Friday, October 17, 2008

Anggota Kabinet diselar mula jauhi Pak Lah

KUALA LUMPUR Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom menyelar segelintir anggota Kabinet yang didakwa mula menjauhkan diri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan pengumuman tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Johari berkata, beliau pernah melalui pengalaman yang sama ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara pada Oktober 2003.
"Saya telah melalui semua ini ketika Dr Mahathir bersara dahulu.

"Saya adalah bekas setiausaha politik beliau dan saya lihat ini berlaku. Dan segala yang dilalui Dr Mahathir itu, Pak Lah akan lalui juga," katanya pada penutup Program Semangat Kemerdekaan anjuran Biro Tata Negara di Akademi Kenegaraan di sini, hari ini.

Johari berkata, sepatutnya semua pihak, terutama ahli-ahli Kabinet wajar terus menghormati Abdullah walaupun beliau telah mengumumkan tempoh persaraannya kerana beliau tetap Perdana Menteri sehingga hari terakhir.

"Tetapi saya lihat kini ada pihak yang mula melarikan diri dari Pak Lah pada saat-saat akhir khidmat beliau," tambahnya.
seterusnya

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/16/mstar_berita/20081016110050&sec=mstar_berita

Amat memalukan jika yang didakwa Datuk JOhari benar benar berlaku dan ini seharusnya menjadi peringatan kepada Ds Najib dalam kabinetnya nanti. Seharusnya dia mendedahkan siapakah gerangan mereka yang terlibat supaya rakyat dan ahli ahli Umno terutamanya dapat melihat sejauh mana hebatnya lakonan mereka.

Golongan golongan ini amat berbahaya kerana hanya bermuka muka dan tidak ikhlas dalam memberikan sokongan dan pandangan. Sedangkan jelas peralihan kuasa belum lagi berjalan tetapi nampaknya mereka dengan pantas telah berjalan dahulu. Mungkin juga usaha proaktif mereka dalam membantu DS Najib dimulakan begitu pantas sekali.

Seharusnya mereka sedar yang perjuangan adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi dan sebagai seorang Perdana Menteri mereka tidak seharusnya menjauhkan diri dari Tun dahulu mahupun Pak Lah sekarang. Mereka seharusnya menghormati juga individu yang pernah menyandang jawatan tersebut secara terhormat dan bukan hanya menghormati jawatan tersebut.

Yang menjadi persolannya adakah bila timbul sesuatu permasalahan adakah mereka benar benar ikhlas dalam menyatakan sokongan atau pun memberi pandangan sekadar melepaskan batuk ditangga. Adakah mereka berani menegur, memperbaiki atau pun memberi cadangan kepada Pak Lah di dalam setiap perbincangan.Tidak kira siapapun yang mereka sokong tetapi perlakuan seperti ini adalah sangat memalukan dan seharusnya menjadi pengajaran kepada Ds Najib.

Apa pula kata Ketua Cawangan Umno Taman Paroi Jaya

Begitulah taraf kematangan politik segelintir manusia bukannya yang hanya berani dibelakang ketua yang sedia ada tapi jatidiri langsung tiada serta niat mengutamakan memperjuangkan nasib serta halatuju anak bangsa jauh panggang dari bara. Kepada generasi muda....kita corak dan ubahlah minda sedemikian rupa supaya kehidupan yang mendatang akan lebih bermakna serta menguntungkan rakyat Malaysia seluruhnya.

Ingatlah....segala yang berlaku disekeliling kita ada kena mengena dengan tindakan harian kita....tanyakan diri anda semua...apakah tindakan serta sumbangan dalam proses memajukan serta memakmurkan negara? Pemimpin yang benar kita sokong, yang salah kita sanggah. Pak lah dan Tun serta pemimpin yang terdahulu ada jasa serta pengorbanan mengikut sumbangan dan acuan mereka dalam membangunkan Negara ...janganlah kita jadi kaduk yang naik junjung pula.
Pemimpin harus dihormati dan bukanlah ditakuti....pada mereka yang spesies ini...sempena proses pemilihan ini, kita ketepikan mereka2 yang biadap dan bersikap begini. Hak dan masa telah diberi pada tangan ahli...gunakanlah sebaik mungkin dalam kita memilih pemimpin terkini.

Jika ada keraguan yang tiada penyudah khususnya kepada para perwakilan yang bakal mengundi...solatlah istiqarah jika masih tiada arah bagi memohon petunjuk dalam melaksanakan proses memilih pemimpin yang bakal menerajui kepimpinan. Janganlah jadikan RM, fitnah serta adu domba sebagai amalan, nescaya perkara seperti dilaporkan Dt Johari Baharom pasti akan tidak kedengaran lagi dimasa mendatang...ALLAHualam.

Shahrul Ekhsan Hj Osman@umnoparoijaya@gmail.com

Comments:
Begitulah taraf kematangan politik segelintir manusia bukannya yang hanya berani dibelakang ketua yang sediaada tapi jatidiri langsung tiada serta niat mengutamakan memperjuangkan nasib serta halatuju anak bangsa jauh panggang dari bara. Kepada generasi muda....kita corak dan ubahlah minda sedemikian rupa supaya kehidupan yang mendatang akan lebih bermakna serta menguntungkan rakyat Malaysia seluruhnya. Ingatlah....segala yang berlaku disekeliling kita ada kena mengena dengan tindakan harian kita....tanyakan diri anda semua...apakah tindakan serta sumbangan dalam proses memajukan serta memakmurkan negara? Pemimpin yang benar kita sokong, yang salah kita sanggah. Pak lah dan Tun serta pemimpin yang terdahulu ada jasa serta pengorbanan mengikut sumbangan dan acuan mereka dalam membangunkan Negara ...janganlah kita jadi kaduk yang naik junjung pula. Pemimpin harus dihormati dan bukanlah ditakuti....pada mereka yang spesies ini...sempena proses pemilihan ini, kita ketepikan mereka2 yang bersikap dan bersikap begini. Hak dan masa telah diberi pada tangan ahli...gunakanlah sebaik mungkin dalam kita memilih pemimpin terkini. Jika ada keraguan yang tiada penyudah khususnya kepada para perwakilan yang bakal mengundi...solatlah istiqarah jika masih tiada arah bagi memohon petunjuk dalam melaksanakan proses memilih pemimpin yang bakal menerajui kepimpinan. Janganlah jadikan RM, fitnah serta adu domba sebagai amalan, nescaya perkara seperti dilaporkan Dt Johari Baharom pasti akan tidak kedengaran lagi dimasa mendatang...ALLAHualam.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?