Friday, October 31, 2008
Dato Seri Mohamad Hasan: Keputusan muktamad
SEREMBAN 30 Okt. - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusannya untuk tidak bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan Mac depan adalah muktamad.
Sehubungan itu beliau meminta semua bahagian UMNO supaya berhenti mencalonkan nama beliau ke jawatan itu.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, tumpuannya lebih berkisar kepada usaha bagi memantapkan lagi parti serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri.
Keputusan dari seorang pemimpin yang harus dihormati kerana tegas dengan pendirian dan tidak mengejar pangkat dan jawatan dalam perjuangan untuk rakyat.