PORT DICKSON 12 April - Pengamal media diminta membantu kerajaan menghebahkan kepada rakyat setiap dasar yang dilaksanakan agar mereka dapat memahami dengan jelas, tepat dan betul maklumat-maklumat dasar berkenaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hari ini terlalu banyak persepsi buruk yang dilemparkan pihak tertentu kepada kerajaan sehingga rakyat mempercayainya, sedangkan maklumat yang diberikan golongan berkenaan tidak betul.
''Justeru, pihak media perlu menerangkan dengan jelas dasar yang dibuat oleh kerajaan, supaya rakyat lebih memahami apa yang sedang dan akan dibuat untuk kesejahteraan mereka," kata beliau.
Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra 'Santai Bersama Keluarga' bersama pengamal media anjuran Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-KWAN) di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri, Zainab Nasir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Baharudin Jali.
--------
Saranan bernas dan bijak dari Yab Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan bilamana media digunakan sebaiknya atau pun ditahap optimum dalam menyampaikan maklumat dan berita. Disamping itu juga jentera jentera Umno boleh mengembeling tenaga dalam membantu usaha kerajaan dengan menggunakan sepenuhnya kemudahab komunisi yang sedia ada.
Golongan sasaran yang lebih besar dapat dicapai bilamana penggunaan alat alat komunikasi digunapakai sepenuhnya, tetapi ini tidak bermakna warga Umno tidak perlu turun padang tetapi ia sebagai lanjutan atau pun penambahbaikkan dari usaha yang sedia ada. Kerana pertemuan secara langsung lebih efektif dan maklumat boleh disampaikan secara tepat.
Disamping itu tahap kualiti atau pun mutu perkhidmatan haruslah ditingkatkan ke suatu tahap yang boleh disandarkan seperti dengan saranan Yab Perdana Menteri Dato Seri Najib untuk melaksanakan KPI di setiap jabatan. Mungkin sudah sampai masanya Kpi juga diperkenalkan oleh jentera Umno di peringkat Bahagian dan cawangan.
# posted by umnoparoijaya : 7:17 AM