Monday, October 20, 2008

Anjakan Paradigma Pemuda di Bahagian Seremban


Pendekatan dan perubahan yang mahu digerakkan dan dilihat di Pemuda Bahagian Seremban

1-Ekonomi
 
Menerapkan kepentingan ekonomi kepada para ahli Umno terutamanya golongan belia dan pemuda.Bekerjasama dengan kementerian sedia ada seperti Kementerian Pembangunan Usahawan, Jabatan Pertanian, Unit Pembangunan Ekonomi Negeri, Kementerian Pelancongan dan badan badan yang berkenaan dalam meningkatkan kesedaran dan membuka peluang peluang baru terutamanya golongan belia dan melakukan perubahan dalam perlaksanaan sesuatu aktiviti. Menjana ekonomi Pemuda Umno dari peluang peluang yang tersedia dari bidang pertanian, pelancongan dan sebagainya, membantu dari segi khidmat nasihat(agensi agensi berkaitan) dan modal permulaan(Skim kredit mikro, Bank Pertanian. Mara dll) disamping memantau perkembangan dan kemajuan sesuatu aktiviti dijalankan.
 
2-Sosial
Meningkatkan kesedaran tentang sosio budaya antara kaum disamping mengukuhkan perpaduan antara kaum. Menggunakan segala kemudahan yang ada dan kepelbagaian adat budaya sebagai satu produk pelancongan seperti nyanyian, tarian, adat resam dan sebagainya disamping merapatkan perhubungan antara kaum juga boleh dijadikan sebagai sumber ekonomi kepada N Sembilan. Menitikberatkan tentang kepentingan perpaduan kaum dan menggalakkan suasana dan perhubungan yang harmoni antara kaum terutama di bahagian Seremban melalui kempen kempen dan aktiviti sosial yang melibatkan semua kaum.
 
3-Pendidikan
Menerapkan kepentingan tentang ilmu dan pendidikan terutamanya dalam bidang penyelidikan, sains dan teknologi. Memanfaatkan segala kemudahan yang ada seperti telekomunikasi, penyelidikan, hiburan dan sebagainya. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan institusi pendidikan dan ilmu untuk semua golongan terutamanya pemuda dan belia samada diluar bandar atau pun di bandar. Memanfaatkan segala sumber seperti pemuda cawangan dalam mencapai golongan sasaran. Menyampaikan peluang peluang yang ada kepada golongan pemuda dan belia dalam melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang dan meningkatkan jati diri.

4-Politik

Mengutamakan pendekatan politik yang bersih dan telus disamping menyuarakan secara langsung suara suara dari para ahli supaya sampai ke golongan sasaran dan bukan hanya menerima cadangan dan saranan.Menggalakkan para ahli berdiskusi dan berinteraksi secara langsung dalam sebarang permasalahan dan mencari alternatif dan penyelesaian dalam sebarang permasalahan. Keterbukaan dalam segala aspek yang berkaitan dalam mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno disamping pengukuhan Umno terutamanya diperingkat akar umbi. Menerima segala cadangan dan idea yang bernas tidak kira peringkat dan bukan hanya menurut arahan.

 Antara agenda perubahan yang mahu dilihat oleh Pemuda Taman Paroi Jaya

 


Comments:
bravo bravo jangan cakap jo lobih
 
siapakah yang lebih layak dato ishak atau pun mat nor awang??

adakah mat nor awang mampu memimpin bahagian seremban??

atau pun en shahrul ekhsan yang akan memimpin bahagian dan pemuda sekali??
 
Salam...pada semua, biarlah perwakilan yang menentukan siapa yang lebih layak dalam memilih barisan kepimpinan. Biarlah demokrasi terus subur dalam memilih dan diberi hak sebebasnya menurut pilihan hati mereka. Para perwakilan telah diamanahkan oleh cawangan2 dalam mewakilkan mereka didalam proses pemilihan yang bakal mendatang dan tak perlulah mereka yang tidak terlibat mengeluarkan kenyataan yang tidak membina serta asyik mencemuh sahaja. Tak tahulah pula kalau yang memberi komen kecewa pula atau tidak diterima pakai pandangan di cawangan masing2 selama ini tapi janganlah jadikan blog kami ini dijadikan mangsa ketidakpuasan hati pula. Berilah pandangan yang bernas serta lebih konstruktif dalam mencapai cita2 membantu pembangunan anak bangsa dan bukan asyik menyalahkan orang lain sahaja tanpa ada usaha dan kerjasama. Kejayaaan harus bermula dari cita2 seterusnya diikuti dengan usaha dan berdoa kemudian bertawakal kepada YANG MAHA ESA atas segala usaha yang telah dilaksanakan dan bukan sekadar retorik berkata2 serta menuduh tanpa usul periksa dan mengikut sesedap rasa. Ibubapa sendiri tak mampu memuaskan hati anak yang lima seadilnya inikan pula ahli UMNO yang ramai jika dikira. Md Nur Awang generasi muda..dato ishak orang lama..masing2 ada kelebihan dan kekurangan sebagai manusia biasa. Janganlah buruk sangka pada para perwakilan yang bijaksana jika kita sendiri tak mampu memilih kerana dikecewa...sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri menawarkan diri sebagai mengisi kekosongan jawatan ketua pemuda dan tak perlulah orang lain mengadu domba sesama kita kalau tak tahu membezakan antara tanggungjawab sebagai ketua bahagian serta ketua pemuda...lebih baik diam dari berkata2 kerana ianya menunjukkan kebodohan yang ketara. ALLAHualam.....

Shahrul Ekhsan Hj Osman
 
kalau sayangkan orang melayu dan islam bantulah orang yang melayu atau orang islam miskin,dari segala aspek jangan cakap je. kitaorang muak dengan segala macam janji-janji manis,tapi takder perubahan. bunyi memang ler sedap 'anjakan paradigma' tapi attitude masih di takuk lama. macamana orang melayu nak maju. bangsa asing takkan merosakkan bangsa melayu,tapi bangsa melayulah yang akan merosakkan bangsanya sendiri begitu juga sebaliknya.ini cuma komen golongan marhaen seperti aku ini yang bukan pro mana-mana parti politik. masalah utama orang kita adalah sukar untuk mengaku kesilapan dan tidak mahu menerima kritikan dan cepat melatah....
 
kalau tak ditukar yang lame manakan nak beranjak so bawak2la berubah jangan lagi jadi tukang angguk dibahagian seremban
roadshow sahak ape cer??
ada isu2 baru ke yang dibangkitkan??
 
Anjakan Paradigma dalam UMNO ni sepatutnya dah lama dibuat. Ni dah kalah teruk baru ada yang nak buat anjakan. Memang semuanya diserahkan kepada kebijaksanaan perwakilan. Betuk kata En. Shahrul Ekhsan tu tapi kalau perwakilan cawangan dah diatur untuk memenangkan seseorang calon tu, maka tiadalah lagi demokrasi. Ada orang telah memusnahkan proses demokrasi di Bahagian Seremban ini dan orang itulah yang patut dimusnahkan. Jangan sibuk bercakap pasal hal agama walhal diri kita pun belum sempurna. Bukan salah tapi tak tepat.. Jadi En. Shahrul Ekhsan.., untuk mendapatkan semula kepercayaan orang kepada anda, banyak benda yang perlu anda lakukan. Gunalah think-tank yang boleh membina imej anda dan bukan yang menjatuhkan imej anda. Jangan gunakan ding-dong dan parasit.. Nanti anda akan menyesal kerana mereka cuma akan ada dengan anda bila anda berwang dan berkuasa. Bila semua tu dah tak ada, semuanya akan lari meninggalkan anda. Masa itu barulah anda tahu mana intan dan mana kaca...
 
kalau bodoh nak salahkan orang lain pulak????? hilang demokrasilah, think tanklah, ornag lain tak eloklah macam-macm. aku kenallah ketua aku tu. apa yg kau ckp tu langsung tak releven psl pasti kau hanya cakap dari jauh aje dari kenal hatibudi dia. apa yg kau tuduh tu anonymous sama sekali jauh panggang dari api. kau tak payahlah nak jadi mcm pnasihat adil tu cakap berkokok-kokok tapi bontot gelumang tahi. kau tgk kek bahagian sban dan buka mata besar besar dan tanya diri sendiri apa kau liht? sahak dah lobih 20 thun tipu melayu tak ado orang nak tegur dan betutlkn ke? renunglah dan fikirkan dengan hati yang terbuka bukan terbuku.
 
sapa makkan cili dio raso podehh
 
Salam - En Shahrul, abaikan kata kata anonymous bertarikh 21 Okt jam 1058 malam - isu dia sama saja sampai dah naik muak saya membaca...mengutuk perkara sama. bongkak dan berlagak pandai (bedebah punya Melayu!)...saya rasa sudah tiba masanya En Shahrul bersuara mengenai latar belakang orang sebegini yang lebih mengaibkan daripada berdiam diri...sekiranya kenal...jangan bagi muka lagi dah...ajar dia orang baik baik sampai terkedu ...tak payah think tank ke think tong ker...hampeh!...selamat maju jaya En Shahrul...
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?