Thursday, April 30, 2009

Setiausaha UMNO bukan kalangan Ketua Bahagian N Sembilan

SEREMBAN 29 April - Pelantikan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri baru akan dibuat di kalangan individu yang tidak memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, nama calon berkenaan sudah ada dan akan diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan persetujuan sebelum diumumkan kelak.

''Selain jawatan setiausaha, badan perhubungan ini juga akan menamakan calon bagi menyandang jawatan Ketua Penerangan serta Bendahari bagi dipertimbangkan oleh Presiden parti," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sebelum ini jawatan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri ini disandang oleh Datuk Azman Hasan dan kini dilaporkan telah melepaskan jawatan tersebut atas faktor kesihatan.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur untuk membincangkan perkara ini dengan pucuk pimpinan parti.

------------
Langkah bijak dalam pemilihan Setiausaha Umno yang baru menggantikan Dato Azman yang melepaskan jawatan tersebut. Ini akan memberikan lebih suara yang akan disampaikan kerana Ketua Bahagian tetap akan mempunyai suara kerana layak menghadiri persidangan secara automatik seperti yang disebut oleh Dato Seri Mohd Hasan
 
Ini akan memberikan lebih variasi dalam setiap isu yang dibangkitkan dan diharapkan kualiti pentadbiran akan mencapai tahap yang optimum justeru mengembalikan kepercayaan rakyat. Bentuk kepimpinan yang pelbagai ini diharapkan dapat memberi dimensi baru kepada Umno supaya tidak lagi terikat dengan imej yang kurang baik. Jelas kepimpinan Dato Seri Mohd mahukan perubahan yang signifikan dan ini haruslah didukung oleh setiap ahli Umno di N Sembilan terutamanya dalam mengembalikan kegemilangan Umno.
 
Semua ahli seharusnya mengembeling fikiran dan tenaga dalam mencari penyelesaian terbaik dalam semua isu bukan hanya menuding jari jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Budaya menyalahkan orang lain tidak akan kemana kerana ia boleh dilakukan semua orang tetapi perlaksanaan kearah kebaikkan yang harus digerakkan kerana ia akan meberi manfaat kepada semua.
 
Umno Taman Paroi Jaya menyokong penuh corak kepimpinan yang telus dan menerajui perubahan ke tingkat yang lebih baik.

Comments:
elok bonalah tu dapek SU baru,tak adolah sahak seromban memokak lae bersamo2 pembangkang bongap tu asyik cari kesalahan org yo tp kojo tak buek. Sekarang tok mat tak dibayang dek tok man lae(tuduhan liar orglah selamo ni bukan pakcik doh) dan siapo nak jwb tu? Lu pikirlah sendiri??? Pd tok mat jalankan amanah dan tanggungjwb bg maju an nogori. Pado sahak dan kuncu2 serta pembangkang...leleh air liur la nak memboda tok mat pasal dia bekojo selamo ini bukan ae bercakap membongak dan menipu org serta cari salah org yo. Tertutup la ruang nak memokak he..he..he. Goli pakcik tgk perangai sahak seromban tu skrg ni. Cam org gilo talak nak jd mb. Muhasabah diri dan berbaik sesamo manusia maka baiklah kehidupan dunio dan akhirat, yo tak? Pakcik khoba an yo...:)
 
jangan su jo baru tapi corak masih yang lamo..
mano sahak poi rindu bonar kek dio nih
 
Keyakinan penuh pd corak kepimpinan YAB Dato MB pasti akan membuat keputusan yg menguntungkan rakyat dan bukannya individu dlm kelompok UMNO seperti sesetengah pihak pd hari ini. Pd Ybhg Dato Azman...tksh atas segala jasa dan sumbangan kpd UMNO NS dan kpd SU yg baru@akan dilantik kelak...selamat berkhidmat kpd UMNO NS demi memperkasakan perjuangan utk Agama Bangsa dan Negara. Salam....
 
donga cito datuk firdaus jadi SU perhubungan baru..tp dio x berminat...botul ko? ado sapo2 yg boleh sahihkan? ko ado namo laen?
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?