Thursday, April 30, 2009

Setiausaha UMNO bukan kalangan Ketua Bahagian N Sembilan

SEREMBAN 29 April - Pelantikan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri baru akan dibuat di kalangan individu yang tidak memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, nama calon berkenaan sudah ada dan akan diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan persetujuan sebelum diumumkan kelak.

''Selain jawatan setiausaha, badan perhubungan ini juga akan menamakan calon bagi menyandang jawatan Ketua Penerangan serta Bendahari bagi dipertimbangkan oleh Presiden parti," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sebelum ini jawatan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri ini disandang oleh Datuk Azman Hasan dan kini dilaporkan telah melepaskan jawatan tersebut atas faktor kesihatan.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur untuk membincangkan perkara ini dengan pucuk pimpinan parti.

------------
Langkah bijak dalam pemilihan Setiausaha Umno yang baru menggantikan Dato Azman yang melepaskan jawatan tersebut. Ini akan memberikan lebih suara yang akan disampaikan kerana Ketua Bahagian tetap akan mempunyai suara kerana layak menghadiri persidangan secara automatik seperti yang disebut oleh Dato Seri Mohd Hasan
 
Ini akan memberikan lebih variasi dalam setiap isu yang dibangkitkan dan diharapkan kualiti pentadbiran akan mencapai tahap yang optimum justeru mengembalikan kepercayaan rakyat. Bentuk kepimpinan yang pelbagai ini diharapkan dapat memberi dimensi baru kepada Umno supaya tidak lagi terikat dengan imej yang kurang baik. Jelas kepimpinan Dato Seri Mohd mahukan perubahan yang signifikan dan ini haruslah didukung oleh setiap ahli Umno di N Sembilan terutamanya dalam mengembalikan kegemilangan Umno.
 
Semua ahli seharusnya mengembeling fikiran dan tenaga dalam mencari penyelesaian terbaik dalam semua isu bukan hanya menuding jari jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Budaya menyalahkan orang lain tidak akan kemana kerana ia boleh dilakukan semua orang tetapi perlaksanaan kearah kebaikkan yang harus digerakkan kerana ia akan meberi manfaat kepada semua.
 
Umno Taman Paroi Jaya menyokong penuh corak kepimpinan yang telus dan menerajui perubahan ke tingkat yang lebih baik.

Wednesday, April 29, 2009

Sistem gilir soalan lisan disokong ahli Dewan

SEREMBAN 28 April - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berjalan lancar hari ini apabila sistem penggiliran dalam mengemukakan soalan lisan di kalangan penyokong kerajaan dan pembangkang dijalankan dengan baik.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor (BN-Pertang) berkata, proses itu dibuat selepas mengambil kira keperluan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada kerajaan atau pembangkang mengemukakan soalan masing-masing untuk kepentingan rakyat.

''Pada persidangan ini, saya juga membenarkan setiap ADUN mengemukakan cuma satu soalan tambahan," katanya pada pembukaan sesi soal jawab persidangan DUN di sini semalam.

Perkara itu mendapat sokongan kesemua ADUN yang bersidang pada hari ini, walaupun ada bantahan daripada Loke Siew Fook (DAP-Lobak) terhadap tiga soalan lisan dikemukakan, yang dilihatnya terlalu panjang dan mengambil masa yang lama.

''Buat masa ini saya akan mengikut prosedur yang ditetapkan di mana setiap ADUN dibenarkan mengemukakan tiga soalan lisan sebagaimana yang ditetapkan," kata Razak.

-------------
 
Pembaharuan dan perkembangan positif yang seharusnya dapat menambahbaik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan juga perbincangan. Isu isu yang dibawa juga haruslah mengikut kepentingan dan bukan hanya untuk menangguk di air keruh atau hanya untuk kepentingan peribadi.
 
Ini adalah kerana setiap suara rakyat adalah penting tetapi juga difahami bukanlah semua boleh diutarakan serentak justeru ia hendaklah mengikut senarai keutamaan. Diharapkan perkembangan sihat ini dibawah kepimpinan Dato Seri Mohd Hj Hasan akan memberi manfaat kepada rakyat terutamanya di N Sembilan.
 
Semoga isu isu berkaitan pendidikan, ekonomi dan sosial disekitar N Sembilan akan mendapat perhatian dan pemantauan sepenuhnya. Para para Adun ahli yang berhormat sudah seharusnya sampai keperingkat memberikan penyelesaian terperinci bukan sekadar bangkangan ataupun aduan kerana ini lebih bermanfaat kepada rakyat dan juga menjimatkan masa dan kewangan.
 
Mereka seharusnya mengutarakan penyelesaian dan bukan hanya sekadar mengharap kerajaan negeri melakukan semuanya kerana mereka telah dipilih rakyat dan harus melaksanakan tugas demi rakyat.

Saturday, April 25, 2009

8 negeri ketua baru-Perhubungan Umno Negeri

KUALA LUMPUR: Selepas hampir sebulan Perhimpunan Agung Umno berlalu, Datuk Seri Najib Razak, yang mengambil alih presiden parti, semalam mengumumkan barisan baru kepemimpinan parti dengan mengekalkan lima pengerusi perhubungan negeri selain melantik pemimpin yang tewas pada pemilihan Mac lalu, menganggotai Majlis Tertinggi (MT).

Presiden Umno turut mengumumkan pelantikan tambahan sembilan anggota MT, termasuk Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Datuk Jamil Khir Baharom dan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Turut dilantik, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Rais dan Rafidah tewas dalam saingan merebut jawatan naib presiden dan Ketua Pergerakan Wanita, tetapi diberikan peluang Najib untuk menyumbang khidmat kepada parti.
------------
 
Diharapkan dengan perlantikkan baru dan lama bagi Pengerusi dan timbalan bagi perhubungan Umno negeri negeri keupayaan dan kecermelangan Umno dapat dipertingkatkan lagi kesuatu tahap yang lebih baik.
 
Juga diharapkan dengan perlantikkan ini suara suara dari akar umbi dan maklum balas positif dapat disalurkan dengan lebih berkesan. Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato Seri Mohd Hj Hasan kerana berjaya mengekalkan jawatan Pengerusi dan Dato Shaziman Abu Mansor sebagai timbalan.
 

Tuesday, April 21, 2009

Ahmadinejad kutuk rejim Israel

Diplomat EU keluar sidang kaum PBB tak tahan ucapan pemimpin Iran

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam membuka persidangan pertama isu perkauman yang diboikot Amerika Syarikat dan lapan negara lain kerana bimbang negara Islam akan menuntut supaya Israel dikutuk dan kritikan terhadap agama Islam diharamkan.

Pentadbiran Presiden Barack Obama, ketua negara Amerika berkulit hitam pertama, Sabtu lalu mengumumkan bahawa ia akan memboikot sidang itu di Geneva.
 

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20090420230536/Article/indexworld_html

Jelas Amerika Syarikat menjadi boneka dan remote kontrol Israel bilamana mereka memboikot sidang Pbb di Geneva. Ini jelas menunjukkan yang mereka sebenarnya hanya mahu dunia mengikut telunjuk mereka sedangkan apa yang ingin diutarakan oleh negara lain tidak diambil endah.
 
Dunia melihat dengan jelas kekejaman Israel di bumi Gaza, Palestine, Amerika di Iraq dan banyak lagi negara lain dan seharusnya negara negara yang berani bersuara diberikan kebebasan dan tidak seperti di negara sekutu yang berita berita tersebut cuba disembunyikan.
 
Ini juga mungkin disebabkan hubungan tegang diantara Israel, Amerika dan Iran yang menyebabkan mereka tidak mahu usul ini dibawa oleh Iran. Jika dilihat dari sejarah antara Iran dan Amerika dari zaman perang dingin Soviet Union mereka jelas mempunyai maksud yang tersembunyi jika mereka bersekutu dengan negara negara tertentu.
 
Amerika tidak mahu mengiktiraf peranan PBB yang ditubuhkan lantaran dari Perang Dunia kedua yang mana ia bertujuan mengelakkan peperangan dan kekejaman tetapi apa yang terjadi seolah olah kekejaman Israel adalah dibenarkan dan fungsi PBB untuk mengutuk peperangan tidak dibenarkan. Jika ini berterusan dilakukan dan suasana yang membenarkan berulangnya peristiwa peristiwa yang melibatkan orang awam seperti September 11, Bali, Stesen Keretapi London 05 dan banyak lagi  yang hanya akan merugikan dan membahayakan orang awam.
 
Dunia seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih signifikan jika tidak mahu berterusan diperbudak budakkan oleh Amerika dan Regim Zionis.
 
 
 
 
 
 

Jangan taksub pada pemimpin tertentu

SEREMBAN 20 April - Generasi muda masa kini diminta tidak bersikap taksub dengan perjuangan pemimpin tertentu kerana dikhuatiri mampu menjurus kepada perpecahan perpaduan di kalangan masyarakat negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perpecahan akan mengakibatkan negara yang selama ini dibentuk menerusi perpaduan berada pada tahap tidak stabil.

''Saya amat risau dengan arus masyarakat yang semakin berpecah-belah pada masa kini. Masing-masing buat hal sendiri.

''Secara tidak langsung, generasi muda akan terperangkap dalam keadaan berpecah-belah hanya kerana taksub kepada pemimpin yang dilihat mengancam perpaduan negara," katanya.

Menyedari masalah itu, beliau memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak mewujudkan konsep Satu Malaysia untuk mengelakkan masalah perpaduan menjadi lebih meruncing pada masa depan.

''Saya amat sukacita kerana manifesto Perdana Menteri berkaitan perpaduan telah diisytiharkan.

''Generasi muda terutama pelajar perlu bersama-sama mendukung hasrat Perdana Menteri itu supaya negara terus cemerlang kerana pemimpin yang ada datang dan pergi," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Penutup Program Kepimpinan Tun Razak ke-16 anjuran Yayasan Tun Razak (YTR) di sini malam tadi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
 
Pendekatan terlalu taksub dengan pemimpin atau pun jawatan tidak harus diamalkan kerana ia membawa kesan yang tidak baik samada dalam jangkamasa panjang atau pun terdekat. Pemimpin seharusnya boleh menegur dan ditegur kerana tiada manusia yang boleh melakukan semuanya dengan sendiri.
 
Jika terlalu taksub dengan pemimpin ini ditakuti akan melekakan dan menjurus kepada kesilapan kerana tiada pemantauan atau pun maklumbalas yang boleh diberikan secara membina. Setiap pemimpin juga seharusnya tidak terlalu taksub dengan jawatan mereka kerana mereka dipilih rakyat dan bukannya hak mutlak seseorang individu justeru itu teguran dan kritikan yang positif seharusnya diambil perhatian.
 
Kelemahan kelemahan pemimpin seharusnya diutarakan dengan cara yang membina dan membawa kebaikkan supaya kebebasan untuk menegur tidak pula disalah gunakan.
 

Thursday, April 16, 2009

Jangan keliru konsep Satu Malaysia – MB

 

SEREMBAN 15 April – Rakyat jangan keliru dengan konsep 'Satu Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia sama sekali tidak menyamai konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, konsep Satu Malaysia yang menjadi manifestasi Najib sebenarnya merujuk pada semangat cintakan negara dan sebagai rakyat Malaysia yang mendiami negara merdeka ini, perpaduan hendaklah dipupuk sebaiknya.

''Rakyat jangan salah faham bahawa konsep yang dibawa oleh pembangkang iaitu 'Malaysian Malaysia' jauh sekali tidak mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu serta keistimewaan Raja-Raja Melayu.

''Kita adalah rakyat negara ini iaitu satu Malaysia dan perlunya aspek perpaduan diperkukuhkan serta agenda cintakan negara diperkasakan supaya negara boleh dilonjakkan ke tahap yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Mengulas konsep Satu Malaysia yang diilhamkan Najib, jelasnya, konsep berkenaan juga akan mempertahankan kedaulatan negara dan sebagai sebuah negara yang bernaung di bawah satu bendera iaitu Jalur Gemilang.

''Jangan ada pula orang yang bertuankan bendera lain selain negara ini. Sebab itulah Najib mahu tanam semangat cintakan negara kepada semua rakyat Malaysia," jelas beliau.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm
 
Rakyat seharusnya jelas dengan konsep yang dibawa oleh Dato Seri Najib dan tidak terpengaruh dengan konsep yang diamalkan pembangkang. Jelas ia konsep yang menyeluruh dan merangkumi semua kaum di malaysia dan tidak seperti konsep yang dibawa DAP yang jelas tidak sensitif atau pun bersifat menjaga kepentingan sendiri
 
Pemahaman tentang konsep ini adalah penting supaya konsep yang sebenarnya dapat diterapkan oleh semua kaum dan rakyat Malaysia. Jika dikaji dari Sejarah pembentukan Malaya,Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia sebenarnya konsep ini bukanlah baru kerana rakyat Malaysia telah memahami dan menerima konsep ini sehingga merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957.
 
Justeru itu penerapan nilai nilai positif dalam mendukung konsep ini adalah penting supaya kita rakyat Malaysia tidak lupa asal usul sejarah negara kita dan juga menjadi panduan untuk halatuju yang jelas dalam perhubungan etnik antara kaum di Malaysia.
 
 
 

Monday, April 13, 2009

Jelaskan dasar kerajaan - Mohamad Hasan

PORT DICKSON 12 April - Pengamal media diminta membantu kerajaan menghebahkan kepada rakyat setiap dasar yang dilaksanakan agar mereka dapat memahami dengan jelas, tepat dan betul maklumat-maklumat dasar berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hari ini terlalu banyak persepsi buruk yang dilemparkan pihak tertentu kepada kerajaan sehingga rakyat mempercayainya, sedangkan maklumat yang diberikan golongan berkenaan tidak betul.

''Justeru, pihak media perlu menerangkan dengan jelas dasar yang dibuat oleh kerajaan, supaya rakyat lebih memahami apa yang sedang dan akan dibuat untuk kesejahteraan mereka," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra 'Santai Bersama Keluarga' bersama pengamal media anjuran Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-KWAN) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri, Zainab Nasir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Baharudin Jali.
--------
 
Saranan bernas dan bijak dari Yab Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan bilamana media digunakan sebaiknya atau pun ditahap optimum dalam menyampaikan maklumat dan berita. Disamping itu juga jentera jentera Umno boleh mengembeling tenaga dalam membantu usaha kerajaan dengan menggunakan sepenuhnya kemudahab komunisi yang sedia ada.
 
Golongan sasaran yang lebih besar dapat dicapai bilamana penggunaan alat alat komunikasi digunapakai sepenuhnya, tetapi ini tidak bermakna warga Umno tidak perlu turun padang tetapi ia sebagai lanjutan atau pun penambahbaikkan dari usaha yang sedia ada. Kerana pertemuan secara langsung lebih efektif dan maklumat boleh disampaikan secara tepat.
 
Disamping itu tahap kualiti atau pun mutu perkhidmatan haruslah ditingkatkan ke suatu tahap yang boleh disandarkan seperti dengan saranan Yab Perdana Menteri Dato Seri Najib untuk melaksanakan KPI di setiap jabatan. Mungkin sudah sampai masanya Kpi juga diperkenalkan oleh jentera Umno di peringkat Bahagian dan cawangan.
 
 

Sunday, April 12, 2009

Gembleng tenaga perkasa sukan negeri - MB



SEREMBAN 11 April - Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Sembilan (MSSMNS), sekolah dan persatuan sukan digesa menggembleng tenaga ke arah keperkasaan dan kecemerlangan sukan negeri.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerjasama ketiga-tiga cabang mampu melahirkan atlet pelapis yang mengharumkan Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


"Sekolah menjadi lubuk pertama melahirkan atlet berbakat, sementara itu kita juga memerlukan persatuan sukan yang aktif untuk mengasah bakat atlet-atlet tersebut dan majlis sukan pula harus komited dalam memberi bimbingan kepada pihak terbabit.


"Jadi mereka semua perlu bekerjasama dan berganding bahu. Jangan membawa haluan sendiri saja," kata beliau.


Pada majlis itu, atlet perahu layar optimis, Koh Boon Quan, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Samad Port Dickson dipilih sebagai Olahragawan Negeri Sembilan 2007.


Perenang muda, Lew Yih Weh, 18, dari Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson pula menerima anugerah Olahragawati Negeri Sembilan 2007.


Dua pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang merupakan pemain tenis, Syed Mohammad Agil Syed Naguib, 15, dan atlet olahraga, Noor Liyana Kamaruddin dipilih menerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negeri Sembilan 2008.


Masing-masing membawa pulang piala, sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000

---------------


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang semoga anugerah ini menjadi pemangkin untuk atlit atlit mencapai suatu tingkat yang lebih tinggi dan seterusnya meletakkan tahap sukan terutamanya di N Sembilan ketahap tertinggi.


Pendedahan dan penglibatan lebih ramai pihak diharapkan dalam memajukan lagi bidang sukan di N Sembilan. Dengan kabinet baru didalam kerajaan diharapkan agensi agensi berkaitan dapat meningkatkan lagi prestasi dan cara bekerja. Perubahan perlu dari segenap segi bukan hanya politik dan pentadbiran tetapi kerjasama semua pihak amat amatlah diperlukan.

Saturday, April 11, 2009

Kabinet 2009

Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak
   
Tpm - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah
   
Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak
   
Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
   
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)
   
Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
Datuk Dr Wee Ka Siong (timb)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timb)
   
Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
   
Datuk Abdul Rahim Bakri (timb)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timb)
   
Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)
   
Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)
   
Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
   
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)
   
Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)
   
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
 
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)
   
Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
   
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)
   
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)
   
Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)
   
Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan  
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)
   
Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)
   
Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)
   
Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)
   
Menteri kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)
   
Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
   
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)
   
Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)
   
Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)
   
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)
   
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)
   
Menteri luar
Datuk Anifah Aman
   
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)
   
Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)
 
 
-------------------------
Kombinasi barisan baru dan lama diharap dapat mengembalikan kepercayaan rakyat disamping memacu Malaysia ke suatu tingkat yang lebih baik dan berkualiti.
 
Semoga semua mesej dan suara rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dan etnik dapat sampai ke golongan sasaran dengan efisen dan efektif dengan adanya wakil dari semua latar belakang di dalam barisan kabinet yang baru.
 
Wakil yang seharusnya melaksanakan tugas untuk satu Malaysia dan bukan hanya memfokuskan kepada satu golongan sasaran sahaja.
 
Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan syabas dan tahniah atas Kabinet 2009
 

Monday, April 06, 2009

PIlihanraya Bukit Selambau(Dun), Bukit Gantang(Parlimen) dan Batang Ai(Dun) 7April 09

SEPANG 5 April - Barisan Nasional (BN) akan melaksanakan projek yang dijanjikan semasa berkempen di tiga kawasan pilihan raya kecil kerana ia akan membawa manfaat kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"BN akan pastikan bahawa janji-janji kita akan kita tunaikan dan kita sempurnakan. Apa yang kita tidak hendak ialah projek yang bersifat 'mi segera'.

"Kalau sesuatu projek itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan kita dah buat janji atau komitmen pada pilihan raya, kita akan tetap laksanakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan dan menyampaikan piala kepada pemenang perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas, di Litar Sepang di sini hari ini.

Tiga pilihan raya kecil, Parlimen Bukit Gantang, Perak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak esok.
--------
 
Mengundilah dengan bijaksana buat para pengundi supaya tidak tertipu lagi dengan janji janji kosong yang mana merugikan rakyat sendiri. Perbetulkan mana mana kesilapan dan tingkatkan mutu perkhidmatan ke tahap optimum 
 
Semoga pembaharuan dan kemakmuran dapat dijana di kawasan kawasan terbabit. Rakyat melihat dan mengetahui pilihan terbaik buat mereka   

Friday, April 03, 2009

Terima Kasih Pak Lah

SEREMBAN 1 April - Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas kepimpinan yang cemerlang serta banyak membawa kejayaan kepada negara ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, di bawah kepimpinan Abdullah, banyak perubahan telah dilakukan termasuklah aspek membangunkan modal insan dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai aset kepada pembangunan masa hadapan.

"Perdana Menteri telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikagumi dunia, selain menyaksikan banyak projek pembangunan, di mana kesemuanya mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan rakyat," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, rakyat akan merasa kehilangan seorang pemimpin berwibawa, sabar dan berkebolehan mentadbir negara sehingga mencapai banyak kejayaan di dalam dan luar negara.

"Kita percaya, kepimpinan Datuk Seri Abdullah akan terus dikenang oleh rakyat dan sudah tentulah ia menjadi pedoman dalam membangunkan negara ini," kata beliau.
---------
 
Umno Taman Paroi Jaya juga mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Pak Lah kepada agama bangsa dan negara..
Semoga kesinambungan ini dapat diteruskan oleh Dato Seri Najib.

Thursday, April 02, 2009

Beri sokongan penuh – PM

PUTRAJAYA 1 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua menteri Kabinet memberi sokongan penuh kepada bakal penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui kepimpinan negara.

Dalam amanat ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhirnya pagi ini, Perdana Menteri turut berpesan agar segala polisi dan dasar yang telah diatur semasa pemerintahan beliau diteruskan.
 
.......
 
Umno Taman Paroi Jaya menyokong penuh dan berdiri teguh dibelakang kepimpinan baru Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. 

Wednesday, April 01, 2009

Daulat Tuanku

Pelantikan Tunku Ampuan Besar 14 April

SEREMBAN: Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud akan dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dalam istiadat diraja yang diwarisi turun-temurun di Seri Menanti pada 14 April ini.

Selepas istiadat yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar itu, Tengku Aishah Rohani akan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Anak Raja Bergelar, Tunku Imam Tunku Datuk Seri Mahmud Tunku Besar Burhanuddin (gambar), berkata kali terakhir istiadat pelantikan dan pertabalan diadakan pada 19 Julai 1967 apabila Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin dilantik sebagai Tunku Ampuan Negeri Sembilan.

..........
 
Daulat Tuanku

This page is powered by Blogger. Isn't yours?