Saturday, October 25, 2008

Dato Ishak dikenakan 26 pertuduhan

Ishak sifatkan 26 tuduhan tidak berasas
SEREMBAN 24 Okt. - Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail, mendakwa 26 tuduhan terhadapnya sebagai tidak berasas.
Beliau yang juga Ketua UMNO Cawangan Kampung Pantai, berkata, tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan dirinya dengan setiap tuduhan tersebut.
''Semua tuduhan yang dibuat terhadap saya tidak berasas. Sebenarnya, ada pihak lain yang cuba mengenakan saya dalam perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Ishak berkata, beliau telah membawa 73 saksi berhubung dengan kesnya itu pada 16 Oktober lalu.
''Saya berharap Lembaga Disiplin UMNO membuat siasatan lebih lanjut berhubung kes saya ini," ujar beliau.
Lembaga Disiplin UMNO semalam memberi amaran kepada Ishak setelah disabit kesalahan melanggar disiplin parti.
Tindakan itu diambil mengikut Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO yang dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO kerana melakukan sabotaj terhadap parti semasa pilihan raya umum lalu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

Seperti yang kita maklum Dato Ishak Ismail telah dikenakan 26 pertuduhan oleh lembaga disiplin Umno baru baru ini. Sekiranya benar dakwaan bersalah ini amatlah memalukan Umno kerana dia bukan sahaja seorang yang berpengalaman tetapi juga seorang yang dihormati terutamanya di Bahagian Seremban.

Perbuatan melakukan sabotaj adalah tidak boleh diterima sama sekali kerana ia amat bertentangan dengan tataetika ahli Umno.Kita tidak seharusnya menghukum beliau sehingga beliau didapati bersalah oleh lembaga disiplin selepas siasatan lanjut kerana ini tidak adil sama sekali jika dakwaan ada pihak yang cuba menganiayi beliau seperti yang didakwa oleh Dato Ishak walaupun lembaga disiplin telah memutuskan bahawa beliau memang bersalah.

Sudah pasti isu ini mendapat perhatian dibahagian Seremban kerana Dato Ishak sebelum ini mendakwa akan melaporkan apa sahaja salah laku pemimpin termasuk dakwaan untuk membuat laporan terhadap Menteri Besar N Sembilan Dato Seri Mohd Hasan pada bulan April tetapi seperti yang diketahui tidak ada laporan yang dibuat atau pun siasatan yang dijalankan. Adakah benar laporan dibuat ataupun hanya gimik politik .Kerana pada pandangan kami rakyat dan ahli Umno berhak mengetahui kebenaran.

Amatlah memalukan jika Dato Ishak benar benar didapati bersalah kerana ini merupakan contoh perangai bermuka muka yang seharusnya tidak ada oleh setiap ahli Umno kerana menuduh orang lain tetapi diri sendiri yang melakukan perbuatan yang lebih memalukan parti dan bangsa Melayu dengan mensabotaj Umno pada pilihanraya 12 yang lalu.

Semoga pemilihan kali ini ahli ahli bertindak bijak dalam memilih pucuk pimpinan yang bakal memimpin dan mengembalikan kegemilangan Umno dan orang Melayu. Kita menyeru semua ahli Umno supaya tidak ada lagi unsur unsur sabotaj atau pun gunting dapat lipatan di dalam Umno dalam menjamin kesejahteraan Umno dan orang orang Melayu. Kita perlukan pemimpin yang benar benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan bukan politik memburukkan orang lain, salah laku politik, politik wang dan sebagainya.

Pemuda Taman Paroi Jaya.

Comments:
AHLI BERSIH

23 Oktober, 2008 16:34 PM

Lembaga Disiplin Umno Cadang Dua Anggota Parti Dipecat Kerana Sokong Pembangkang


KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Lembaga Disiplin Umno akan mencadangkan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti agar dua orang anggota parti dipecat kerana menyokong parti pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

Pengerusinya Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata kedua-dua mereka ialah anggota bahagian Kota Marudu Sabah Isang Rawai dan anggota bahagian Ledang Johor Mohd Shamsuddin Dawam.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata kedua-duanya adalah antara 15 orang yang disiasat lembaga itu kerana tuduhan melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyokong parti pembangkang, politik wang dan salah guna kuasa.

"Isang didapati menjadi calon Bebas manakala Mohd Shamsuddin menjadi wakil calon PAS pada pilihan raya umum Mac lepas. Jadi sekarang terserahlah kepada MT untuk memecat mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata enam lagi tertuduh yang disiasat lembaga itu juga didapati bersalah kerana pelbagai kesalahan tetapi diberi amaran.

Mereka ialah Ketua Umno Bahagian Seremban Datuk Ishak Ismail, Ketua Umno Bahagian Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman, Timbalan Ketua Umno Bahagian Raub Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid, anggota Umno Bahagian Raub Datuk Abdullah Abu Bakar, Pengerusi Tetap Cawangan Labuan Datuk Yunus Kurus dan anggota Umno Bahagian Labuan Alias Hussin.

"Antara kesalahan mereka ialah sabotaj pada pilihan raya lepas, politik wang dan salah guna kuasa," katanya.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tujuh didapati tidak bersalah setelah disiasat iaitu Jelin Dasanap atau Jelani Hamdan (Kota Marudu), Majial Mangulizang (Kota Marudu), Kampun Inok (Kota Marudu), Datuk Ahmad Yassin (Ledang), Ja'afar Ahmad (Ledang), Shahrl Ismail (Tanjung Pia) dan Jamilah Endan (Tanjong Piai).

Beliau berkata sebanyak 632 aduan telah diterima oleh lembaga itu sejak 30 Sept lepas dan sehingga kini 135 daripadanya telah disiasat oleh panel penyiasat.

Katanya sesiapa yang mempunyai maklumat tentang mana-mana anggota parti yang melanggar disiplin perlu tampil dan jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuat laporan.

"Masalah disiplin ini terutamanya politik wang begitu ketara dalam Umno dan saya difahamkan dari segi pemilihan parti lain seperti MCA dan Gerakan didapati kurang (politik wang), jadi malulah.

"Sesiapa yang buat aduan akan diberi imuniti dan dirahsiakan identiti mereka, jadi tak usahlah takut untuk tampil. Jika tidak bagaimana nak hapuskan gejala yang memberi keburukkan kepada parti, individu dan negara itu," katanya.

Mengenai cadangan anggota MT Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim Selasa lepas supaya semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara tender, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata ia sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan.

"Kita tidak boleh lakukan sebagai tender. Adakah kita akan dapat orang yang betul-betul boleh memimpin kita melalui kaedah tender ini? Barangkali dia (Rais) bukan serius apabila mengemukakan cadangan itu," katanya.

-- BERNAMA

http://bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=366753
 
Assalamualaikum

walaupun Lembaga Disiplin Umno tidak dapat memecat ahli yang didapati bersalah melainkan Mt yang membuat keputusan tersebut

Tetapi sebagai ahli dibahagian Seremban tepuk dada tanyalah selera pada pemilihan kali ini

yang menariknya sampai 26 pertuduhan banyak sekali..
patutla Umno Seremban sejuk

malek sahak
 
apapun dato ishak didapati sabit kesalahan cuma hukumannya amaran keras???? kalau camtu lain kali x ada masalah kalau ada ahli boikot atau sabotag pilihanraya, cuma amaran keras shja. siapa nak jawab pandangan ini????
 
jawapannya ada pada ahli ahli Umno bahagian Seremban
Adakah pengkhianat2 masih mahu diterima di Seremban
Adakah sedia dipersalahkan terus menerus oleh generasi akan datang kerana takut untuk membawa pembaharuan

adakah berani untuk memilih kepimpinan baru dan memberi peluang kepada orang lain atau pun masih lagi hendak menjadi pak turut kerana kita juga akan bertanggungjawab bersubahat dengan pengkhianat bangsa
 
terima la kekalahan...peringatan la buat calon yang nak bertanding...duit bukan segala nya...kaji kelemahan diri sendiri kenapa boleh kalah...jangan salah kan orang lain...kesian pada orang yang berkenaan...bawa la duit masuk kubur...
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?