Sunday, April 12, 2009

Gembleng tenaga perkasa sukan negeri - MB



SEREMBAN 11 April - Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Sembilan (MSSMNS), sekolah dan persatuan sukan digesa menggembleng tenaga ke arah keperkasaan dan kecemerlangan sukan negeri.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerjasama ketiga-tiga cabang mampu melahirkan atlet pelapis yang mengharumkan Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


"Sekolah menjadi lubuk pertama melahirkan atlet berbakat, sementara itu kita juga memerlukan persatuan sukan yang aktif untuk mengasah bakat atlet-atlet tersebut dan majlis sukan pula harus komited dalam memberi bimbingan kepada pihak terbabit.


"Jadi mereka semua perlu bekerjasama dan berganding bahu. Jangan membawa haluan sendiri saja," kata beliau.


Pada majlis itu, atlet perahu layar optimis, Koh Boon Quan, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Samad Port Dickson dipilih sebagai Olahragawan Negeri Sembilan 2007.


Perenang muda, Lew Yih Weh, 18, dari Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson pula menerima anugerah Olahragawati Negeri Sembilan 2007.


Dua pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang merupakan pemain tenis, Syed Mohammad Agil Syed Naguib, 15, dan atlet olahraga, Noor Liyana Kamaruddin dipilih menerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negeri Sembilan 2008.


Masing-masing membawa pulang piala, sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000

---------------


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang semoga anugerah ini menjadi pemangkin untuk atlit atlit mencapai suatu tingkat yang lebih tinggi dan seterusnya meletakkan tahap sukan terutamanya di N Sembilan ketahap tertinggi.


Pendedahan dan penglibatan lebih ramai pihak diharapkan dalam memajukan lagi bidang sukan di N Sembilan. Dengan kabinet baru didalam kerajaan diharapkan agensi agensi berkaitan dapat meningkatkan lagi prestasi dan cara bekerja. Perubahan perlu dari segenap segi bukan hanya politik dan pentadbiran tetapi kerjasama semua pihak amat amatlah diperlukan.

Comments:
jangan sukan pun dipolitikkna udah..beri peluang pada anak anak muda yang berbakat dan berpotensi. avoid from manipulating them.

congrats syed naguib family
 
Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?