Monday, October 20, 2008

Dato Seri Mohd Hasan-Jangan salahkan Umno tanpa mengakui kelemahan parti sendiri

REMBAU: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan membidas segelintir pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang sengaja mengeluarkan kenyataan dan kritikan melulu terhadap Umno tanpa memperakui kelemahan parti sendiri.

Beliau yang mendapat pencalonan jawatan Naib Presiden Umno berkata, pemimpin terbabit tidak boleh menyalahkan Umno sebagai punca kekalahan dalam pilihan raya Mac lalu kerana sebenarnya Umno masih memenangi sebahagian besar kerusi berbanding parti MCA, MIC dan komponen lain.

Menurutnya, mereka dari kalangan bukan orang Umno tidak harus mempertikaikan kredibiliti Umno berikutan kekalahan pada pilihan raya lalu sebaliknya mereka perlu mengakui kelemahan diri sendiri kerana Umno sebenarnya masih kuat berbanding parti komponen lain.

"Orang bukan Umno duduk diam-diam la... jaga parti sendiri, jangan menuding jari kepada orang lain disebabkan kekalahan pada pilihan raya.
 
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081020091717/Article/index_html
 
Komen dan peringatan dari Dato Seri Mohd Hasan kepada parti parti komponen Barisan Nasional dan juga untuk Umno sendiri supaya tidak menjadikan budaya mencari salah orang lain sebagai suatu kebiasaan.
 
Seharusnya dalam keadaan yang mencabar parti parti komponen seharusnya bersatu dan bukan saling menyalahkan untuk membuktikan semangat setiakawan yang telah lama dijalinkan. Jika dilihat dari sudut pencapaian Umno masih jauh dihadapan dari segi prestasi berbanding parti komponen lain, adakah mereka tidak melakukan yang sepatutnya yang dilakukan atau benar benar memperjuangkan nasib rakyat sehingga ditolak pada PRU12.
 
Budaya menyalahkan orang lain ini hanya bertahan untuk sementara waktu tetapi rakyat bukan tidak dapat menilai dengan sendiri dan mereka pasti akan mengetahui dan dapat menilai dengan kebijaksanaan mereka.
 
Perbaiki segala kelemahan dalaman samada UMNO, MCA, MIC dan parti komponen lain dari menuding jari menyalahkan orang lain. Kerana setiap komponen mempunyai fungsi atau pun peranan masing masing dan jika hanya menyalahkan orang lain tanpa usaha yang sungguh sungguh ia menunjukkan yang parti komponen itu hanyalah pekongsi lelap yang tidak berfungsi dengan yang sewajarnya.
 
 

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?