Friday, April 03, 2009

Terima Kasih Pak Lah

SEREMBAN 1 April - Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas kepimpinan yang cemerlang serta banyak membawa kejayaan kepada negara ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, di bawah kepimpinan Abdullah, banyak perubahan telah dilakukan termasuklah aspek membangunkan modal insan dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai aset kepada pembangunan masa hadapan.

"Perdana Menteri telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikagumi dunia, selain menyaksikan banyak projek pembangunan, di mana kesemuanya mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan rakyat," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, rakyat akan merasa kehilangan seorang pemimpin berwibawa, sabar dan berkebolehan mentadbir negara sehingga mencapai banyak kejayaan di dalam dan luar negara.

"Kita percaya, kepimpinan Datuk Seri Abdullah akan terus dikenang oleh rakyat dan sudah tentulah ia menjadi pedoman dalam membangunkan negara ini," kata beliau.
---------
 
Umno Taman Paroi Jaya juga mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Pak Lah kepada agama bangsa dan negara..
Semoga kesinambungan ini dapat diteruskan oleh Dato Seri Najib.

Comments:
Ha ha ha .... What a joke? Di mata dunia betul tapi dgn kemenangan majoriti kurang dari 2/3 buat pertama kali dalam sejarah Malaysia. Be reallah Tok Mat ooiii!
 
Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?