Thursday, April 16, 2009

Jangan keliru konsep Satu Malaysia – MB

 

SEREMBAN 15 April – Rakyat jangan keliru dengan konsep 'Satu Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia sama sekali tidak menyamai konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, konsep Satu Malaysia yang menjadi manifestasi Najib sebenarnya merujuk pada semangat cintakan negara dan sebagai rakyat Malaysia yang mendiami negara merdeka ini, perpaduan hendaklah dipupuk sebaiknya.

''Rakyat jangan salah faham bahawa konsep yang dibawa oleh pembangkang iaitu 'Malaysian Malaysia' jauh sekali tidak mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu serta keistimewaan Raja-Raja Melayu.

''Kita adalah rakyat negara ini iaitu satu Malaysia dan perlunya aspek perpaduan diperkukuhkan serta agenda cintakan negara diperkasakan supaya negara boleh dilonjakkan ke tahap yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Mengulas konsep Satu Malaysia yang diilhamkan Najib, jelasnya, konsep berkenaan juga akan mempertahankan kedaulatan negara dan sebagai sebuah negara yang bernaung di bawah satu bendera iaitu Jalur Gemilang.

''Jangan ada pula orang yang bertuankan bendera lain selain negara ini. Sebab itulah Najib mahu tanam semangat cintakan negara kepada semua rakyat Malaysia," jelas beliau.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm
 
Rakyat seharusnya jelas dengan konsep yang dibawa oleh Dato Seri Najib dan tidak terpengaruh dengan konsep yang diamalkan pembangkang. Jelas ia konsep yang menyeluruh dan merangkumi semua kaum di malaysia dan tidak seperti konsep yang dibawa DAP yang jelas tidak sensitif atau pun bersifat menjaga kepentingan sendiri
 
Pemahaman tentang konsep ini adalah penting supaya konsep yang sebenarnya dapat diterapkan oleh semua kaum dan rakyat Malaysia. Jika dikaji dari Sejarah pembentukan Malaya,Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia sebenarnya konsep ini bukanlah baru kerana rakyat Malaysia telah memahami dan menerima konsep ini sehingga merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957.
 
Justeru itu penerapan nilai nilai positif dalam mendukung konsep ini adalah penting supaya kita rakyat Malaysia tidak lupa asal usul sejarah negara kita dan juga menjadi panduan untuk halatuju yang jelas dalam perhubungan etnik antara kaum di Malaysia.
 
 
 

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?