Tuesday, October 28, 2008
Konsert Jalinan Budi esok
SEREMBAN Jabatan Pelajaran negeri akan menganjurkan Konsert Jalinan Budi di Kompleks Penyiaran RTM Negeri Sembilan pada 29 Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Publisiti dan Seranta konsert berkenaan, Afsah Abd. Hamid, berkata, matlamat utama penganjuran konsert berkenaan adalah untuk memupuk semangat bekerjasama, toleransi dan mementingkan kualiti dalam menjayakan persembahan di kalangan pelajar sekolah.
Di samping itu, menurut beliau, konsert itu boleh membantu usaha menerap konsep 'Pendidikan Melalui Muzik' serta menonjolkan bakat dan kreativiti pelajar sekolah terbabit.
''Perasmian konsert akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada pukul 8 malam," ujarnya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.
Kata Afsah, penonton akan dihiburkan dengan persembahan orkestra cak lempong, teromba, silat randai serta pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina dan
Selain itu, beliau memberitahu, terdapat juga deklamasi sajak dan puisi, koir serta nyanyian lagu rakyat negeri ini sambil diiringi muzik orkestra.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm
Semoga konsert ini akan dapat menarik lebih ramai para golongan belia dan remaja terutamanya dan mengambil peluang yang ada untuk dimanfaatkan bersama.
Pendidikan melalui muzik tidak hanya tertumpu pada skop yang kecil tetapi merangkumi pelbagai aspek pendidikan seperti kejuruteraan bunyi, hiasan dalaman, seni muzik dan berbagai lagi yang mana mempunyai skop yang begitu besar yang boleh dimanfaatkan dari segi pendidikan.
Ia seharusnya menarik minat golongan para belia dan remaja dan di masa yang sama penganjur perlu kreatif dalam mempelbagaikan muzik sebagai sumber pendidikan dan pendedahan supaya ia tidak hanya menjadi hiburan semata mata.
<< Home