Monday, April 06, 2009

PIlihanraya Bukit Selambau(Dun), Bukit Gantang(Parlimen) dan Batang Ai(Dun) 7April 09

SEPANG 5 April - Barisan Nasional (BN) akan melaksanakan projek yang dijanjikan semasa berkempen di tiga kawasan pilihan raya kecil kerana ia akan membawa manfaat kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"BN akan pastikan bahawa janji-janji kita akan kita tunaikan dan kita sempurnakan. Apa yang kita tidak hendak ialah projek yang bersifat 'mi segera'.

"Kalau sesuatu projek itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan kita dah buat janji atau komitmen pada pilihan raya, kita akan tetap laksanakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan dan menyampaikan piala kepada pemenang perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas, di Litar Sepang di sini hari ini.

Tiga pilihan raya kecil, Parlimen Bukit Gantang, Perak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak esok.
--------
 
Mengundilah dengan bijaksana buat para pengundi supaya tidak tertipu lagi dengan janji janji kosong yang mana merugikan rakyat sendiri. Perbetulkan mana mana kesilapan dan tingkatkan mutu perkhidmatan ke tahap optimum 
 
Semoga pembaharuan dan kemakmuran dapat dijana di kawasan kawasan terbabit. Rakyat melihat dan mengetahui pilihan terbaik buat mereka   

Comments:
dimanakah silap bila kedua dua kerusi masih dikekalkan oleh pkr walau pun bukan dengan majoriti yang besar

adakah rakyat masih belum yakin atau pun masih banyak kelemahan yang perlu diatasi

yang jelas usaha mesti diteruskan dalam mengembalikan kepercayaan rakyat
 
mudah sahaja jawapannya saudara.....cuba lihat dan kaji keseluruhan peti undi dan peti undi mana yang mengalahkan teruk dari segi undi kepada BN..??? then you'll get the answer. mereka sememangnya dimainkan isu malaysia malaysian dan amat menyokong dasar2 tersebut serta undi simpati....undi melayu banyak berubah kearah BN.....for further explaination....just dig for yourself bro.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?