Saturday, October 11, 2008

Shahrul Ekhsan di Bahagian Seremban

Pemuda dinasihat buat pilihan tepat
SEREMBAN 10 Okt. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Datuk Ir. Jamlus Aziz mahu bakal pemimpin Pemuda yang terpilih di peringkat bahagian supaya melaksanakan agenda rakyat selain berusaha meraih semula sokongan akar umbi terhadap UMNO.
Beliau berkata, langkah itu penting kerana ia mencerminkan kewibawaan UMNO sebagai sebuah parti pembela rakyat di negara ini.

Menurut beliau, pemilihan juga harus mencerminkan kebijaksanaan serta kematangan ahli parti dalam membuat keputusan dan bukannya berlandaskan emosi atau tekanan mana-mana pihak.
''Saya melihat pertandingan dalam parti di peringkat Pemuda adalah sesuatu yang sihat namun apa yang lebih penting ialah bagaimana seorang pemimpin yang dipilih nanti mampu menggalas cabaran yang lebih berat di samping mengembalikan semula sokongan di peringkat ahli," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pemilihan Pemuda peringkat bahagian yang akan bermula esok di tiga bahagian iaitu Jelebu, Rasah dan Jempol.
Jamlus turut meminta setiap perwakilan menolak calon yang menggunakan politik wang kerana tindakan itu adalah jijik dan bertentangan dengan peraturan parti.
Beliau berkata, perbuatan seumpama itu juga boleh mencemarkan imej dan kredibiliti parti.
''Saya ingin melihat sesi pemilihan di peringkat bahagian berjalan dengan baik. Oleh itu saya mahu perwakilan menolak calon yang mengamalkan politik wang," katanya.
Pada pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian, sebanyak tujuh daripada lapan bahagian akan mengadakan pertandingan.
Setakat ini hanya bahagian Rembau sahaja tidak ada pertandingan setelah penyandangnya, Khairy Jamaluddin serta Mohd. Shafrul Azman menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda bahagian.
Di Jelebu, jawatan Ketua Pemuda menyaksikan pertembungan antara Mohd. Razi Mohd. Ali dan Habibullah Mohd. Ali manakala jawatan Naib Ketua pula akan ditandingi Mohd. Aizil Mohd. Derus dan Hazimi Mat Tapin.
Di Jempol pula menyaksikan persaingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda apabila Mohd. Nizam Aman, Fadhil Azis dan Noor Azhar Saharuddin bakal bertanding.
Sementara itu, Fadli Sulaiman, Mohd. Nazri Ibrahim serta Fadhil Azis akan merebut jawatan Naib Ketua Pemuda bahagian.
Di Rasah, Mohd. Helmy Din dan Hassan Ayob akan berentap merebut jawatan Ketua Pemuda manakala Naib Ketua pula menyaksikan Azrin Shala akan bersaing dengan Rafizi Mahmood.
Di Teluk Kemang, calon Ketua Pemuda ialah Mohd. Faizal Ramli dan Shaiful Kamarulzaman serta calon Naib Ketua Pemuda, Mohd Najib Mohd. Isa dan Azznil Md. Nor.
Di Tampin, calon Ketua Pemuda ialah Mohd. Isam Mohd. Isa dan Saiful Adly Abd. Wahab serta calon Naib Ketua Pemuda, Saiful Adly Abd. Wahab, Waad Yahya dan Mohd. Zakee Majid
Di Kuala Pilah, calon Ketua Pemuda ialah Adnan Abu Hasan dan Aminuddin Mohd. Arif serta calon Naib Ketua Pemuda, Eddin Syazlee Shith, Kamarulzaman A. Latiff dan Khairolnezam Shaari

Di Seremban, calon Ketua Pemuda ialah Azman Kamaruddin, Shahrul Ehsan, Shafudin Husien serta calon Naib Ketua Pemuda, Baharom Idris dan Abd. Halim Lokman
....

Kami sebagai warga Umno Taman Paroi Jaya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon calon yang bertanding terutamanya En Shahrul Ekhsan dalam pemilihan Pemuda Umno 2008 dan seterusnya diharap dapat membantu jentera Umno N Sembilan dibawah kepimpinan Dato Seri Mohd Hj Hasan dan juga Umno Malaysia dibawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tahniah juga buat saudara Khairy Jamaluddin dan En Shafrul yang menang tanpa bertanding dan ini menunjukkan anda masih menjadi pilihan dan mendapat kepercayaan rakyat dikawasan Rembau dan jadilah kepercayaan ini sebagai pegangan dalam perjuangan yang tulus dan ikhlas.

Pemuda seharusnya bangun dan berdiri memperkukuhkan semula Umno dan memperkasakan bangsa dan jangan jadikan pemilihan kali ini sebagai medan mengejar populariti dan kepentingan peribadi.

Sebarang usaha yang bertentangan dengan perlembagaan Umno haruslah dielakkan kerana telah terbukti taktik taktik dan unsur unsur yang tidak sihat tidak akan bertahan lama seterusnya menghakis kepercayaan rakyat kepada Umno.

Renungkanlah dan jadikan pemimpin pemimpin Pemuda terdahulu sebagai panduan dalam melaksanakan perjuangan UMNO. Tun Hussein Onn menentang Malayan Union, Tun Razak dengan perjuangan bangsa Melayu, Tun Sardon dengan pemuda lasak dan revolusi mental, Dato Harun Idris, Syed Jaafar singa Umno dan ramai lagi pemimpin yang berwibawa.

Jadikan pemilihan ini sebagai landasan menyatukan bangsa Melayu terutamanya di N Sembilan dan memperjuangkan nasib dan kepentingan bangsa Melayu.

Comments:
cubo encik shahrul ekhsan cito sikit apo pembaharuan dio nak buek kek somban ni?apa rancangan eh untuk sumo pemuda cawangan yang ado di somban ni,orang sumo nak yo tau
 
K/C Paroi jaya said...
Salam...pada semua, biarlah perwakilan yang menentukan siapa yang lebih layak dalam memilih barisan kepimpinan. Biarlah demokrasi terus subur dalam memilih dan diberi hak sebebasnya menurut pilihan hati mereka. Para perwakilan telah diamanahkan oleh cawangan2 dalam mewakilkan mereka didalam proses pemilihan yang bakal mendatang dan tak perlulah mereka yang tidak terlibat mengeluarkan kenyataan yang tidak membina serta asyik mencemuh sahaja. Tak tahulah pula kalau yang memberi komen kecewa pula atau tidak diterima pakai pandangan di cawangan masing2 selama ini tapi janganlah jadikan blog kami ini dijadikan mangsa ketidakpuasan hati pula. Berilah pandangan yang bernas serta lebih konstruktif dalam mencapai cita2 membantu pembangunan anak bangsa dan bukan asyik menyalahkan orang lain sahaja tanpa ada usaha dan kerjasama. Kejayaaan harus bermula dari cita2 seterusnya diikuti dengan usaha dan berdoa kemudian bertawakal kepada YANG MAHA ESA atas segala usaha yang telah dilaksanakan dan bukan sekadar retorik berkata2 serta menuduh tanpa usul periksa dan mengikut sesedap rasa. Ibubapa sendiri tak mampu memuaskan hati anak yang lima seadilnya inikan pula ahli UMNO yang ramai jika dikira. Md Nur Awang generasi muda..dato ishak orang lama..masing2 ada kelebihan dan kekurangan sebagai manusia biasa. Janganlah buruk sangka pada para perwakilan yang bijaksana jika kita sendiri tak mampu memilih kerana dikecewa...sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri menawarkan diri sebagai mengisi kekosongan jawatan ketua pemuda dan tak perlulah orang lain mengadu domba sesama kita kalau tak tahu membezakan antara tanggungjawab sebagai ketua bahagian serta ketua pemuda...lebih baik diam dari berkata2 kerana ianya menunjukkan kebodohan yang ketara. ALLAHualam.....

Shahrul Ekhsan Hj Osman
umnoparoijaya@gmail.com
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?