dikritik hebat kerana bertindak menyelamatkan syarikat-syarikat utama terutama sektor perbankan hingga dituduh sebagai membantu kroni. Tuduhan yang turut disokong oleh pemimpin politik pembangkang. Tetapi lihat hari ini. Apa sudah jadi dengan liberalisasi, deregulasi dan pasaran bebas yang menjadi kebanggaan AS dan sekutunya kira-kira 11 tahun dahulu? Semuanya rebah dan tersungkur ekoran terlalu percaya dengan liberalisasi dan deregulasi hingga boleh dikatakan tidak ada peraturan yang mengawal aktiviti kewangan mereka.

Kini kerajaan AS, Perancis, Jerman dan beberapa yang lain merupakan pemilik utama bank-bank terkemuka dunia. Malah ia juga menandakan berakhirnya penguasaan atau hegemoni ekonomi AS dan krisis kali ini dikatakan bakal mewujudkan satu sistem pasaran kewangan baru. Ia dikatakan akan menyaksikan peralihan kuasa ekonomi daripada AS dan sekutunya kepada negara- negara seperti China, India, Brazil dan Russia. Kekuatan ekonomi negara-negara ini menjadi pengimbang kepada krisis sekarang yang mampu mengelakkan ekonomi dunia menuju petaka lebih besar.

Keempat-empat negara itu yang semakin aktif dalam pengeluaran, tenaga dan teknologi tertentu merupakan penampan kepada krisis yang sedang berlaku sekarang. Bayangkan simpanan China yang bernilai AS$1.9 trilion, simpanan petroleum Asia Barat AS$1.3 trilion dan Russia AS$500 bilion. Kemudian ditambah pula dengan simpanan yang ada di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura yang melebihi AS$5 trilion sudah tentu boleh digunakan untuk mengambil alih kuasa ekonomi dunia. Negara-negara ini akan menjadi pusat sistem kewangan dunia melalui keupayaan untuk mengambil alih bank dan institusi kewangan ketika pasaran kewangan AS dan Eropah merudum.

Bagi AS dan negara-negara Eropah, krisis yang berterusan menyebabkan kerajaan mereka tidak mempunyai pilihan. Mereka terpaksa campur tangan dan menyelamatkan bank-bank yang sedang tenat. Seluruh dunia dapat melihat perubahan bagaimana kuasa politik campur tangan dengan urusan perniagaan di Washington, London, Paris dan Berlin.

Bank-bank di negara terbabit juga tidak mempunyai pilihan. Ketua-ketua mereka dipanggil diberitahu bahawa kerajaan akan menyuntik kecairan sama ada mereka suka atau tidak atas dasar nasionalisme.

Setiausaha Kewangan AS, Hank Paulson pada 13 Oktober lalu berkata, itu bukan apa yang hendak mereka lakukan tetapi mereka tidak mempunyai pilihan. Katanya, kerajaan terpaksa membeli saham bank-bank terbabit kerana alternatif lain langsung tidak boleh diterima. Ini merupakan pengakuan jujur bahawa pasaran bebas kini berkubur bersama leburnya sistem perbankan terhebat dunia di AS hingga usaha menyelamatkannya dianggap sebagai tugas nasional. Di United Kingdom, tugas nasional itu ialah menyelamatkan bank kedua terbesarnya RBS dan bank keenam terbesar HBOS yang kini sudah di bawah kawalan kerajaan. Kerajaan negara itu yang sebelum ini mengkritik langkah menyelamat yang dilakukan Malaysia 11 tahun dulu kini menguasai 60 peratus saham RBS.

Malah bank kelima terbesar di UK, Lloyds juga kini sedang dijadikan milik kerajaan begitu juga dengan bank-bank kecil lain. Sebelum ini, Northern Rock dan Bradford & Bingley 100 peratus dijadikan milik negara. Ia bukti jelas yang menunjukkan negara-negara kuasa besar ini sekadar cakap tidak serupa bikin. Mereka akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan syarikat-syarikat mereka, iaitu tindakan yang akan dilakukan oleh mana-mana kerajaan pun dalam dunia ini. Pengerusi Federal Reserve AS, Ben Bernan berkata, untuk menangani krisis itu kerajaan AS tidak akan berundur sama sekali.

Matlamat

Katanya, mereka akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat itu. Setakat ini AS telah mengepam AS$700 bilion untuk menyelamatkan pasaran kewangannya. Secara keseluruhannya negara itu telah menyuntik AS$1 trilion dengan terma yang digunakan ialah menyuntik kecairan bukannya menyelamat. Setakat ini tidak ada siapa dapat meramalkan berapa banyak bank akan dijadikan milik kerajaan atau milik negara - satu pendekatan yang ditentang keras oleh pasaran bebas yang diterajui AS tidak lama dulu.

Di AS setakat ini semua nama besar sudah menjadi milik negara iaitu Bank of America, CitiGroup, Wells Fargo, JP Morgan Chase, Goldman Sacks, Morgan Stanley, Merrill Lynch, Bank of New York Mellon dan State Street. Sehingga kini krisis itu belum menampakkan tanda- tanda akan pulih. Kerajaan AS dan Eropah terus memerhati dengan teliti kedudukan sistem kewangan mereka yang semakin rapuh dan tidak lagi mampu bertahan dengan asakan yang berpunca daripada liberalisasi dan deregulasi yang diperjuangkan sebelum ini.

Kini negara-negara terbabit terpaksa menelan kembali segala kritikan mereka terutama terhadap Malaysia yang menggunakan pendekatan konservatif untuk mengatasi krisis kewangan 1997-98. Ketika itu kerajaan Malaysia juga 'menyuntik kecairan' bukannya menyelamat syarikat-syarikat kewangannya. Sama seperti yang dilakukan oleh AS dan UK sekarang. Ketika itu juga kerajaan Malaysia menambat nilai ringgit pada RM3.80 berbanding dolar AS untuk mengelakkan ia daripada terus merudum diheret liberalisasi dan pasaran bebas. Semua itu dilakukan bukan untuk kepentingan kerajaan atau pemimpinnya. Tetapi atas kepentingan nasional dan rakyat. Alasan yang digunakan oleh AS pada 13 Oktober lalu untuk menjustifikasikan pengambilalihan sembilan bank utamanya oleh kerajaan.

Nampaknya, tidak ada apa yang salah dengan tindakan yang diambil oleh Malaysia 11 tahun lalu. Yang pasti krisis yang melanda itu menyaksikan berakhirnya hegemoni AS ke atas sistem kewangan global. Malah tidak mustahil ia bakal menyaksikan peralihan paksi ekonomi dari barat ke timur.

Apa pula kata KC Taman Paroi Jaya

Assalamualaikum....sekadar renungan bersama. idea yang pernah diutarakan pemimpin-pemimpin negara@UMNO/BN dahulu bagi melaksanakan pendekatan menyandarkan emas dan bukan kepada kertas semata@US dollar adalah dilihat antara jalan utama penyelesai masalah ekonomi dunia...

Berpijak dibumi nyata bukannya bersandar pada system ekonomi yahudi yang telah lama diterima pakai serta amalan kebanyakan negara2 di dunia. Sekadar renungan menunjukkan pemimpin yang diterajui orang Melayu@UMNO taklah sebodoh yang dimomok oleh mereka-mereka yang hanya bijak menyalahkankan orang serta menghuru harakan sesama rakyat demi kepentingan diri dan sesuatu kaum semata khususnya dalam konteks kenegaraan rakyat berbilang bangsa.

97' kita dikata ortodok serta dituduh dengan bobroknya kononnya menyelamatkan kroni semata tapi ALLAH TERLALU MAHA KAYA....08' dunia menyaksikan tindakan barisan kepimpinan Negara@BN ketika itu adalah terbaik dan sebagai buktinya bagi mengisi kekosongan minda serta merubat jiwa manusia khusus kepada mereka yang hanya bijak bercakap semata serta pembangkang yang dahulunya turut serta mencerca tindakan menyelamat syarikat2 yang ada kepentingan negara....bacalah serta ikutilah segala TINDAKAN YANG DIAMBIL oleh sebuah negara yang kononnya cukup maju dan sempurna di dunia .

Pada rakan-rakan seperjuangan dan juga warganegara yang tercinta.....jadilah rakyat/pemimpin yang berilmu di dada dan bila berhujuah biarlah berfakta tentang apa yang dikata dan bukan hanya mengikut hati dan nafsu semata. Salam perjuangan pada semua semuga ALLAH akan memberkati negara kita dari segala bencana demi kesejahteraan rakyat yang berbilang bangsa yang selama ini hidup aman makmur bersama. Jadilah rakyat negara Malaysia yang ada jatidiri serta sayangkan negara lebih dari segalanya demi dalam proses memartabatkan Agama bangsa dan negara yang unik ini......Salam.
Shahrul Ekhsan Hj Osman@umnoparoijaya@gmail.com


Friday, October 17, 2008

Anggota Kabinet diselar mula jauhi Pak Lah

KUALA LUMPUR Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom menyelar segelintir anggota Kabinet yang didakwa mula menjauhkan diri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan pengumuman tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Johari berkata, beliau pernah melalui pengalaman yang sama ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara pada Oktober 2003.
"Saya telah melalui semua ini ketika Dr Mahathir bersara dahulu.

"Saya adalah bekas setiausaha politik beliau dan saya lihat ini berlaku. Dan segala yang dilalui Dr Mahathir itu, Pak Lah akan lalui juga," katanya pada penutup Program Semangat Kemerdekaan anjuran Biro Tata Negara di Akademi Kenegaraan di sini, hari ini.

Johari berkata, sepatutnya semua pihak, terutama ahli-ahli Kabinet wajar terus menghormati Abdullah walaupun beliau telah mengumumkan tempoh persaraannya kerana beliau tetap Perdana Menteri sehingga hari terakhir.

"Tetapi saya lihat kini ada pihak yang mula melarikan diri dari Pak Lah pada saat-saat akhir khidmat beliau," tambahnya.
seterusnya

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/16/mstar_berita/20081016110050&sec=mstar_berita

Amat memalukan jika yang didakwa Datuk JOhari benar benar berlaku dan ini seharusnya menjadi peringatan kepada Ds Najib dalam kabinetnya nanti. Seharusnya dia mendedahkan siapakah gerangan mereka yang terlibat supaya rakyat dan ahli ahli Umno terutamanya dapat melihat sejauh mana hebatnya lakonan mereka.

Golongan golongan ini amat berbahaya kerana hanya bermuka muka dan tidak ikhlas dalam memberikan sokongan dan pandangan. Sedangkan jelas peralihan kuasa belum lagi berjalan tetapi nampaknya mereka dengan pantas telah berjalan dahulu. Mungkin juga usaha proaktif mereka dalam membantu DS Najib dimulakan begitu pantas sekali.

Seharusnya mereka sedar yang perjuangan adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi dan sebagai seorang Perdana Menteri mereka tidak seharusnya menjauhkan diri dari Tun dahulu mahupun Pak Lah sekarang. Mereka seharusnya menghormati juga individu yang pernah menyandang jawatan tersebut secara terhormat dan bukan hanya menghormati jawatan tersebut.

Yang menjadi persolannya adakah bila timbul sesuatu permasalahan adakah mereka benar benar ikhlas dalam menyatakan sokongan atau pun memberi pandangan sekadar melepaskan batuk ditangga. Adakah mereka berani menegur, memperbaiki atau pun memberi cadangan kepada Pak Lah di dalam setiap perbincangan.Tidak kira siapapun yang mereka sokong tetapi perlakuan seperti ini adalah sangat memalukan dan seharusnya menjadi pengajaran kepada Ds Najib.

Apa pula kata Ketua Cawangan Umno Taman Paroi Jaya

Begitulah taraf kematangan politik segelintir manusia bukannya yang hanya berani dibelakang ketua yang sedia ada tapi jatidiri langsung tiada serta niat mengutamakan memperjuangkan nasib serta halatuju anak bangsa jauh panggang dari bara. Kepada generasi muda....kita corak dan ubahlah minda sedemikian rupa supaya kehidupan yang mendatang akan lebih bermakna serta menguntungkan rakyat Malaysia seluruhnya.

Ingatlah....segala yang berlaku disekeliling kita ada kena mengena dengan tindakan harian kita....tanyakan diri anda semua...apakah tindakan serta sumbangan dalam proses memajukan serta memakmurkan negara? Pemimpin yang benar kita sokong, yang salah kita sanggah. Pak lah dan Tun serta pemimpin yang terdahulu ada jasa serta pengorbanan mengikut sumbangan dan acuan mereka dalam membangunkan Negara ...janganlah kita jadi kaduk yang naik junjung pula.
Pemimpin harus dihormati dan bukanlah ditakuti....pada mereka yang spesies ini...sempena proses pemilihan ini, kita ketepikan mereka2 yang biadap dan bersikap begini. Hak dan masa telah diberi pada tangan ahli...gunakanlah sebaik mungkin dalam kita memilih pemimpin terkini.

Jika ada keraguan yang tiada penyudah khususnya kepada para perwakilan yang bakal mengundi...solatlah istiqarah jika masih tiada arah bagi memohon petunjuk dalam melaksanakan proses memilih pemimpin yang bakal menerajui kepimpinan. Janganlah jadikan RM, fitnah serta adu domba sebagai amalan, nescaya perkara seperti dilaporkan Dt Johari Baharom pasti akan tidak kedengaran lagi dimasa mendatang...ALLAHualam.

Shahrul Ekhsan Hj Osman@umnoparoijaya@gmail.com

Thursday, October 16, 2008

Lian Hoe Gerakan dicabar letak jawatan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz menggesa Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang menimbulkan kontroversi apabila mendakwa orang Melayu sebagai pendatang, meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Penerangan. Beliau berkata, sebagai pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), Lian Hoe tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan asal usul orang Melayu. "Saya cabar beliau letak jawatan," katanya dengan nada lantang ketika perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat, hari ini.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20081016173100/Article/index_html

Ini seharusnya tidak berlaku dalam parti komponen yang seharusnya sudah matang berpolitik. Disamping tidak sensitif dan kini Gerakan dilihat cuba mempertahankan kenyataan yang menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap isu isu yang sepatutnya tidak disentuh.

Bagaimanakah reaksi mereka bila kenyataan Dato Ahmad Ismail dikatakan berbaur perkauman dan menuntut Umno menghukum Dato Ahmad diatas kenyataannya. Adakah Gerakan benar benar ikhlas ataupun berani mengambil tindakan yang sama terdahap Lian Hoe ataupun mereka hanya menjaga kepentingan sendiri.

Jika mereka benar benar ikhlas dalam perjuangan di dalam Barisan Nasional tindakan yang sama seharusnya diambil supaya menjadi pengajaran dan tidak memandang remeh isu isu berkaitan kaum lain di Malaysia ini. Seharusnya mereka akur dengan perlembagaan dan sejarah Malaysia dan tidak cuba memanipulasi fakta dengan maklumat yang boleh mengelirukan orang ramai. Keharmonian harus diamalkan oleh setiap parti komponen dan bukan hanya mengharapkan orang lain menjaga sensitiviti tetapi Gerakan sendiri tidak sensitif dan peka.

Tuesday, October 14, 2008

Petrol prices reduced

KUALA LUMPUR: Petrol prices will be reduced by a further 10sen to 20sen from Wednesday.

RON 97 petrol is reduced by 15sen to RM2.30; RON 92 petrol is reduced by 10sen to RM2.20; and diesel is reduced by 20sen to RM2.20.

A post on the Prime Minister's Office website (wwww.pmo.gov.my) said the decision was made following the marked drop in the global oil price of late.

Berita baik kepada pengguna dengan penurunan berterusan harga minyak di Malaysia. Mungkin kita akan dapat menikmati harga lama petrol dan diesel tidak lama lagi.

Diharapkan dengan penurunan ini akan dapat meringankan beban kepada pengguna tetapi diharapkan juga harga barangan lain yang secara langsung menerima kesan semasa krisis kenaikkan harga minyak dapat juga diturunkan supaya benar benar memberi faedah dan meringankan beban pengguna

 

 


Keunikan tarian randai

SEREMBAN 12 Okt. - Tarian randai dikatakan mendapat nama daripada perkataan Minangkabau 'merandai' yang bermaksud melingkari satu kawasan lapang untuk mencari barang yang hilang.

Keunikan tarian randai dapat dilihat pada gerakan tangkas dan lincah yang berteraskan kepada seni silat Minangkabau.

Menurut seorang penggiat seni tarian randai, Mawlid Zaenie, 37, warisan kesenian masyarakat Minangkabau ini kebiasaannya dipersembahkan sebagai selingan sewaktu pertukaran babak dalam teater randai.

Beliau yang juga merupakan seorang tenaga pengajar persembahan budaya bersama kumpulan Rang Budayo Negeri Sembilan berkata, gaya persembahan tarian disesuaikan dengan babak-babak dalam teater randai.

''Lirik gurindam yang didendangkan sewaktu mengiringi persembahan tarian randai juga merupakan ringkasan atau sinopsis kepada babak teater yang dilakonkan," ujarnya.

Mawlid berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan persembahan tarian randai di pusat beli-belah Jaya Jusco Seremban 2 dekat sini baru-baru ini.

Tambah beliau, antara gurindam yang sering menjadi pilihan adalah Sumarantang Tinggi, Cantik Manis dan Bongai.

Jelas Mawlid, pada asalnya dialek Minangkabau digunakan dalam gurindam tarian yang berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia.

Mawlid memberitahu, tarian randai juga sesuai dipersembahkan bagi memeriahkan majlis perkahwinan, majlis keramaian serta acara-acara rasmi kerajaan.

Menurut beliau, peralatan muzik tradisional caklempong seperti 'bonang', 'gereteh' dan 'tingkah' menjadi pilihan bagi mengiringi persembahan tarian randai.

''Peralatan muzik lain yang digunakan termasuk jidor (gendang besar), aduak (gendang kecil), bangsi (serunai buluh), saluang (seruling buluh), pupuik (serunai buluh kecil) dan tamborin," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan negeri dapat memainkan peranan secara proaktif bagi memartabatkan tarian randai agar ia terus hidup dan berkembang seperti cabang-cabang seni persembahan yang lain.

Beliau menjelaskan, keunikan tarian randai boleh diketengahkan sebagai satu produk kebudayaan serta pelancongan untuk menarik kedatangan pengunjung dari dalam dan luar negara.

''Seperti yang kita lihat pada hari ini, negeri Johor berjaya menonjolkan tarian zapin sebagai salah satu identiti budayanya.

''Justeru saya percaya Negeri Sembilan juga boleh mengambil langkah yang serupa dengan mempopularkan tarian randai," katanya.

Bagi memastikan kesinambungan tarian randai terus terpelihara sehingga generasi akan datang, ujar Mawlid, kumpulan Rang Budayo Negeri Sembilan sentiasa berbesar hati memberi tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Beliau menambah, seseorang yang mahir dalam seni silat Minangkabau akan lebih mudah mempelajari tarian randai kerana kedua-duanya berkait rapat.

''Bagi yang tidak mahir pula, kami bersedia mengajarnya. Yang penting mesti ada kesungguhan dan semangat yang kuat untuk menyuburkan seni tarian randai," jelasnya yang telah empat tahun bergiat dalam bidang ini.

Sehubungan itu, kata Mawlid, pihak yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 017-3501711 atau 016-6991717 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut tentang tarian randai.

Satu lagi ciri kebudayaan di N Sembilan yang boleh dikembangkan sebagai produk pelancongan jika diberi suntikan dan idea yang baru.

 

Bukan sahaja boleh menarik pelancong dari dalam negeri tetapi juga luar negeri untuk menghayati keunikan tarian randai yang penuh mesej dan informasi dalam memahami adat dan budaya di N Sembilan.

 

Diharapkan kerjasama kementerian pelancongan dan kerajaan negeri dapat meningkatkan taraf tarian randai disamping menjadi daya tarikan dan produk pelancongan ke N Sembilan


Saturday, October 11, 2008

Shahrul Ekhsan di Bahagian Seremban

Pemuda dinasihat buat pilihan tepat
SEREMBAN 10 Okt. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Datuk Ir. Jamlus Aziz mahu bakal pemimpin Pemuda yang terpilih di peringkat bahagian supaya melaksanakan agenda rakyat selain berusaha meraih semula sokongan akar umbi terhadap UMNO.
Beliau berkata, langkah itu penting kerana ia mencerminkan kewibawaan UMNO sebagai sebuah parti pembela rakyat di negara ini.

Menurut beliau, pemilihan juga harus mencerminkan kebijaksanaan serta kematangan ahli parti dalam membuat keputusan dan bukannya berlandaskan emosi atau tekanan mana-mana pihak.
''Saya melihat pertandingan dalam parti di peringkat Pemuda adalah sesuatu yang sihat namun apa yang lebih penting ialah bagaimana seorang pemimpin yang dipilih nanti mampu menggalas cabaran yang lebih berat di samping mengembalikan semula sokongan di peringkat ahli," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pemilihan Pemuda peringkat bahagian yang akan bermula esok di tiga bahagian iaitu Jelebu, Rasah dan Jempol.
Jamlus turut meminta setiap perwakilan menolak calon yang menggunakan politik wang kerana tindakan itu adalah jijik dan bertentangan dengan peraturan parti.
Beliau berkata, perbuatan seumpama itu juga boleh mencemarkan imej dan kredibiliti parti.
''Saya ingin melihat sesi pemilihan di peringkat bahagian berjalan dengan baik. Oleh itu saya mahu perwakilan menolak calon yang mengamalkan politik wang," katanya.
Pada pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian, sebanyak tujuh daripada lapan bahagian akan mengadakan pertandingan.
Setakat ini hanya bahagian Rembau sahaja tidak ada pertandingan setelah penyandangnya, Khairy Jamaluddin serta Mohd. Shafrul Azman menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda bahagian.
Di Jelebu, jawatan Ketua Pemuda menyaksikan pertembungan antara Mohd. Razi Mohd. Ali dan Habibullah Mohd. Ali manakala jawatan Naib Ketua pula akan ditandingi Mohd. Aizil Mohd. Derus dan Hazimi Mat Tapin.
Di Jempol pula menyaksikan persaingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda apabila Mohd. Nizam Aman, Fadhil Azis dan Noor Azhar Saharuddin bakal bertanding.
Sementara itu, Fadli Sulaiman, Mohd. Nazri Ibrahim serta Fadhil Azis akan merebut jawatan Naib Ketua Pemuda bahagian.
Di Rasah, Mohd. Helmy Din dan Hassan Ayob akan berentap merebut jawatan Ketua Pemuda manakala Naib Ketua pula menyaksikan Azrin Shala akan bersaing dengan Rafizi Mahmood.
Di Teluk Kemang, calon Ketua Pemuda ialah Mohd. Faizal Ramli dan Shaiful Kamarulzaman serta calon Naib Ketua Pemuda, Mohd Najib Mohd. Isa dan Azznil Md. Nor.
Di Tampin, calon Ketua Pemuda ialah Mohd. Isam Mohd. Isa dan Saiful Adly Abd. Wahab serta calon Naib Ketua Pemuda, Saiful Adly Abd. Wahab, Waad Yahya dan Mohd. Zakee Majid
Di Kuala Pilah, calon Ketua Pemuda ialah Adnan Abu Hasan dan Aminuddin Mohd. Arif serta calon Naib Ketua Pemuda, Eddin Syazlee Shith, Kamarulzaman A. Latiff dan Khairolnezam Shaari

Di Seremban, calon Ketua Pemuda ialah Azman Kamaruddin, Shahrul Ehsan, Shafudin Husien serta calon Naib Ketua Pemuda, Baharom Idris dan Abd. Halim Lokman
....

Kami sebagai warga Umno Taman Paroi Jaya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon calon yang bertanding terutamanya En Shahrul Ekhsan dalam pemilihan Pemuda Umno 2008 dan seterusnya diharap dapat membantu jentera Umno N Sembilan dibawah kepimpinan Dato Seri Mohd Hj Hasan dan juga Umno Malaysia dibawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tahniah juga buat saudara Khairy Jamaluddin dan En Shafrul yang menang tanpa bertanding dan ini menunjukkan anda masih menjadi pilihan dan mendapat kepercayaan rakyat dikawasan Rembau dan jadilah kepercayaan ini sebagai pegangan dalam perjuangan yang tulus dan ikhlas.

Pemuda seharusnya bangun dan berdiri memperkukuhkan semula Umno dan memperkasakan bangsa dan jangan jadikan pemilihan kali ini sebagai medan mengejar populariti dan kepentingan peribadi.

Sebarang usaha yang bertentangan dengan perlembagaan Umno haruslah dielakkan kerana telah terbukti taktik taktik dan unsur unsur yang tidak sihat tidak akan bertahan lama seterusnya menghakis kepercayaan rakyat kepada Umno.

Renungkanlah dan jadikan pemimpin pemimpin Pemuda terdahulu sebagai panduan dalam melaksanakan perjuangan UMNO. Tun Hussein Onn menentang Malayan Union, Tun Razak dengan perjuangan bangsa Melayu, Tun Sardon dengan pemuda lasak dan revolusi mental, Dato Harun Idris, Syed Jaafar singa Umno dan ramai lagi pemimpin yang berwibawa.

Jadikan pemilihan ini sebagai landasan menyatukan bangsa Melayu terutamanya di N Sembilan dan memperjuangkan nasib dan kepentingan bangsa Melayu.

Friday, October 10, 2008

Lapan bahagian Umno Negeri Sembilan akan calonkan Najib tanding Presiden

SEREMBAN: Kesemua lapan bahagian Umno Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan persetujuan untuk mencalonkan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden parti pada pemilihan Mac depan.

Menteri Besar dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau yakin semua bahagian akan mencalonkan Najib walaupun wakil Umno bahagian Seremban tidak hadir mesyuarat hari ini.

Umno N Sembilan sebulat suara mencalonkan DS Najib sebagai presiden parti pada pemilihan yang akan datang. Dengan ini secara jelas yang isyarat dari peringkat bahagian Umno di N Sembilan yang menerima sebulat suara pencalonan DS Najib

Pengukuhan semula dan perubahan dalam Umno harus diteruskan dengan setiap ahli disetiap peringkat mengembeling tenaga dan mengelakkan konfrontasi dan permasalahan yang tidak perlu. Bagi jawatan timbalan, naib presiden dan majlis tertinggi kita pun telah mengetahui calon calon yang akan bertanding dan yang munkin akan dicalonkan.

Diharapkan yang para perwakilan akan memilih dengan bijaksana dan pilihan yang benar benar boleh membawa perubahan dan kesejahteraan kepada orang Melayu dan Malaysia.


Thursday, October 09, 2008

Najib confirms: Going for No 1 post

KUALA TERENGGANU: Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak officially announced he will contest the Umno president’s post when the party holds its election next March.
The current Umno deputy president was picked by current party president, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who on Wednesday declared he would not be defending his post.
The Umno president traditionally becomes prime minister of the country.
Perak and Terengganu Umno have announced they will nominate Najib for the president's post.
Other Umno leaders have declared their intention to contest the No 2 post of deputy president, but only veteran politician Tengku Razaleigh Hamzah has offered himself for the post of party president.



related story

Timbalan
Datuk Seri MOhd Ali Rustam
Ketua Bahagian Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Tan Sri Muhyiddin
Tan Sri Muhd Taib

Naib Presiden
Zahid Hamidi pulls out of Umno deputy race vie for VP
Tan Sri Isa Samad
Tan Sri Annuar Musa
Dato Seri Hishamuddin
Dato Seri Khaled Nordin

Mat Taib going for No 2 post



Pendirian Ku Li tidak berubah Presiden



Khairy, Mukhriz to make early charge
KOTA BARU: Umno Youth deputy head Khai­ry Jamaluddin and executive committee member Datuk Mukhriz Mahathir are leading the first charge of nominations from divisions in Kelantan for the wing’s top post.

Pemuda Post

Datuk Seri Mohd Khir Toyo and Padang Besar Umno division head Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Puteri
Rosnah Abdul Rashid Sirlin
Datuk Shahaniza Samsuddin
Bibi Sharliza Mohd Khalid
Datin Asmalina Ismail

Pasti pemilihan kali ini akan lebih hangat dan panas dengan muka muka baru yang bakal bertanding untuk jawatan dalam Majlis Tertinggi, masih lagi diperingkat awal sudah pasti lebih ramai yang akan menawarkan diri untuk bertanding. Semoga keterbukaan dan ketelusan dalam pemilihan akan menjurus kepada memperkuat dan memperkasakan semula Umno dan tidak hanya untuk kepentingan individu.

Dengan mesyuarat bahagian yang bermula hari ini diikuti nanti dengan Majlis Tertinggi pada bulan March sudah semestinya calon calon mepunyai perancangan dan strategi masing masing dan persaingan secara sihat mestilah diutamakan.

Mungkin kita boleh mengimbas kembali sejarah atau pun rekod perjuangan setiap calon calon yang bertanding supaya ahli lebih jelas siapa yang mejadi pilihan dan kepercayaan mereka dalam meneruskan perjuangan Umno

Juga peringatan dari Dato Seri Mohd Hasan yang mengingatkan calon calon bertanding supaya tidak bertanding mengikut selera tetapi berdasarkan kemampuan dan sokongan

Usah bertanding ikut selera’

SEREMBAN: “Jawatan tertinggi Umno adalah jawatan terhormat, jadi kita mesti hormat jawatan itu... kalau ikut selera memang tajam, tapi kalau badan tak mampu, jangan berbuat demikian,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau yang mengulas mengenai keghairahan beberapa individu untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, berkata setiap pihak perlu serius dan melihat kemampuan diri sendiri sama ada boleh atau tidak memegang jawatan itu.“Kita kena fikir parti dulu, saya tidak kata tidak boleh tawarkan diri, tetapi ikut kemampuan sendiri.

Umno tulang belakang Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang memerintah, tapi kalau sudah jadi macam pesta merebut jawatan, ia akan menyebabkan Umno menjadi murah.“Umno bukan parti murahan, kita ada wadah perjuangan, namun orang kadang-kadang lupa mengenai perjuangan sebaliknya merebut kedudukan sehingga ia seolah-olah menjadi satu budaya dan menyebabkan parti semakin lama semakin lemah,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini, semalam.

Wednesday, October 08, 2008

Pak Lah tidak pertahan jawatan Presiden

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. – Utusan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Pengumuman terkini dari Pak Lah yang tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan yang akan datang. Ini seharusnya menjadi medan untuk ahli ahli Umno untuk memperkuatkan semula Umno dan melaksanakan segala janji janji dalam memperkuatkan semula Umno.

Dengan pelbagai isu seperti HIndraf dan PKR yang cuba mengaburi mata rakyat dan menimbulkan ketidaktentuan dalam iklim politik, ekonomi dan juga perhubungan antara kaum seharusnya ahli ahli sedar yang kepentingan umum mesti diutamakan dan bukan kepentingan sendiri atau pun peribadi


Muhyiddin umum tanding Timbalan Presiden Jumaat

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan pada Jumaat ini sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac ini.

Beliau berkata, langkah itu adalah susulan daripada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini untuk tidak mempertahankan jawatan presiden parti.

Beliau berkata, tindakan Abdullah adalah satu pengorbanan dan menghormati kehendak parti

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm

 

 


Tuesday, October 07, 2008

Sekitar Aidilfitri 2008 di Masjid Taman Paroi Jaya

 

 


This page is powered by Blogger. Isn't yours?