Tuesday, April 21, 2009
Ahmadinejad kutuk rejim Israel
Diplomat EU keluar sidang kaum PBB tak tahan ucapan pemimpin Iran
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam membuka persidangan pertama isu perkauman yang diboikot Amerika Syarikat dan lapan negara lain kerana bimbang negara Islam akan menuntut supaya Israel dikutuk dan kritikan terhadap agama Islam diharamkan.
Pentadbiran Presiden Barack Obama, ketua negara Amerika berkulit hitam pertama, Sabtu lalu mengumumkan bahawa ia akan memboikot sidang itu di Geneva.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20090420230536/Article/indexworld_html
Jelas Amerika Syarikat menjadi boneka dan remote kontrol Israel bilamana mereka memboikot sidang Pbb di Geneva. Ini jelas menunjukkan yang mereka sebenarnya hanya mahu dunia mengikut telunjuk mereka sedangkan apa yang ingin diutarakan oleh negara lain tidak diambil endah.
Dunia melihat dengan jelas kekejaman Israel di bumi Gaza, Palestine, Amerika di Iraq dan banyak lagi negara lain dan seharusnya negara negara yang berani bersuara diberikan kebebasan dan tidak seperti di negara sekutu yang berita berita tersebut cuba disembunyikan.
Ini juga mungkin disebabkan hubungan tegang diantara Israel, Amerika dan Iran yang menyebabkan mereka tidak mahu usul ini dibawa oleh Iran. Jika dilihat dari sejarah antara Iran dan Amerika dari zaman perang dingin Soviet Union mereka jelas mempunyai maksud yang tersembunyi jika mereka bersekutu dengan negara negara tertentu.
Amerika tidak mahu mengiktiraf peranan PBB yang ditubuhkan lantaran dari Perang Dunia kedua yang mana ia bertujuan mengelakkan peperangan dan kekejaman tetapi apa yang terjadi seolah olah kekejaman Israel adalah dibenarkan dan fungsi PBB untuk mengutuk peperangan tidak dibenarkan. Jika ini berterusan dilakukan dan suasana yang membenarkan berulangnya peristiwa peristiwa yang melibatkan orang awam seperti September 11, Bali, Stesen Keretapi London 05 dan banyak lagi yang hanya akan merugikan dan membahayakan orang awam.
Dunia seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih signifikan jika tidak mahu berterusan diperbudak budakkan oleh Amerika dan Regim Zionis.